Chinese Drama | Girlfriend (2020)

Khamis, Mei 28, 2020


Tajuk: Girlfriend (The Girlfriend Downstairs Please Sign) 
Genre: Romance, drama, Business, comedy
Episode: 36 (35 minit per) 
Cast: Lawrence Wong, Xu Hao
Sinopsis: When an extra gets hired to act like she has a crush on a CEO, the pretend romance becomes all too real. 

Wen Xiaonuan has been trying to make ends meet in order to support Huangmei Opera Troupe. Resorting to acting gigs to earn money, Wen Xiaonuan books an unusual job where she must pretend to have a crush in the handsome CEO Ye Feimo. 


Spoiler Alert!

Berlalu di muka buku, kumpulan chinese drama fans men-war-warkan drama ni best sangat. Luckily dorang sangat supporting dan sentiasa berkongsi maklumat.  Dan bermula misi aku mencari drama ni di laman Youtube. Boleh je tengok di aplikasi Mango TV, tapi macam biasa la ianya bukan percuma. 

Sekarang pun masih dibagi eng sub. Boleh la taip saja -girlfriend- di laman Youtube tu. Jangan jadi macam aku ni, tersalah tengok pulak dengan My Girlfriend. Haha Banyak sangat la drama yang sama tajuk ni. Tipikal drama jam 7 tapi, versi china. 

Done tengok yang betul, aku layan la 3 hari tapi selang seli la. Tak ada la terusan menengok. Habis rumah siapa nak settlekan? 

As sinopsis was stated, Wen Xiaonuan ni gadis yang bekerja keras untuk selamatkan troupe Huangmei Opera tu. Bila ada orang (mak Ye Feimo) tawarkan kepada dia job untuk berlakon jadi kekasih anaknya itu, dia pada mulanya menolak. Tapi, disebabkan adik dia dah kena belasah dengan ah long, dia terima tugasan tersebut. 

Ye Feimo, as tipikal cold CEO of Anning Culture, trauma selepas ditinggalkan bekas kekasihnya yang kini sudah menjadi artis pelakon popular iaitu Han Hui, cuba dipadamkan kesejukannya itu oleh ibunya Mrs.Cheng. 

Serius mula-mula tengok, ingatkan Xiaonuan tu, pelakon yang sama dalam My Girlfriend is an Alien rupanya bukan. Pelanduk dua serupa la tu. 

Yang bestnya Lawrence Wong a.k.a Ye Feimo ni anak Malaysia, eh Singapura gitu laa. yang mengembangkan sayap lakonannya ke negara China ni. Terasa bangga kejap  Haha Padahal sebelum tu tak kenal pun. Kita pun mula misi mencari drama mana yang dia berlakon yang best la kan. Masuk dulu dalam wishlist. Nanti aku ingat aku tengok la. 

Musim PKPB ni, memang dah tak ada kerja lain la kan. Tak masak, makan. Tak makan, tengok drama. Ah, kerja rumah tu rutin la usah dikira lagi. 

Drama ni serius lawak jugak, bila Ye Feimo ni datang sot dia bila bab nak meluahkan isi hati dia. Comel jek gitu. 

Part tak best  biasa la, Han Hui nak dapatkan balik Ye Feimo tu. Manakala Wen Xiaonuan ni, pada mula drama dia ada boyfriend, tapi laki tu tinggalkan dia demi kekasih baru, Jiang Ling Er, anak perempuan syarikat saing Anning Culture iaitu YaoHua Theatre. Pahtu sibuk claimed yang dia buat semua tu demi Xiaonuan. Eh~

Pusing-pusing situ jugak la kan. Dorang bersaing demi sebuah drama, percintaan dan sebagainya. tak ada gempak sangat aksi dia, just suam-suam kuku gitu. Boleh la buat refresh sebulan cuti benda lagha. Haha 

Bestnya drama ni, buatkan aku berfikir, macam ni ke dunia perfileman sebenarnya? Andai kata la kan. Kena pandai rebut peluang, kipas sana kipas sini. Untung Xiaonuan terus dapat jadi S-listing Anning Culture. 

Bagi aku, drama ni biasa-biasa je la. Tak ada la best sangat macam dalam kumpulan Chinese Drama kabokan tu. Ala~ dorang bebudak, ko tu pangkat acikz suda.. Apa yang penting kawasan shooting drama ni banyak pakai lokasi sama dalam  Well Intend Love 2 tau. Rumah si Ye Feimo pakai lepas dia pindah duduk satu tempat dengan Xiaonuan. Office Jiang (apa ntah nama dia) ex- boyfriend si Xiaonuan tu, office watak laki kedua dalam well intend love tu. Adoii~ sebijik lak tu. 


Naik perjalanan drama ni slow sikit la, bila Han Hui plan nak jatuhkan Wen Xiaonuan dalam satu filem yang konon dia minta penulis skrip karangkan based on hubungan dorang tiga iaitu, Han Hui, Ye Feimo dan Xiaonuan ni. Dan dia cuba berlagak baik konon dengan mengajak si Xiaonuan ni jadi female lead lagi satu. 

Adooo~ walaupun begitu, effect dari berlakon untuk filem ni, Xiaonuan ragu-ragu akan cinta Feimo terhadap dirinya. Dia minta putus. Alih-alih Feimo kena kanser perut. Lawaknya sini, ada pulak pihak hospital sebenarnya tersalah diagnosis. Haha Rupa-rupa tak ada sakit pun si Feimo ni. Dia cuma terkejut si Xiaonuan minta putus. Kah! 

Nasib happy ending. Battle antara Han Hui dan Xiaonuan pun boleh tahu siapa menang, walaupun si Han Hui gagah nak kata Xiaonuan tu pengganti je di hati Feimo, sebab dalam hati Feimo cuma ada perempuan yang selamatkan dia hampir lemas satu ketika dahulu. 

Gitu,, Xiaonuan dengan Feimo. Jiayi dengan Mr.Gu dia. Dan Director Li dengan agent Xiaonuan. The End-
 
Ha, nak tengok ada tu kat youtube sana. Dah, aku nak tengok drama lain pulak. Bai!










8 ulasan

  1. selamat menonton ye. abe kie jrg tgok drama bersiri sbb x sanggup nak mengadap tv selalu. kalau filem di netflix pun 2 ke 3 kali tgok baru siap! hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lamanya nak habiskan movie Abam Kie. Haha

      Padam
  2. Ada satu cerita cina ni tajuk dia sweet dreams. Best cerita tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pernah tengok, review je tak ada. Haha

      Padam
  3. Kenapa entah macam kurang minat tengok cerita cina. Dulu dulu kecik sukalah juga sebab tak ada pilihan. sekarang dah banyak pilihan, terus tak tengok dah cerita cina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita terjebak sekali terjebak susah nak cari pintu keluar. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤