RAMADHAN KEDUA, Kita dahpun mula selesa dengan suasana

Sabtu, April 25, 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah berjaya menjalani ibadah puasa disertai perjalanan bf si Najmi ni. Banyak juga disediakan tips untuk kekal segar dan susu pun tak drop. Korang boleh cari di carian google saja. Aku malas jugak nak share. Mood nak share sana share sini teda. Aku cuma mahu tulis jurnal sahaja untuk Ramadhan kali ni. Nak share resepi pun sangat, malas!

Ramai muatnaik gambar #donesahur, #doneiftar, #donetaraweh ni saja yang memeriahkan Ramadhan kali ini. 

Apa juga yang aku ambil untuk stay fit untuk puasa? Hari tu, Umi aku ada belanja ESP Shaklee bila aku ada bagitau dia, masa berpantang Nayla dulu aku ada consume minuman ni. Yela, sebelum Nayla lahir, aku sempat berkerja, jadi seronok juga nak beli supplement untuk diri sendiri. Bila dah turn Najmi, semua tangkap muat saja. Janji Ibu dan anak sihat udah ler. 

Korang kalau berminat, boleh roger agent Shaklee, jangan roger aku pulak. Sebab aku pengguna saja. Belum berani nak jadi agent dia. 

Makanya, aku amalkan apa yang aku kongsikan di SINI iaitu bersahur dan minum air masak banyak. Dan aku amalkan minum ESP Shaklee yang dicampurkan dengan milo, selepas makan sahur. Memang jenuh jugak nak habiskan secawan milo tu, padahal korang baru je makan nasi. Oh ya, bila sebut sahur bukan korang makan simple-simple tau. Kalau boleh makan nasi untuk bersahur . Jadi tenangnya berganda gitu. Survive la sampai jam 5 petang dan korang pun nak berbuka rasa macam sayang na...  Jangan lupa minum air masak secukupnya

Maka bermula perjalanan berpuasa sambil bf. Ini pengalaman pertama la berpuasa sambil bf ni. Tahun lalu pengalaman berpuasa semasa mengandung. Itu pun nak masuk trimester ketiga. Alhamdulillah berjaya. Walaupun hakikatnya ramai juga ibu-ibu bertanya soalan yang sama di group Kelab Ibu-Ibu Hamil tu.  Syaratnya kau boleh ke tak? Mindset tu jugak penting. Ehe, 

Bila kita dah rasa yakin dengan bayi ataupun badan kita, in shaa Allah proses puasa tu akan mudah. Walaupun diberi kelonggaran, tak berani juga nak gunakan sambil lewa kan.. 

Ramadhan kedua, kita semua masih dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, namun semalam Perdana Menteri, ayahanda Muhyiddin dah umumkan ianya bersambung sehingga 12 Mei. Jangan 13 Mei tu jadi pemberontak sudah la bila diumumkan sambung lagi ke fasa lima. Huhu 

Semua nak raya dengan keluarga, tapi jika masih ada yang pentingkan diri, penurunan pasti akan perlahan. Kan? Jadi, #stayathome #Ramadhanathome #staysafe 


8 ulasan

  1. itula stuju.. masuk fasa kedua hujung2 tu macam da lali dah duduk rumah repeat rutin yg sama. tp mcm sa okay jela.. now tngh puasa pun rasanya da slesa. cuma kemeriahan trawih bramai2 tu dirindui..

    BalasPadam
  2. Kemeriahan taraweh bagi Aien lama dah dirindui.. :')

    BalasPadam
  3. Betul juga dah terasa selesa dah pun gapi kerja pun tetp di fikiran

    BalasPadam
  4. I miss home already. Ray tersekat kt rumah sewa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai rumah sewa kesiannya dengan member je laa..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤