Tajuk: Goodbye My Princess / Eastern Palace
Genre: Historical, Melodrama, Romance, Tragedy
No of Episode: 52
Cast: Peng Xiaoran, Chen Xing Xu, Shawn Wei
Sinopsis: A love story revolves around the 9th Princess of Western Liang as she journeys to the Central Plains to fulfill a marriage alliance with the Crown Prince.
Having received overwhelming love and admiration as the 9th Princess, Xiao Feng is forced to leave the life that she has known in order to become the Crown Princess. Her husband, the black-bellied Crown Prince, holds the highest position second only to one, the Emperor. However, the Eastern Palace is the most dangerous place to be. For political reasons, the Prince has no choice but to marry the Princess from a foreign land. He has his own favored concubine while she has her own life. Two parallel lines begin to intersect in a place fraught with danger and deadly power play and buried somewhere deep inside are memories that have yet to resurface.
(Source: ChineseDrama.info)
SPOILER ALERT
Again, satu lagi drama yang randomly rasa nak tengok dah pun habis walaupun sad ending. Terbaik! Nasib la ada dorang bagi happy ending jugak untuk dua character ni.
Oh, macamana ya. Ceritanya tentang puteri ke-9 yang dipaksa berkahwin demi kesejahteraan dua negara. Akan tetapi, Puteri ke-9 a.k.a Xiao Feng ni seorang yang happy spirit, sukakan hiburan serta nakalnya membuatkan ramai orang sayang padanya. Di sampingnya pula, ada seorang pembantu merangkap teman sejati iaitu A Du.
Kerana tak mahu berkahwin paksa, Xiao Feng minta pada gurunya, Gu Jian untuk bawa dirinya lari. Namun, Gu Jian ada helah lain di sebalik bawa Xiao Feng lari.
Konflik drama ni simple walaupun nama ke sana ke mari plotnya. Perebutan kuasa dalam Li Empire. Biasa la kerana kuasa, orang sanggup buat apa saja.
Lain pulak putera kelima Li Empire ni, Li Chengyi dia cuma nak dapatkan kuasa untuk kembalikan nama keluarganya yang dikatakan pengkhianat satu ketika dahulu.
Chengyi yang dipelihara oleh pemaisuri selepas ibu kandungnya dibunuh oleh pemaisuri sendiri. Setelah berjumpa dengan Master Chai, dia diberi nama Gu Xiaowu dan mula merapatkan diri pada Xiao Feng untuk dapatkan kepercayaan gadis tersebut dan di bawa masuk ke dalam puak Dan Chi. Dalam misinya untuk menjatuhkan puak Dan Chi, Chengyi turut jatuh cinta pada Xiao Feng, tapi lebih mengutamakan misinya.
Kerana terlalu trauma melihat atuknya dibunuh depan mata, Xiao Feng terjun ke Air Terjun yang dikatakan boleh membuat sesiapa saja lupa akan kenangan pahitnya.
Chengyi cuba untuk menyelamatkan Xiao Feng turut terkena tempias hilang ingatan itu. Perebutan kuasa Crown Prince antara Putera Kedua yang terlalu tamak dan Putera Kelima. Ada je puteri lain, tapi tak la seberapa kuat nak bertanding untuk ke arah takhta tu.
Ceritanya lebih berkisarkan antara Xiao Feng, dan Chengyi yang masing-masing dah hilang ingatan namun, jatuh cinta buat kali kedua antara satu sama lain.
True love never dies gitcheeww~
Ah~ ada beberapa episode buat aku menangis tengok. Tengah makan pun meleleh air mata. Sedihnya... Apatah lagi bila kepercayaan antara Chengyi pada Pemaisuri dan mengharapkan Pemaisuri melayan dirinya seperti anak kandung sendiri punah apabila Pemaisuri menghantar assassin untuk bunuh dirinya. Masa tu dia dah jadi Crown Prince la. Akhirnya Raja murka, dan Permaisuri dikurung di istananya sehingga hujung nyawa. Namun, kerana kesedihan Cheng Yi pergi meninggalkan dirinya, Permaisuri yang diturunkan pangkat mengantung diri.
Raja pun gila sebab cinta, Cheng Yi pun nyanyuk tak terima kenyataan bahawa Xiao Feng mati bunuh diri demi keamanan kedua belah negara. Itu pun setelah A Du bunuh master mind terakhir daripada keluarga Gao yang sangat gilakan kuasa nak dapatkan Takhta sampai sanggup nak pecah belahkan semua puak.
Bila semua orang kesayangannya mati, Xiao Feng pasrah.. Huwwaaa~sedihnya. itu xsedih sangat la yang sedih bila dia cuba pujuk hati dia, marah dirinya apabila tak boleh nak lupakan Gu Xiao Wu, cinta hatinya sampai mati.
Ergh, memang goodbye My princess. Tahniah la penulis novel karang cerita sedih macam ni. Tahniah la buat diri sendiri yang tengok randomly je, boleh habis dalam masa 3 hari. Hew hew hew
11 ulasan
menarik jgk!
BalasPadamboleh tengok!
PadamMcm best cerita tok ☺️
BalasPadamKeputusan ga dah keluar. Blh cek. ☺️
Best gilak wooo...
Padammenarik ni! tp entah bila laa sy boleh ddk n hadap drama mcm ni smpi habis hehehe
BalasPadamakak pun tak hadap sangat. tu yang makan tiga hari tengok. Kejap2 sambil2 buat kerja rumah, main ngan bebudak tengok la.
Padamlama sangat dah tak tengok drama cina.. plus rumah mmg xdak tv..
BalasPadamtapi senang access di internet. cuma dok layan kdrama hehe..
Kdrama nak layan tak terlayan lagi. Macam suka pulak tengok yang klasik macam ni..
Padampeehaaa~ Choonaaa...
^_^
lama tak layan citer cina
BalasPadamAodi.. drama China nie panjang.. tu yang tak lalu tu.. hehehe
BalasPadamTapi berbaloi kak. Sedih yang amat drama ni.. ^^
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤