Tajuk: Hi, Bye Mama!
Genre: Family, Supernatural, Friendship, Romance
Episode: 16
Cast: Kim Tae Hee, Lee Kyu Hyung, Go Bo Gyeol, Seo Woo Jin , etc
Sinopsis:
It's the story of a mother who died and begins a 49-day long project of reincarnation, and a husband who has barely begun to live a new life after overcoming the pain of losing his wife.
Jo Kang Hwa is a skilled thoracic surgeon. After losing his wife four years ago, he had been working as a single father until he got married again two years ago. While he seems like a caring person, he does not offer a hand nor intervene when needed.
(Source: Soompi)
Cha Yu Ri (Kim Tae Hee) mati akibat kemalangan dan sempat menyelamatkan anak dalam kandungan. Cho Gang Hwa (Lee Kyung Hyung) tak sempat melihat isteri bernafas buat kali terakhir sebab sibuk menyelamat pesakit VVIP.
Selama 5 tahun, Yu Ri menjadi hantu dan mengekori tiap orang yang dia sayang. Mula-mula dia asyik ikut Seo Woo, anaknya yang tak pernah dipegangnya. Namun, entah bagaimana, dia menjadi manusia dalam tempoh percubaan 49 hari.
Eh, nak buat review dah tak ingat pulak dah. 🙈 Yang penting bila dia jadi manusia tu, orang pertama dia jumpa adalah Ms. Mi Dong, shaman yang menjaga kawasan rumah mayat dorang la. apa tu orang panggil? tempat tinggal dorang hantu-hantu ni tadi la.
Masa tu, Gang Hwa dah pun berkahwin semula dengan jururawat satu tempat kerjanya iaitu Oh Min Jeong.
Kalau nak tahu details kome nengok ler sendiri ye. Aien rasa malas la pulak, sebab cerita dia sedih sangat. Tapi, heartwarming gitu. Sedih-sedih yang kita tak sedar air mata mengalir sama. Dari episode pertama dah sedih, sehingga la episode akhir. Huwaaa~ dia bukan mental koyak tapi tu la.. touche gitu..
Lagi-lagi part si Yu Ri ni diberikan 49 hari bukan nak porak perandakan hidup bekas suami (yeke? ) bahkan tidak sedikitpun fikir nak rebut tempat dia balik.
Yang penting uolls mesti tengok cite ni sebab, Pil Su ( mulut jahat selalu gaduh dengan Ye Jin dalam CLOY) ada dalam ni.
Haha~ walaupun sekejap dia datang, menyampah dengan dia tu, geram tau! Sibuk nak amek anak orang nak dijadikan shaman last-last dia kena hangkut oleh anak salah satu keluarga yang ada di rumah mayat tu. Kira kawan si Yu Ri tadi la kan.
Sorry la tak pandai nak bagi review best, yet drama ni worth to watch sebab kadang-kadang kita selalu terlepas pandang apa yang kita ada hari ini demi sesuatu yang kita tak pasti. Bila dah tak ada baru nak menyesal. Masa tu, buat apa sekalipun dah tak boleh. Gitcheeww~
Akhirnya, Ms. Mi Dong jumpa juga sebab kenapa Yu Ri ni spesial diberikan kelebihan untuk hidup semula 49 hari tu, yang mereka tertanya dari episode satu sampai sudah. Well, doa seorang Ibu itu makbul. Lambat laun pasti akan ada jawapannya. ☺
Hargai la ibumu sebelum terlambat. Itu motif jelas dalam drama ni.
8 ulasan
Macam best je cite ni..Musim pkp ni ramai kan layan drama kpop. hihi
BalasPadamhaah. semua tengah geram the TWM, kita nangis2 jap layan drama ni.
Padambaruk nanggar episod 1 jak, belum abis gik...diselangi cita Voice, ney ndak..terus habiskan Voice..haha..kak tok sambung balit Hi Bye Mama
BalasPadamvoice ya dah la suspen. nang lawan cita cdak duak tok. haha
PadamMacam menarik jer drama korea ni nanti nak tengok la... Hai selamat berkenalan nanti jemput singgah ke blog ya..
BalasPadamIye . seronok tengok drama penuh heart warming gitu. ^^
PadamSedihkan cerita ni
BalasPadamAah, satu part tu nangis sama. T^T
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤