Apam Nasi, mudah dan sedap!

Selasa, Mei 05, 2020
Asyik up resepi asyik tak jadi je kan, alhamdulillah untuk Ramadhan ke 11 semalam, akhirnya jadi juga. Apa yang aku buat? 


Semalam my #cookingdiary try buat Apam Nasi memandangkan nasi sejuk ada. Sebenarnya aku ni tak minat benar makan apam nasi ni, sebab kadang-kadang kuat bau dia tu. Tapi, saja nak mencuba. Haha Ingatkan Encik Suami makan, rupanya dia tak makan. Nasib aku buat back-up cekodok, tapi tak berapa nak jadi, alhamdulillah habis jugak. Haha

Resepi Apam Nasi 


Bahan-bahan: 
1 cawan nasi sejuk
2 1/2 sudu gula
1 1/4 air suam 
1 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung beras
1 sudu mauripan (pakai sudu ikea tu) 
1/2 sudu kecil garam 

Cara-caranya:

1. blendkan nasi, gula dan air dahulu. Kemudian, masukkan tepung, dan mauripan serta garam. Haa, blendkan semua. Dah tu, peramkan selama 30 minit sehingga 1 jam. 

2. Masakkan air kukus. 

3. Biarkan kukus selama 15 minit. atau ikut rasa tengok macam dah masak tu. Dah la. 

4. Dah siap! 



Senang kan? Kali ni risau jugak takut tak jadi macam kuih lapis yang lepas, 


So, alhamdulillah jadi. Dan hasilnya banyak sampai sedekah ama jiran. Bulan puasa ni aje la aku rajin nak buat kuih luar alam sendiri tak pernah buat. Dek kerana teda bazaar ramadhan. Kalau ada, aku pakat order saja. Haha 





18 ulasan

  1. rajinnyaaa molah kuih yang guna pengukus2 tok...apa gik, polah seri muka gik..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha padahal xda pengukus pun, tapi ya laa.. suka nak molahnya. Haha Seri muka susah! level expert ya.. haha

      Padam
  2. angah je yang rajin nak buat apam nasi... kalau saya nasi sejuk tu goreng aje hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah buat semalamnya, budak-budak pun tak makan. hehe

      Padam
  3. Dina kurang sikit dengan apam. Tapi nampak menarik apam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun kurang dina. Tapi, dah buat ni sedap pulak. hehe bertambah makan. ^^

      Padam
  4. Balasan
    1. adik kata sikit lagi jadi la bendera selangor. haha

      Padam
  5. mudah rupanya nak buat apam beras ni.. boleh cub la nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah je ma.. Resepi Aien buat semua senang. haha

      Padam
    2. mudah sgt ni tempting mama nak cuba aien

      Padam
  6. Ni dah boleh join segment mama ni. jemput la join ye http://www.mamapipie.com/2020/05/calling-to-join-segment-share-resepi.html

    BalasPadam
  7. suka aja makan apam nasi, tapi tak pernah datang hantu saka untuk buat...ahahhaha...

    BalasPadam
  8. cantiknya apam nasi tu. Pernah buat sekali je apam nasi. lepas tu tak pernah buat dah. jenuh nak menghabiskan berdua. apam tak boleh nak simpan lama nanti kurang sedap rasa dia.

    BalasPadam
  9. Sha pun kurang minat apam sebab bau dia.. tapi cantik jadinya kuih apam aien nie..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤