Uish, dah lama kau sepi, sekali update sikit punya stress. Masya Allah...
Stress sangat wei!! Dan aku menaip dengan penuh stress. Urgh~ Jadi hulk kejap.
Misi aku malam ni, konon nak but one type cookies la kan. Biasa aku buat siang. Curi-curi masa Nami tidur. Yet, malam ni entah kenapa gatal nak buat Brownies Bites ni kan.
As simple resepi dia yang aku jumpa di muka buku. Aku semangat nak buat. Yang tak semangatnya bila anak-anak turun mengekori. Yela, ikut dengan penuh tenang tak nangis tak apa, ni.. Ish! Mak kau dah jadi hijau dah tau. Dengan seolah-olah teda siapa jugak nih di rumah. 😒
Aku duduk makan, elok pulak si Nami ni main ngan ayah dia tu. Aku saspek budak ni tak boleh tengok Ibu dia berdiri tau. Or buat kerja. nak suruh aku duduk mengadap dia je. Pahtu, orang kata mak kau ni dok mengangkang je. Haa, netizen sangat!
Okay, dengan piping bag tak ada. Dengan eee.. serabut la citer dia. Well, realiti ibu-ibu anak kecik nak buat biskut, tapi tak boleh nak berjaga malam. Dan lepas sahur kadang baru nak amek besen, sang anak dah nangis nak ngempeng. I was not complaining just state the reality of being mom. emosi aku ni memang macam ni. Kadang datang bengong!
Done bebel, aku nak share la ngan korang. Actually senang je buat Brownies Bites ni macam buat brownies biasa.
Fuh, dalam stress dan juga struggle nak menyiapkan Bites ni, akhirnya siap jugak! Sedap gais, I tell you~
aienienka
Done bebel, aku nak share la ngan korang. Actually senang je buat Brownies Bites ni macam buat brownies biasa.
Fuh, dalam stress dan juga struggle nak menyiapkan Bites ni, akhirnya siap jugak! Sedap gais, I tell you~
Bahan-bahan & Step untuk Brownies Bites:
(A)
200g dark chocolate ( aku guna yang jenama meriah tu je)
90g butter
* Double boiler -kan these two.
(B)
105g gula perang (yet manis pada aku, korang boleh kurangkan)
2 biji telur (gred apapun boleh)
* gaul sebati sampai teda juga rasa biji-biji gula tu.
(C)
80g tepung gandum (cap sauh je)
30g serbuk koko ( disebabkan teda aku guna milo)
* setelah Bahan A dan cair, masukkan ke dalam bahan B, gaulkan sebati baru masukkan bahan C. Dan gaul sehingga adunan serupa dodol gitu.
* kemudian, masukkan dalam piping bag, dan letak dalam cawan kertas.
resepi kredit: Brownies Bites
Sangat senang kan? Bagi aku agak leceh which is, al-kisah sebenarnya tak rancang nak buat ni. Ikutkan resepi ada letak badam la apa la kan sebagai topping. Aku tak letak pun.
And one more thing, Aku teda piping bag! Which is make me more miserable nak buat ni. Kah! Guna plastik lock ikea tu, sekali meletup. Haha Sudahnya habiskan cedok dengan sudu je.
Pesanan: Jangan letak sampai penuh sangat, nanti melimpah pulak. letak separuh pun cukup.
Walaupun rupa tak semenggah, betul la sekali ngap nak lagi. hehe
19 ulasan
apa2 berkaitan dengan brownies memang sedap. mmg jadi favourite kami. tahun lepas beli 2balang brownies cookies. sedap.. brownies cookies mkn time besday party anak member sebelum ni, baru tahu ada brownies bites.sedap, yang penting comel2 keciknya
BalasPadamaah,memang sedap sampai lepas siap, anak dah bedal dulu 3, 4 cup. haha
PadamNmok sedap je sis, ok la tu kira jd utk sendiri mkn..rupa tolakk tepi yg penting rasa..hihi
BalasPadamMemang sedap wak.. anak dah bedal habis dulu.. kita pun kalo tak kenang untuk raya, nak je makan. haha
Padamtak pernah try buat brownies takut tak menjadi..hehe
BalasPadamsenang je buat brownies ni. Tips: lepas bakar dia, jgn diusik dulu. biarkan sejuk nanti jadi la. Hee
Padamnampak macam senang jaa
BalasPadamsangat senang! kalau ada piping bag. Haha
Padamsedapnya.. Tapi tak rajin lagi.. hehehe.. Okaylah tu Aien.. walaupun stress tetap teruskan misi memasak.. Kalau sha memang tak adalah.. hahaha..
BalasPadamHahaha sayang nak ditinggalkan. Buat sampai habis baru layan si kecik tu. tak kuasa nak layan dia nangis je sokmo..
Padamsaya ni tangan mmg tak berseni nak buat kek kek sekut2..
BalasPadamso always jles orang yang pandai bakinggg T.T
cuma dari yang senang dulu. Hee~ tangan say pun tak berseni, tapi sebab nak makan punya pasal. I is gigih! Haha
Padamapooo, mengangkangggg? hahahahhaha!
BalasPadamsaborrr mak saborrr...hahaha...nasib bait nyaman owh..kamek pun marek da molah kuih raya...pagi tok update masuk blog kul 9 lebih kelak...
Ya la tek. Belom raya dah habis sebalang. mike nak molah gik.. hurm..haha
PadamSedapnya. Tak pernah buat style bites lagi. senang nak makan camni kan
BalasPadamohh ada broenies bite pulak ye. hehe ni lagi cepat habis bila makan.. tak sedar..
BalasPadamAssalamualaikum... WAaa.. SS mmg suka kejadian coklat2, browm2 mcm ni
BalasPadamsedapnyaaa..haihh klo buat ni mmg tak smpai raya habis terus ngap
BalasPadamNampak mudah je nak buat...bole la cuba nanti...kalau rajin...hehehe
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤