Kisah Lemari yang menyedihkan

Khamis, Jun 11, 2020

Orang berebut-rebut nak balik kampung, aku baru berangan nak hias rumah. Eh, tak ada la hias sangat, cuma tukar almari baru sebab anak-anak manjat lemari yang tak serupa almari lama tu. Nak tunjuk kang segan sendiri pulak. Nasib jumpa yang berkemas sikit. 


Ni la rupa gobok aku yang dah diubahsuai sebab banyak yang dah reput. Asal kejadian gobok plastik yang RM38 kat shopee tu. Hadiah kawen dari adik dulu. Bayangkan dah 3 dekat 4 tahun hayat dia. Bila dah ada anak bujang yang lasak teruk, fuh, dua tiga kali dah dia kena hempap gobok ni. Nasib lolos kat bawah tu ha. tak ada la nangis sangat. 

Yang nangis dia ibu dia ni haaa.. Kisah lemari yang menyedihkan buat aku sentiasa fikir, "aku ni menyusahkan orang je ke?" 

Demi dua ketul anak-anak yang makin lasak, dan keinginan aku sebagai isteri nak tengok rumah kemas rapi macam rumah orang lain, aku lupa yang aku ni duduk rumah burung, teda siapa juga nak tolong ngangkat benda berat ni melainkan sang suami walaupun mulutnya marah. 

Jadi orang duduk flat ni tak boleh la beli barang berat-berat dari atas talian yek? 

Kisah aku purchase almari ni since 17 May 2020. Alhamdulillah jika dari pihak seller tiada masalah. Seller telahpun berjaya pos out before raya. Tapi aku heran kenapa dalam shopee, almari aku tak ada update kat mana kat mana. And aku pun lupa nak tanya dia post pakai courier apa. So, bila dah sampai limit shopee, bila dah extend lebih 3 hari pun tak sampai, aku decide untuk refund setelah emelkan aduan kepada pihak shopee. Dan, bermula kisah yang menyedihkan dengan pihak delivery sangkar langit. (se-kei-net) JB yang amat tidak berdedikasi dalam tugasan mereka. Ya, aku juga faham la penatnya kerja driver/sorting/bergara-gara semua ni. Aku faham, tapi korang juga pilih atau dapat kerja tu kan? please, buat dengan lebih baik. 

Sedihnya bertambah, bila mana kejadian pertama: 9 JUN 2020

1. Office girl sangkar langit called awal pagi (9am) remind aku alert dengan phone, hari tu dorang buat delivery, which dia sebut nama aku salah, and said, whatever kat aku? pergh, perangai lahanat 1. 

itu aku tak la kisah sangat. manusia. biasa la. So, aku pun alert dengan tepon. Kejap-kejap tengah masak usha tepon. Siap, konon aku dah kuatkan volume suara tepon . mana tahu aku tak dengar. Sambil masak, basuh baju alah, settlekan urusan rumah la kan. Sampai ke tengahari, ke petang tak ada juga orang call. Last, aku duduk jahit langsir kejap je, telefon aku simpan dalam box berdekatan dengan aku jahit. Dah habis jahit tengok phone ada tiga missed call. Shit, ergh!! masa aku tak pegang fon la dia kol. Kol balik confirm dia dah pergi. Tapi, aku kol yang driver tu kata nak self pick up la kan. 

But, dari pihak shopee date untuk aku refund tu limit dia sampai 10 Jun which esok, buat aku tak keruan. Paling malang and careless kuasa dua, volume yang aku sangka aku kuatkan rupanya bukan volume phone, tapi volume suara dia. Urgh!

Okay, tenang nor, tenang. Hari khamis kita p pick up. Kat shopee pun seller dah letak dispute kat refund status tu. Okay, boleh tido dengan tenang sikit. 

Aku pun tak tertunggu la kan sebab nak pegi pick up. Agaknya dia dah kena marah dengan shopee ke seller ke apa la kan, yang penting dia buat delivery esoknya.

Aku suri rumah, kerja aku uruskan rumah dari awal pagi sampai tengahari bila bebudak tido baru relax sikit. and tengahari tu bila aku tengok fon, ada 3 lagi missed call dari driver. Kali ke-4 dia kol baru aku dapat aku. baru HELLO, ayat dia? susah sangat ke nak angkat phone? aku tergamam. aik, oh . aku kalau dah kena marah macam tu, nangis je aku tahu. Tapi, kalau kena dengan orang luar aku diam. speechless. 
Ada mana? -rumah. okay, turun sekarang. tet! terus dia matikan. Aku pun rushing la turun, dalam pale fikir nak usung bebudak ke tinggalkan sebab nak angkat lemari tu, (angan betul kan?) tapi, dah dorang nangis dulu aku bawak jugak. terlupa pulak telefon, dah sampai bawak tak ada pulak lori skynet. Harem! 

Naik balik dengan bebudak ambil telefon, Turun lagi. Masa tu of course sang suami kerja la kan. Di telefon, diletak dia. heee~ aku dah kepenatan plus kepanasan and hangin ni. Aku tunggu kat tangga la, kot-kot memang dia saja kol before sampai sini. (area rumah) Rumah aku tingkat tiga kot. phew~ sabar nor! 

Sekali aku nampak lori skynet lalu -limpas kata orang sarawak. Aik, nak ke mana tu? tak lama dia kol, haa dah sampai kat bawah. pahtu aku cakap la yang dia salah blok bla bla... pahtu dia pusing balik. masuk kawasan, dia turun tengok aku ngan bebudak. Abang mana? -kerja. Saya tukang hantar je. -hmmm... nanti aku fikir la macamana nak bawak naik. nama - pit pun pon pot.. 

and bila dia turunkan kotak tu, aku dengan jahatnya buat video. Tengok laki berani maki aku ni. heeee, hare betul! 

Letak kat tepi, aku pun ucap terima kasih walaupun dia maki. Langsung, tanpa berpaling semula, dia berlalu pergi... dan aku masih termenung di tangga bersama anak-anak. Apakah nasib. 

dalam jam satu, husband balik rehat, dia la mangsa tukang angkat. haa, lain kali beli lagi barang berat-berat online. 

Auch, hati ibu ni dah la sememangnya dah berderai berkaca la dia. akhirnya, sedih dari semalam turun jua ia....

aku ni menyusahkan ke? aku beli online nak senangkan dia, tak susah bawak p kedai cari lagi. dah aku selalu dok skrol kat shopee tengok almari ni. hati aku nak senangkan dia. tak mau bebudak main kena hempap lagi. end up, aku juga kena lagi. aku.... nak balik!!!!! 

Dan bermula episode aku memasangnya sendiri. Dah pasang salah pulak. Pahtu, hari hujan. bebudak takut guruh, especially Nayla, aku ajak dorang tido. Which is dorang tido aku tak dapat nak gerak. tunda lagi. kang tak nampak aku dorang nangis, nangis satu hal lagi. cukup la dorang nangis tadi, masa aku dok turun naik pening pale nak tinggalkan almari tu kat bawah tadi. 

Petang hari baru dorang bangun, terus aku sambung lagi dengan harapan siap la sebelum maghrib. Tapi, iklan bersama kitkat settlekan dorang lagi. Mandi, makan. Sudahnya aku siapkan almari over all jam 9 malam. 

Banyak sangat iklan, haha Bila dah siap terubat hati aku sikit. Nampak kemas dah. Macam nak beli lagi je rasa. Haha Tak serik kan? 

Niat, aku cuma dua. Tak mau anak-anak main kat almari tu lagi risau kena hempap dan nak rumah nampak kemas. Salah ke? 

Kalau salah, maafkan aku. 


11 ulasan

  1. oh tedah. jaik alu eh sidaknya polah kita camtok eh. Sik tauk kecik-kecik kita duduk rumah flat sekalipun mok nangga rumah kacak bah...kempang ati daknya.

    Karma everywhere bah...

    Bagik jak rate o star rah shopee nun. report jak seller macam ya. Sekda guna-guna berniaga mun si pande jaga hati kastemer bah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sellee nice. servis tip top. yang hare is delivery guy a.k.a courier nya. memang.

      dan aku berkata, malang sungguh siapa jadi isteri wahai encik driver. Haha

      Padam
  2. Huhuhu gitulaaa Aien kita ni, kadang kita buat sesuatu yang baik untuk kesenangan bersama, tapi orang tak faham..sabar je laa wahai hati...
    Tapi dah settle nampak kemas dan tersusun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Sis Lin. Nampak lapang sikit tengok lemari putih tu. ^^

      Padam
  3. Sabar je lah kak aein.. Geram jugak dgn seller & skynet tu, bikin panas je lol!

    BalasPadam
  4. Jangan sedih. Happy okay dah dapat almari baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Happy dah dapat lemari baru rasa macam nak repurchased je Haha

      Padam
  5. iskk kamek pula nok geram dgr ttg sangkarnet yea. tau lah lately mmg byk lah org bebeli brg online kan, dah yea keja cdak camne lah gaya. layan lah org bait sikit. sik rugi pun. sabar lah aien.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya La, perange mun macam ya, iboh bercarik kerja macam ya.

      Padam
  6. risau bila beli online ni kat barang besar-besar camtu la :(

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤