SEGMEN Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) by zzzyy.blogspot.com

Isnin, April 20, 2020

Uish, kak ShirVen buat segmen yang betul-betul bernas masa aku dah tak ada idea nak buat entry apa dah. Yes! Found one. Okay. Dah boleh buat la ya..

SEGMEN ini berlangsung dari 19 April 2020 sehingga 28 April 2020. Jemput meriahkan segmen dan support rakan blogger yah.


Benda pertama yang aku nak buat selepas PKP ni adalah jalan-jalan cuci mata. Tak kisah la ke mana saja. Janji dapat masuk kereta, jalan-jalan, ambil udara luar. Rindu yang amat tau! Yang sebenarnya pada hari ni, baru dapat keluar setelah dua bulan aku terperuk di rumah. Eh, kenapa dah dua bulan? Pasal dari sebelum PKP lagi aku dah terperuk dalam rumah, yang mana seminggu sekali je baru balik kampung mertua, masuk pertengahan April ni, aku dah dekat dua bulan la. Cuma tadi dah keluar untuk monthly appointment Najmi, lega sikit rasa hati tengok orang. Eh, begitu sekali ya anak-anak. Uish, jangankan korang yang biasa keluar pun dah tau boring sana, bosan sini. Invorter macamana sekalipun korang, pasti ada sehari yang korang nak luangkan masa untuk jalan-jalan cuci mata, segarkan minda serta kepala. Haaa, apatah lagi seorang suri rumah yang kerjanya melakukan rutin yang sama, dan bergaduh dengan orang yang sama. Dia punya dapat keluar sekadar masuk kereta, pusing keliling taman pun dah bersyukur nak ui... Dapat pusing jalan-jalan!

Itu je la yang aku nak buat dulu. Kalau bagi list, ikutkan hati kamek tok eh, mok jak pulang ke Miri nun, nemu orang tua kamek nun. Kalo la diikutkan plan, raya Aidilfitri tok mekwang mok raya sama walaupun bukan di Miri, tapi di Melaka, janji mekwang dapat kumpul adik-beradik yang banyak di Malaya tok, pun syukur. Mun PKP tok sik habis juak sampe raya, maka di-refund balit agik tiket dak duak mak pak kamek yo~

Eh, terkeluar slang pulak. Apa-apa pun hasrat korang nak buat selepas PKP ni habis, yang penting sekarang ni, #stayathome #staysafe kerana untuk keluar nanti, inilah yang sangat penting ya. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak, dan semoga Ramadhan kali ini jadi yang lebih baik daripada sebelumnya.


Jaa Nee! Jangan lupa klik banner untuk join segmen ni. Seronok baca cerita orang ni kan.. ^^

9 ulasan

  1. Selamat bersegmen
    Mudah2an PKP tak ada fasa 4 pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa macam ada, selagi tak dapat capai tahap sifar tu ^^~

      Padam
  2. nak jugak jalan jalan ambik angin luar nanti lepas PKP. Good luck Aien

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Kak Fiza. ^^ jom sama-sama kita jalan.

      Padam
  3. Selamat bersegmen..
    Sha pun nak bawa anak-anak tengok dunia luar setelah lama terkurung dalam rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Kak Sha. Betul tu, babies ni lagi dah meraung kalau tak dapat keluar. Haha

      Padam
  4. kamek pun teringin nak balit bintulu tapi hurmm sikpa lah, postponed dolok..sik sanggup kamek mok berhimpun kat airport buat masa tok, takut terembak balit virus ke orang tua kita di kampung nun...naudzubillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tggu la sampe benar2 udah clear baru boleh pulang hooo..

      Padam
  5. sama lah nak keluar jalan-jalan. stress kena kurung dalam rumah ni. Pergi mandi sungai pun best jugak ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤