Sebentar lagi, korang akan berkahwin, mempunyai pasangan, bersama-sama membina keluarga kecil kalian. Sama ada menjadi sebuah keluarga bahagia sehingga jannah, atau korang hidup seperti dalam neraka. Semua itu pilihan kita. Bermula dengan satu pilihan, kita menuruti perjalanan yang telah kita pilih itu.
Jujurnya aku berangan nak tulis sebuah entry post dengan penuh rasa memberi inspirasi which is not easy sebab terpaksa karang ayat umpama SPM bahasa Melayu. Jadi, disebabkan kepayahan itu, aku memilih untuk menaip selaju mungkin mengikut apa sahaja yang ada di kepala ini. Rant sebegini seharusnya aku taip sebelum aku menerima lamaran dari sang suami, tapi aku peram dalam kepala sampai tiba detik PKP yang membosankan, dan aku perlu keluarkan rant ini dari kepala.
"Best tak kahwin?" Soalan pertama yang diterima seusai sahaja tamat majlis pernikahan dan persandingan. Eh, bukan soalan bila kau nak ada anak ya. Dan kita sebagai ciptaan Allah yang terkenal dengan sifat pemalu pasti menjawab; "kalau nak tahu kau kahwin la dulu.." Skema syiak jawapan. Ini cerita di awal perkahwinaan. Seterusnya kau akan bertarung emosi macamana nak uruskan suami, rumah dan memastikan kewangan rumah tangga korang akan berjalan dengan lancarnya. Belom masuk cerita mak mertua yang asyik nak korang balik ziarah rumahnya, cerita ipar duai yang bertanya bila korang nak ada anak dan sebagainya. So, rentetan ini sangat la menakutkan buat seorang wanita.
Benda paling aku takut bila berkahwin adalah Sekiranya aku tersalah pilih seorang lelaki itu sebagai suami. Sesiapa pun yang bernama wanita itu pasti takut perkara ini selepas seramnya malam pertama. Benda ini membuatkan sejuta wanita yang bergelar anak dara takut untuk mendirikan rumah tangga buat masa kini kerana beberapa sebab di antaranya yang di atas, dan juga kos sara hidup yang semakin meninggi. Bila bercerita di kalangan mereka, pasti perihal ini dibangkitkan. Dan aku bercerita ini berdasarkan dari pengalaman aku sendiri, which is aku sejenis manusia yang selalu ikut flow yang mana aku tiada perancangan awal. La, bukan tiada langsung. Cumanya aku ini selalu berjalan jauh daripada perancangan asli aku. Heran kan? Itu namanya takdir. Kah!
Perkahwinan ini bukan seperti masa korang pilih siapa nak jadi teman lelaki korang, bukan nak fikir apa benda yang menyenangkan hati teman lelaki korang. Adeh~ macam ada trend anak-anak muda sekarang yang baru ber-kapel dan guna gelaran macam sudah mempunyai anak. Euwww~ Tak dapat bayangkan kisah seterusnya jika mereka ini mendirikan rumah tangga kelak. Bukan jaga jodoh orang ya.
Kerana tidak mahu semuanya menjadi igauan ngeri, sebelum berkahwin, doa yang baik-baik untuk 'masjid' yang bakal korang bina itu. Doa sememangnya senjata seorang mukmin yang sejati. Dalam apa jua urusan, doa merupakan kunci utama supaya Allah SWT yang Maha Berkuasa menjaga bahtera yang ingin kita bina. Sambil berdoa itu, jangan lupa usaha berapa banyak tips dan petua yang dikongsi oleh warga dunia, di merata media sosial. Apa yang penting, adalah tolak ansur, saling memahami antara sama lain dan selalu berkomunikasi antara pasangan.
Selain itu, benda yang paling sesiapa takut adalah bila suami itu seorang yang panas baran atau jenis suka mengangkat tangan. Ya Allah, ini betul-betul igauan ngeri. Nauzubillah min zalik. Kita sangat tidak boleh menilai seseorang itu dengan luarannya. Ada juga sejenis lelaki ini suka benar tabur janji manis, bila sudah dimiliki dia mampu untuk tunaikan semua yang dijanjikannya. Ada juga yang menanam tebu di tepi bibir, tapi hakikatnya habuk pun tarak. Masa ini, kita yang sudah sah menjadi isteri terduduk di bucu katil. Merenung nasib sendiri. Oh, pegang hati tu, ingat; Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuannya. Pujuk diri sendiri. Jangan disalahkan diri sendiri, hadapi dengan tenang. Kerana wanita itu luar biasa. Jika dilihat di luar sana, macam-macam cerita wanita-wanita hebat. Ceritaku ini hanyalah picisan yang dikurniakan keuntungan yang sering kali aku lupa untuk bersyukur.
Jadi, buat wanita-wanita di luar sana, yang kuat dan menghadapi dugaan, terutama seperti ummiku, inginku peluk sekiranya kita dipanjangkan umur lagi untuk berjumpa. Buat mereka yang baru saja membina dan seperti aku yang baru berada di fasa pertama alam perkahwinan ni, sering aku panjatkan pada Ilahi, agar menjaga bahtera kami ini. Supaya sekiranya dilanda badai suatu hari nanti aku dikuatkan jiwa untuk menghadapi.
Jangan pernah takut untuk hidup berpasangan, kerana kita ini memang diciptakan yang Maha Esa untuk hidup berdua. Saling melengkapi antara sama lain. Apa cerita sedih itu, namanya asam garam kehidupan. Tiada juga manusia yang gembira senantiasa, dan tiada juga yang sentiasa dalam kesedihan. Kerana alam juga Allah ciptakan ada pelangi sebaik saja hujan. Ada juga cahaya selepas gelapnya malam. Apapun yang berlaku selepas kita pilih itu, anggap saja ujian untuk kita tanda Allah sayang pada kita. Seperti kisah semalam aku baca di blog rakan blogger, 'This too, shall pass." Ini juga akan berlalu. Don't worry, be happy.
Apa juga dugaan yang pernah terdetik di hati ini yang mungkin bakal berlaku, antaranya jika suami atau aku yang pergi dulu? bagaimana kehidupan aku selepas itu bersama anak-anak? Adakah masih di Tanah Semenanjung ini atau pulang ke kampung halaman? Atau kenalkah lagi anak-anak akan keluarga sebelah ku nanti? jika bahtera kami diuji dengan orang ketiga? Perihal ini pernah jugak aku berbincang dengan mertuaku. Beraninya kau? Kah! Pasti jawapan mak kepada suamimu akan berkata, "alah, dia takkan la buat begitu.." Tapi, hati seorang isteri pasti runsing perkara begini. Bukan mendoakan benda ini berlaku, kita cuma memikirkan kebarangkalian untuk berlaku. Sangka baik juga salah satu method yang terbaik selepas berdoa. Kerana bila kita fikir yang baik-baik, pasti yang baik-baik akan berlaku. Kan? Bila kebarangkalian itu seperti tinggi, apa juga yang kau akan lakukan untuk perkahwinan ini? sama ada teruskan bersama atau berpisah secara baik?
Wah, ceritanya apabila aku seketika di Majlis Agama Islam Miri, peratus untuk berpisah di kalangan anak muda sangat tinggi kerana mereka ini sering terikut trend semasa. Aneh bukan? Oh, kawan aku bercerai dengan suaminya. Aku pun boleh. Berkerut dahi aku dengar. Apa juga mereka fikirkan tika menerima lafaz nikahitu serupa mudahnya menjatuhkan lafaz talak? Pening kepala mak oi~ Pusing sejuta kali, belum usia 30-an sudah bercerai nikah lebih dari 10 kali. Haa, enaknya kau. Ini perumpamaan saja. Anda begitu, kata orang tua dulu, menabur benih zuriat. Pahtu yang susah menjaga sang bini tergapai-gapai. Siapa juga yang susah? wanita juga. Again, pening kepala.
Panjangnya bicara rant ini. Sudahnya, terlalu banyak juga perkara yang aku takuti. Esok, aku cerita tentang apa lagi yang aku takut selepas ini. Membawa minda jauh daripada terus memikirkan virus covid-19 ini bila nak habis kan? Akhir bicara, doakan semoga rumah tangga yang kita bina ini sampai ke syurga, sehingga hujung nyawa, pimpin lah tangan pasangan masing-masing bersama mencari redha Allah SWT.
18 ulasan
lagi-lagi dengan dunia sekarang yang macam macam halangan, lagilah takut kita nak kahwin... doa-doalah dapat jodoh dari kalangan orang yang baik-baik
BalasPadamIn shaa Allah moga jodoh dengan orang baik-baik. Semoga dipermudahkan urusannya. ^^
PadamOrang yang baik2 , Allah tetapkan jodohnya dengan orang yang baik2 juga.
BalasPadamin shaa Allah, kerana pernah dengar orang kata jodoh kita itu cermin kita. hee~
PadamDapat lelaki panas baran tu kalau boleh keluar, pilih untuk keluar. Bukan salah kita kalau pasangan kita sorok perangai sebenar sebelum kahwin.
BalasPadamYup. Aien kalo dengar cerita kawan yang dapat laki kaki pukul memang suruh keluar la. Kesian menderita sendiri..
PadamBetul... banyak pancarobanya... doa yang baik², fikir yang elok² sahaja... tapi kena simpan juga perasaan curiga.. hehehe
BalasPadam~perkongsian yang bagus untuk anak muda sblm buat keputusan untuk berkahwin.
Kan.. nak kata perkahwinan ni ibarat perjudian kang kena kecam. haha
PadamRama yan ambil mudah soal kahwin ini tambah yang muda.. Banyak yang kahwin sebab ikut trends.. Bukan mudah sebenarnya nak menguruskan rumah tangga sebab kita hanya akan kenal pasangan kita sebtulnya bila kita duduk serumah dengan dia.. Masa ini tolenrasi dan komunikasi memang sangat penting..
BalasPadamYup, betul kak Sha. Bila tak kena komunikasi tu asyik nak fikir sendiri, negatif sentiasa...
Padamperkongsian yang sangat bagus tok aien...
BalasPadamperkahwinan bukan satu permainan, kamek pun heran dengan orang yang sangat mudah bercerai selepas beberapa bulan kawin..tapi dugaan setiap orang berbeza-beza..kamek sendirik pun ada dugaan kamek..dan persoalan kitakk ya pun pernah juak bermain dalam fikiran kamek...tapi sik la sampei dikeluarkan kepada mertua..hahahahha
key of a happy marriage is trust...lagi2 bagi yang pjj kedak kamek tok..nang perlu saling percaya antara satu sama lain...kadang2 syaitan nang bisik macam2, tapi syuhhhh kau setan, pergi jauh2...serahkan semuanya pada Allah segala apa yang sik tercapai oleh kita...
tapi jangan dustai kepercayaan ya...once kepercayaan ya dah dirobek, sukar untuk kita tanam balit...
Hahaha kamek tok suka outspoken sikit. Mun sik, mala jak itok bah.
Padamsetiap perkahwinan mesti ada dugaan bah. bulak jak madah sik da.. Hehe
Ya benar yaa, sekali dah diberi, jangan pernah dustainya jika tidak buruk padahnya.
Dugaan dalam rumahtangga ni pasangan soleh solehah pun akan dapat. Antara boleh bersabar tak boleh bersabar boleh manage tak boleh manage je
BalasPadamceritanya semua akan ada, tapi takkan pernah sama. Ujian itu tanda Allah sayang kan?
PadamSekarang saya takut kalau suami saya takde. Ya Allah, selamatkanlah suami2 kami walau di mana pun dia berada..aamiin..
BalasPadamaamiin~
PadamBena ya. Semua kita impikan keluarga dan kebahagiaan sampei jannnah.
BalasPadamya la... Moga sentiasa di permudahkan.. ^^
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤