Second Half of 2020: First Month July

Rabu, Julai 01, 2020


Bulan baru. Perancangan baru. Back to normal slowly with new norma. 

Sekolah bakal dibuka secara perlahan-lahan. Hari di sana sini kaum ibu dan bapa kongsi tentangnya. Semua gementar bercampur takut. Alhamdulillah Malaysia kembali pulih. Moga kita semua terpelihara daripada gelombang kedua Covid-19 ni. 

Moga border dan sesi kuarintin jika anda dari luar negara masih terjaga lagi. Kerana virus covid-19 masih berleluasa di luar sana. Negara-negara lain bersaing menduduki carta teratas populasi kematian akibat pandemik ini. 

Namun, tak kurang juga sekarang pasal JE pun teruk. Moga kita semua terpelihara ya. 

Julai, bulan ketujuh dalam 12 bulan setiap tahun. Bagi aku, bulan ini dua insan kesayangan bakal menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Iaitu ayahanda terchenta  serta anakanda tersayang. Kalau ikutkan, atok Miri suruh cucu dia keluar sama tarikh dengan dia, tapi cucu ingkar nak keluar lambat sikit. Ha ha Janji sama bulan la kan. 

Opening untuk bulan ni, teda jugak bezanya dengan bulan-bulan yang lain sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni dilaksanakan. Rancang nak balik Miri, tapi harga tiket ke Miri macam nak pergi London 4 beranak. Ado... Mrs. Ayahumi pun kata tak payah la sebab kitaorang bawak babies kan. In shaa Allah bulan 9 dorang nak ke mari. Yeay! 

Ceritera Jun, teda jugak apa yang menarik. Cumanya berjaya mengambil gambar kenangan lima sepupu anak-anak ni. 


Lima saudara daripada dua keluarga. Ini baru sebelah Sahariah Clan ni. Sebelah Daud Clan belum jugak bertemu muka. Mampu berjumpa di alam maya saja. 

Tiga beradik, heroes anak kepada biras aku, a.k.a adik ipar punya anak. Tiga heroes buat umi dia kuat bak pahlawan serikandi islam didik tiga-tiga anak lelaki menjadi anak soleh, peneraju bangsa baru. Bukan senang wa.. 

Dari kanan, paling tua sekali. Muhammad Fateh Marzuqi. Si bijak cerdik akalnya. kelahiran 2016 memang petah berbicara. Agaknya bakal peguam la kot. mati kata kalau berbahas dengan dia. Menguji keimanan dan kesabaran ni. Alhamdulillah dah 4 tahun, dia dah senang sikit nak bawak bicara. Cuma time datang merajuk riaunya payah dipujuk. 

Kedua, Muhammad Fayyad Hafidh. Diam-diam ubi berisi gitu. Pantang lepa, pasti ada kerja dilakukannya. Macam-macam cerita dari umi dan abi dia buat hati orang tua kecut dengar. Antaranya kusyen kerusi kereta sumbat dalam hidung, dua minggu busuk baru jumpa apa benda. Nasib tak ke hospital. Yang paling seram dia tetiba kejung masa kami berdua biras dalam pantang dulu. Dia nangis nak tido dengan uminya, tapi ya laa.. Tak boleh. Di tahan tangisnya sampai kejung. Tengah malam dikejarkan ke hospital. Seram wei. Tak ada sejarah kedua belah keluarga kena sawan ni. Sejak daripada tu, umi dia kalau tengok dia tahan nangis dibuatnya nangis betul. Seram si anak kena sawan tarik lagi. Dia sekali dah kena tu kena berjaga-jaga la gamaknya.

Satu-satunya puteri dalam lima saudara. The only one of princess di kelilingi kumbang. Alah korang mesti selalu baca cerita Nayla Insyirah ni kalau Aien buat jurnal anak-anak. He he he Penakut nauzubillah. Dengar bunyi motor, bertempiaran lari. Sampai atok cik dia buatkan air untuk kurangkan takut. Alhamdulillah menjadi, tapi slowly la nak kena pujuk. Motor takut, bunyi hujan takut. Guruh apatah lagi. Ibu dia ni masa ngandungkan dia, menyampah betul la dengar bunyi. Masa ngandung dia la duniaku sunyi tanpa lagu tau. Radio pun kalau boleh tak nak dengar. Risau la ibu tengok dia ni. Kalau jumpa dengan orang menikus ke tepi. Tengok je orang jadi pemerhati. Tapi, kalau jumpa lima bersaudara tak pulak. Heran kan? Jauh sudut hati ibu, bagus juga dia takut dengan orang kalau ibu atau ayah atau orang dia kenal tak ada sekeliling dia, teriak habis. Haa, alarm dia fuh.. gamat bunyinya. Belom pakej dia pasang speaker dia lagi. 

Anak la anak. 

Kelahiran cucu Saniah yang ke-empat. Izz Najmi. Uish, pusar dua. Kata orang, kau dok ligan anak orang haa  anak sendiri amek kau pusar dua. Tapi alhamdulillah disebabkan atasnya kakak dia slow sikit. Kebanyakan aktiviti sekarang dia banyak jadi taiko pada kakak dia. Ha ha ha Manjanya usah dibawa bincang. Geram je Ibu. Kadang mood rajin nak buat kerja jadi hilang dek datang manja dia tu. Alasan kan. :p 
Alhamdulillah  cukup buat masa sekarang merasa jaga sepasang ni. Bak kata orang  senyap-senyap anak kedua ni banyak akal dia. 

Last buat masa sekarang, si Muhammad Furqan Hilman, selang 15 hari si Izz lahir, dia menyusul. berkampung la kami biras di rumah mentua. Riuh rumah nenek Saniah macam wad bersalin dengan taska. Ruang tamu dipenuhi katil, kena pulak raya haji tahun lepas. Dok rumah diam-diam saja la. Si kecik jalan macam abang long kawasan. Umur 6 ke 7 bulan dah pandai jalan. Gigi dah 7 batang 10 bulan ni. Huish serba serbi laju. Si booster Najmi ni. Memang kontra habis la dorang dua. Lagi sama tahun, dekat-dekat je. Kena jadi mangsa perbandingan mak cik bawang je la. Ha ha Akal dia buat orang terhibur. Aku sendiri pun panggil dia "Happy Face" . Sejak pertama kali tengok masa dia balik rumah tu, senyuman tak lekang. Dengan dua lesung pipit dalam. Kejap cari gambar lama dorang dua ni. 



Comel je kan cousin dekat-dekat ni. 😂 Nami dah besar sikit la masa ni. Ye la,beza dua minggu kot. Sekarang dah besar terbalik pulak. Nami sejak berjalan makin susut. Kurus melidi. Si Furqan ni pulak makin bam bam. Apa-apapun janji sehat yek dua-dua ni. 



10 tahun kemudian korang dah boleh remake gambar ni. Ibu simpan sini, sana untuk kenangan. Cerita sini panjang sikit. Teda jugak orang yang membaca. He he 

Kenangan jugak gambar ni, pertama kali Najmi berkepala botak ever since dalam pantang dulu. Lain bebenor rupa dia. Putih melepak, macam anak cina sesat. Teringat masa keluarkan dia, susuk putih dengan kulit mengelupas tak habis, tang tu je hitam . Ha ha Masa tu, Cik Husband kata, "laki wak..." Aku dah tak ingat apa. ah, dah boleh rehat lama sikit. 

Tapi la ni, menyebut rasa macam nak beranak lagi. Ha ha Perempuan perempuan. Tak reti serik. Selagi tenaga masih kuat pulun ye dok. Ha ha Nanti dalm over age, risiko tinggi.  Ikut la. ada rezeki ye ada. 

Panjang pulak bercerita perihal anak-anak ni. Datang mood dia. Hee~ okay la itu je la nak dicerita. Jangan serik datang singgah yer.  Nanti mak long cerita lagi perihal lima bersaudara ni. 

11 ulasan

  1. Comelnya anak-anak bergambar. semoga dipermudah urusan anak sekolah, smeoga Allah melindungi kita semua. aminnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Itu pun riuh nak amek yang elok. Haha

      Padam
  2. nang kelak lepas 10 tahun, wajib bergambar kedak tok gik sidaknya..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aok mun panjang umo in shaa Allah ada gambar ya timbul. Haha

      Padam
  3. masa anak2 kecik ni seronok jaga. bila dah remaja mcm anak2 abam kie ni mrka buat hal sendiri.

    BalasPadam
  4. seronok anak anak jumpa sedara mara kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, dengan sepupu je la dia berkawan. Ngan orang lain, terus jadi pasif dan introvert dia

      Padam
  5. Sekejap je dah July kan Aien.. Bulan ini seboklah balik mak ayah dengan anak sekolah.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Aamiin..

    BalasPadam
  6. tu upin ipin versi baby ke? hehehe ms ni laa diorg buat kecoh dah besar nanti entah sm ke tidak suasana mcm ni kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... nAnti dah besa masing-masing bawak haluan sendiri.. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤