Sejak bersalin Najmi, alhamdulillah period aku teratur. Namun, sejak Jun lalu dianya tak kunjung tiba. Aku jadi khuatir takut ada yang tersangkut lagi. Siap siaga la dengan UPT banyak-banyak. Seminggu lepas lambat cek, masih negatif. Masuk awal Julai, aku cek double line. Masa tu gembira sebab ada lagi. Takut sebab dekat sangat. Macam-macam la. Tunjuk dia Encik Suami. Dia punya reaksi usah la dicerita. Sama begitu saja. Tidak nampak gembira tak juga nampak berduka. 😂
5/7/20. First cek UPT. Double line. rasa tak percaya sungguh.
after one week, aku cek lagi UPT. kerana rasa tidak percaya tu masih ada. Dan keraguan orang sekeliling aku.
Al-maklum la aku beranak rapat, dorang macam shock aku ada isi lagi. Excitednya aku berkongsi berita gembira ini tidak diterima dengan reaksi yang baik oleh orang sekeliling aku. Namun, aku cuba kekal positif.
Sensitif pada bau, nafas mula menjadi pendek, selera makan hilang dan sebagainya. Apa yang semakin jelas aku berisi. Namun, tanpa diduga.
22/7/20 - seharian aku cirit-birit. Mungkin tersalah makan. Dengan melepek di katil, Nayla dan Najmi bersilih ganti mengajak aku bermain. Pada malamnya, si ayahnya pulak mengajak keluar. Sempat jugak aku pekena Kuey Teow Ladna dan Milo es. Teringin yang amat. Dah dapat, alhamdulillah.
Pulang malam tu, brown spotting detected. Aku seram. Bagi tahu Encik Suami dia kata betul ke mengandung ke? Aku pun konfius. Plus bimbang kalau ada apa-apa. Baca la juga reason why boleh spotting. Kalau diikutkan last two pregnancy, masing-masing tiada juga masalah. Tiba-tiba risau kali ni ada pulak hal.
Esok hari masih bleed, last Encik Suami ngajak pergi PKU UTM untuk cek. Scan perut, doc kata baby around 5w2d. yang mana dia suppose dah 9w. Cek vagina, clear. Pahtu kemungkinan miss miscarriage. sekitar 50-50 la kan. Aku dah macam -macam fikir. Kenapa la boleh jadi macam dan sebagainya. Mungkin teda jugak rezeki aku sebab kebanyakan respon (orang tua) kurang positif bila tahu aku pregnant lagi. Tapi, PKU UTM teda ubat duphaston untuk kuatkan rahim. Berbalik aku ke KKTU untuk dapatkan ubat ni. Bila cek HB, urine semua okay tapi bila ikut LMP dorang cakap proses kejadian janin tu bukan dari LMP. Macam salah tarikh macam tu la. Bagi la ubat kuatkan rahim . Ada dua bahagian. Dua biji untuk tiga hari pertama, dan seterusnya sebiji sehari. Aku makan tanpa culas dengan harapan dia masih bertahan denganku .
Balik kampung seperti biasa, dan pendarahan semakin banyak bila tiba hari sabtu. Dan aku mula rasa macam mabuk, letih yang amat. Sakit pinggang dan lower abdomen. Cakap ngan Encik Suami, jom la kita ke hospital. Risau kot ada apa-apa ke kan. We never know yang kat dalam macamana.
Ahad, Encik Suami apply cuti dan jam 9 lebih ke Hospital. pergi la daftar diri ke kecemasan. rutin sama jugak. Scan perut, baby dah tak nampak. Cuma ada kantung je. masih 5w2d jugak. Bila cek vagina pun, ntah apa lagi dorang tengokkan. sudahnya hantar aku pergi O&G.
Wah, naik O&G ni, doctor dia bisa mulut. Membebel sambil cek aku. Repeat scan perut, cek vagina dan scan melalui bawah. Kira cara dia cakap tu, macam pasti la aku ni miss miscarriage. Siap pesan, kalau lepas keguguran ni, tolong la amek perancang. Jangan zalim kat anak. -itu yang doktor tu dok ulang banyak kali buatkan air mata aku bergenang la jugak.
Suruh aku pergi je Appointment KKTU 5/8 nanti untuk scan lagi. Kalau pasti janin hidup, buka buku pink. Jika tidak, tunggu dua minggu dia turun sendiri. Dan sekiranya tak, datang la serah diri DnC ke hospital.
Selesai semua di HSA sekitar 12 tengahari, Encik Suami bawak lagi balik kampung. Pekena lagi pizza lepaskan rasa tekak.
sekitar jam 2 petang, proses pengeluaran berlaku. Dalam masa dua jam. dengan sakit macam nak bersalin (lebih ringan) akhirnya dari ketulan dari (mungkin janin dah pecah) sehingga ke ketulan uri, aku rasa. Wah,, sakit. Dalam tempoh tiga jam. Kemudian, aku teruskan minum air masak, alhamdulillah selepas itu tiada sakit. macam tiada rasa apa-apa. sekadar period biasa. Ternangis sebentar aku melihat ketulan-ketulan darah itu. Datangnya tak dijangka, perginya juga tak ada berita. Dalam tempoh dua jam itu, setiap kali cuci ke bilik air aku snapkan satu per satu gambarnya. Kenangan aku. Bahawa pernah merasai kehilangannya.
26/7/2020 - 1640 , anak ibu dah tiada lagi.
Dan aku tiada kata apa-apa lagi. Kejutkan Encik Suami dari lenanya, minta dia tanamkan ketulan yang terakhir.
Cukup la sepasang ni dulu. Pergi la dikau sayang. moga Ibu dapat besarkan abang najmi dan kakak Nayla dulu ya.
journal the unexpected tamat di sini.
5/7/2020 -26/7/2020.
aienienka
13 ulasan
Lahai sedihnya.. Moga tabah hadapi dugaan ni..
BalasPadamthanks Lea.. ^^
Padaminsyalah rezeki lain bakal muncul...yakin pada rancangan Allah...
BalasPadamterima kasih. ^^ stay positif la kan..
PadamAdoi.. Mulut doktor tu.. Kenapalah begitu ye.. Buat sha yang baca sebak sama..
BalasPadamDatang tanpa diduga, perginya juga tak dijangka..
Stay strong ye Aien.. Sha doakan semoga kembali sihat fizikal dan juga emosi..
thanks kak Sha. ^^
PadamAllah.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Ada hikmahNya kali. Insyaallah ada rezeki lain..
BalasPadamTerima kasih. In shaa Allah. ^^
Padamwahhh... tahniah!!
BalasPadamterima kasih.. ^^
Padamdoktor punya mulut pun macam mulut longkang, tak reti nak jaga perasaan pesakit.
BalasPadamjangan sedih aien, mana tahu ada lagi rezeki nanti..insyallah~ jaga kesihatan..semoga dipermudahkan urusan aien sekeluarga :)
Allahuakbar... bukan rezeki sis kali ni... harap tabah, geram je dengan doc tu, cakap tak bertapis, kita yang baca ni pun sedih
BalasPadambiar la. Dia nak nasihat, tapi tu la mulut dia jenis pedas gitu... __
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤