Pejam celik, pejam celik je kan. Eh, dah sampai tengah tahun 2020. Tahun yang paling suram tahun yang hikmah tersembunyinya banyak. Tahun yang siapa sangka berbeza sekali dari apa yang dibayangkan.
Semua sedia maklum, sejak Pandemik Covid-19 mula melanda dunia dari hujung tahun lalu, ramai manusia mula berjaga-jaga. Bahkan Malaysia turun terkena tempiasnya dan mula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang pada aku lebih kurang saja dengan Perintah Berkurung.
June 2020, Perintahan Kawalan Pergerakan itu telah diletakkan syarat. Banyak juga sektor-sektor telah mula beroperasi sejak terkandas dan terjejas beberapa bulan yang lalu. Namun, jangan suka ria. Covid-19 belum nyah lagi dari muka bumi ini.
Hari ni, suramnya seperti memahami rasa hati. Hujan dari pagi sehingga saat entry ini ditaip. Hari yang syiok juga dapat landing bermalasan di katil. Namun, fikiran seorang ibu itu sentiasa meriah ke sana ke mari walaupun jasad terkujur di katil.
Anak-anak aku biarkan bermain sambil hujung mata melihat. Ayah mereka sudah mula bekerja di sebelah petang. Tinggal la kami bertiga dengan norma baharu.
Oh, idea berjela-jela dalam kepala tadi dah hilang. Jadi aku tulis apa yang teringat.
Tengah tahun 2020. Apa yang sudah dilakukan 6 bulan pertama? Ha Ha Ha Ha
Begini la jugak teda apa juga yang menarik. Nayla sepatutnya ada appointment check up pagi tadi pun tak sampai setengah jam sudah kembali. Aik, pehal? Rupa-rupanya suruh beli ubat cacing sendiri. Nanti dah reda si Covid ni, baru buat appointment baru lagi. Macamana Nami bulan depan andai covid masih suam-suam kuku nak beredar. Tengokkan aje la.
Itu saja ini entry jun. Hope the other 6 month ni lebih baik la ek. kOrang jangan seronok sangat. Stay at home masih digalakkan. Pembersihan diri harus diutamakan.
Selamat datang Jun!
aienienka
14 ulasan
Moga pandemik cepat berakhir..letih dh stay home..salam raya
BalasPadamLemau dah rasanya ek? Salam raya cikgu!
Padamsedar-sedar dah nak tiga bulan kita dok rumah yee
BalasPadamKan, tak berasa. Macam sunyi je..
PadamPlanner kosong ohh tahun ni, sedihhh...Tapi mesti ada hikmah kan...
BalasPadamKan? planner kita banyak kensel je. Haha
Padamassalam..semoga segala urusan kita dpmudahkan hendaknya
BalasPadam=)
Aamiin... ^^
PadamBetul tu. Semoga lagi 6 bulan ni lebih baik dari bulan bulan sebelum and InshaaAllah semua nya ada hikmah :)
BalasPadamAamiin.. ^^
PadamKejap je dah masuk June. Rasa macam kosong je diary planner tahun ni tak ada apa nak dituliskan. memang suram tahun ni. Appointment sekarang banyak yang bagi ubat je. Lepas habis C19 baru sambung semula.
BalasPadamKan? kecuali si Najmi tu yang masih nak kena cucuk je baru boleh masuk. ^^
Padamkita tunggu pengumuman PM petang tok kedak ney...mudah2an ada good news...
BalasPadamYeay! dah boleh rentas negeri. ^^
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤