Tajuk: Oops, the king is in love | My heart is beating
Genre: Romance, Historical, Comedy
No of Episode: 24
Cast: Ash Zhu, Ma Meng Wei, Fu Wei Lun, Xiong Yu Ting, Wang Xia
Sinopsis: Yan Zhixia is a the daughter of a minister that loves money and disguises herself as a man in order to work in the royal palace. She mistakenly becomes the eunuch of the Emperor, and with his help, slowly becomes the Head eunuch. However she discovers that actually, Yan Jin knew of her true identity long time ago.
(Source: DramaWiki)
SPOILER ALERT
Tengok macam menarik je drama ni, aku try tengok. Boleh la. Tak boring. Masuk air jugak lawak dia. Sangat santai.
Mengisahkan Yan Zhi Xia, yang merupakan anak menteri (tapi pada mulanya memang tak nampak) mak dia ada rumah hiburan. Disebabkan Zhi Xia tak nak di-exposed-kan pada umum dia anak tuan rumah hiburan dia, dia menyamar jadi lelaki. Taiko kawasan jugak. Ramai pengikut. Tapi disebabkan satu ketika dia terdesak mencari duit dek kerana last job dia tak dapat bayaran dia meyamar jadi eunuch (pelayan diraja). Alih-alih dia jumpa orang yang tawarkan dia kerja terakhir itu, ada di istana. Ingatkan pengawal utama, rupa-rupanya raja.
Yan Jin, Putera a.k.a raja tak diiktiraf sebab pemaisuri terlalu tamakkan kuasa pemerintahan. Dia nak bolot semua. Raja ni cuba siasat apa sebenarnya plot pemaisuri ni disebaliknya. Tapi desakan dari pada menteri membuatkan keadaan istana agak kucar kacir.
Gila-gila jugak drama ni. Di sebalik plot guling menguling sesama menteri dalam istana ni. Eh ada sorang je menteri jahat iaitu Menteri Pertahanan, Gong Ye yang cuba nak bolot kuasa pemerintahan. Tak silap menteri ni beradik dengan Pemaisuri ni. Penat menjadi orang suruhan Pemaisuri, dia memberontak sendiri. Haa, kan anjing dah gigit tuannya.
Yan Jin tahu Pemaisuri memang takkan lepaskan kuasa pada dirinya melainkan dirinya berkahwin dengan bau bacang keluarga pemaisuri tu iaitu anak kepada Gong Yr, Gong Zhi Yue. Raja Yan Jin perintahkan Zhi Xia menjadi eunuch peribadinya. Zhi Xia ingat dia belum terkantoi dengan raja ni, rupa-rupanya raja ni lama dah tau dan dah pun siasat latar belakang dia. Dan lama-lama tu dia jatuh hati pada Zhi Xia ni. Alah, gila sweet.
Pahtu, bila keadaan istana mula berkocak, Yan Jin cuba nak sembunyi Zhi Xia dari ketahuan, namun gagal. Apatah lagi bila Zhi Xia ini menyamar, maka murka la Permaisuri dan menuduh Zhi Xia cuba menggoda raja. Dibawa la lari mereka.
Pada pihak mak Zhi Xia pulak, dia ingatkan Yan Jin ni anak orang ternama biasa, tak disangka raja pulak. Ha ha Bila si raja cuba nak menawan hati bakal mak mentua, ni lawak. Ha Ha ha
Bila Menteri Pertahanan, Gong Ye tu dapat memberontak dia cuba untuk naik jadi raja. Sebab masa tu, Yan Jin dah lari keluar dari istana untuk cari mak dia sebenar. Dan Menteri Pertahanan kot, diarahkan semua bala tentera untuk bunuh Raja sebenar. Untuk memudahkan dia naik takhta.
Zhi Xia dan mak dia terpaksa ke luar daerah menyamar jadi orang lain tapi terkantoi jugak. Dalam Menteri Pertahanan Gong Ye ni rasa dia makin dekat dengan motif dia, dia tak sedar bahawa anak dia, Gong Zhi Yue cuba nak selamatkan dia yang memang dah sesat jauh. Tapi, ya la anak kan.
Bekas tunang tak jadi Zhi Xia dulu, Lin Yang Qing seorang bijak pandai menjadi tulang belakang pada semua rencana Raja Yan Jin dalam mengatur perjalanan pemberontakan Menteri Gong Ye. Acah belot Raja Yan Jin, berpaling tadah mengikut Gong Ye. Padahal itu semua rancangan saja. Nasib la Raja Yan Jin ni dalam dia jatuh cinta dia sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dia.
Dari mula Zhi Xia masuk istana, diceritakan bagaimana Raja Yan Jin ni mengatur strategi dalam menyelamatkan tampuk pimpinan tinggalan raja lama, iaitu ayahandanya sendiri dari jatuh ke tangan orang yang tamak.
Bila orang dah gila kuasa, apapun sanggup dilakukannya demi mencapai cita-citanya. Akhirnya dia sendiri mati di tangan Raja Yan Jin. Anak dia sikit pun tak terkilan dowh. Haha
Kesudahannya Raja Yan Jin menukarkan status Zhi Xia dari seorang pelayan kepada Pemaisurinya. Ehek~
Bahagia la semua karakter yang ada. Hush Hush...
Next drama please.. ...
aienienka
6 ulasan
nampak menariklaaa
BalasPadamBest. ^^
Padammacam best, episode pun tak banyak..haha
BalasPadamBoleh layan sebab raja dia sengal. Haha
PadamMenarik.. menarik.. Hehehe.. mesti comel je..
BalasPadamSeronok kan tengok comedy romance ni. kalau tengok mesti tersengih sensorang layan cerita tu
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤