Asyik up resepi asyik tak jadi je kan, alhamdulillah untuk Ramadhan ke 11 semalam, akhirnya jadi juga. Apa yang aku buat?
Semalam my #cookingdiary try buat Apam Nasi memandangkan nasi sejuk ada. Sebenarnya aku ni tak minat benar makan apam nasi ni, sebab kadang-kadang kuat bau dia tu. Tapi, saja nak mencuba. Haha Ingatkan Encik Suami makan, rupanya dia tak makan. Nasib aku buat back-up cekodok, tapi tak berapa nak jadi, alhamdulillah habis jugak. Haha
Resepi Apam Nasi
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
2 1/2 sudu gula
1 1/4 air suam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu mauripan (pakai sudu ikea tu)
1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya:
1. blendkan nasi, gula dan air dahulu. Kemudian, masukkan tepung, dan mauripan serta garam. Haa, blendkan semua. Dah tu, peramkan selama 30 minit sehingga 1 jam.
2. Masakkan air kukus.
3. Biarkan kukus selama 15 minit. atau ikut rasa tengok macam dah masak tu. Dah la.
4. Dah siap!
Senang kan? Kali ni risau jugak takut tak jadi macam kuih lapis yang lepas,
Baca sini: Buat kuih lapis senang, tapi...
So, alhamdulillah jadi. Dan hasilnya banyak sampai sedekah ama jiran. Bulan puasa ni aje la aku rajin nak buat kuih luar alam sendiri tak pernah buat. Dek kerana teda bazaar ramadhan. Kalau ada, aku pakat order saja. Haha
18 ulasan
rajinnyaaa molah kuih yang guna pengukus2 tok...apa gik, polah seri muka gik..haha
BalasPadamHahaha padahal xda pengukus pun, tapi ya laa.. suka nak molahnya. Haha Seri muka susah! level expert ya.. haha
Padamangah je yang rajin nak buat apam nasi... kalau saya nasi sejuk tu goreng aje hahaha
BalasPadamdah buat semalamnya, budak-budak pun tak makan. hehe
PadamDina kurang sikit dengan apam. Tapi nampak menarik apam tu
BalasPadamsaya pun kurang dina. Tapi, dah buat ni sedap pulak. hehe bertambah makan. ^^
Padamcantiknyaaa
BalasPadamadik kata sikit lagi jadi la bendera selangor. haha
PadamRajin nya heheheh!!
BalasPadamhiburan buat diri sendiri. Haha
Padammudah rupanya nak buat apam beras ni.. boleh cub la nanti
BalasPadammudah je ma.. Resepi Aien buat semua senang. haha
Padammudah sgt ni tempting mama nak cuba aien
PadamNi dah boleh join segment mama ni. jemput la join ye http://www.mamapipie.com/2020/05/calling-to-join-segment-share-resepi.html
BalasPadamokay la.. kita join. haha
Padamsuka aja makan apam nasi, tapi tak pernah datang hantu saka untuk buat...ahahhaha...
BalasPadamcantiknya apam nasi tu. Pernah buat sekali je apam nasi. lepas tu tak pernah buat dah. jenuh nak menghabiskan berdua. apam tak boleh nak simpan lama nanti kurang sedap rasa dia.
BalasPadamSha pun kurang minat apam sebab bau dia.. tapi cantik jadinya kuih apam aien nie..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤