Teringin punya pasal, Mee Jawa hasil berguru jauh, Siap! | Dugaan bila kau berada di Tanah Malaya, tekak inginkan makanan Sarawak. Maka, teda siapa yang boleh kau harapankan melainkan diri sendiri sahaja.
Terima kasih buat adikku, sudi berkongsi resepi walaupun kami jauh. Dengan kemudahan video call thru whatsapp, dia guide aku buat sampai siap! Sampai dua kali tambah. Ha Ha Ha Puas hati wooo...letak daging banyak-banyak. Yummmm~
Nah, dengan izin beliau, aku share resepi untuk simpanan aku kemudian hari. Dan untuk korang jugak teringin nak merasa la kan..
Jika korang nak tau, kalau di Johor, Mee Jawa ni lebih kurang adik beradik dengan Mee Rebus ke Mee Kari kalau tak silap aku. Cumanya Mee Jawa ditaruk rempah sedikit untuk membezakan rasa mereka.
Resepi Mee Jawa: (untuk 4 hidangan)
Bahan-bahannya:
1/2kg daging yang telah direbus (airnya disimpan tepi)
Bahan A:
2 biji keledek oren
1 biji kentang
2 biji telur
-direbus bersama untuk jimat waktu. Kemudian, keledek dan kentang dikisar bersama menjadi puree
Bahan B:
3 sudu serbuk kari daging
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
-gaulkan bersama air panas, agak-agak likat sikit, hidu baunya sebati atau tidak. Pastikan bau kari itu lebih kuat berbanding dengan bau yang lain.
Bahan C:
2 biji bawang merah shallot
1 biji bawang merah bombay
3 biji bawang putih
1 sudu udang kering
-dikisarkan bersama
sedikit cili kisar.
1 gengam daging yang telah dihiris halus.
garam, gula dan cukup rasa seadanya.
Sedikit minyak masak.
Air rebusan daging
Cara-cara membuatnya:
1. yang lain serba sedikit aku dah tulis di atas ya.
2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan C ke dalam periuk. Gaulkan sehingga naik bau. jangan dilupa sedikit cili kisar. Gaul sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam periuk. Gaulkan sehingga sebati dan naik bau. Pastikan rempah pecah minyak baru la padu rasa kuahnya.
4. Masukkan puree keledek bersama dengan air rebusan daging. dan 1 genggam daging. Baki selebihnya daging boleh dihidang ketika makan nanti. gaul sebati.
5. Masukkan garam, gula, dan sedikit cukup rasa. Biarkan kuah mendidih. sambil-sambil itu kacaukan bagi rasa mereka sebati.
6. Dah siap!
Rahsianya adalah, bagi semua rasa bersatu semuanya. Baru rasa pior kuahnya itu. Jika korang rasa macam sekejap rasa keledek je, sekejap rasa daging je, sekejap rasa rempah je. Biarkan saja. Nanti dah didih masih jugak tak bersatu rasa, jangan pulak dipanggil ahli Bersatu, korang biarkan lagi kuah itu sehingga benar-benar rasanya itu ngam semua. Sekiranya terlalu pekat, boleh tambah air rebusan daging lagi. biarkan kuah sedang-sedang aja pekatnya.
Jangan lupa jugak bahan lain untuk mee jawa ni iaitu:
Bahan Utama:
mee kuning yang telah dicelur
sayuran seperti taugeh ataupun daun bawang
Telur Rebus
Dah siap pun menu mee jawa kita.
Nah, ini la dia mee jawa sap sap soi kata orang. Asalkan lepas rasa tekak teringin tu kan. Ho ho ho
kOrang boleh la cuba ya.
aienienka
6 ulasan
Sis terrliur, nampak sedap gila.
BalasPadamBoleh cuba Mrs.Pip. ^^
Padamkuah nampak pekat memikat..
BalasPadampuas hati makan nii buat sendiri =D
Puas hati dapat daging banyak. Ha ha .. kalau beli rm5 belom tentu dapat daging banyak tu. Haha
PadamNampak sangat sedap.. pergh!! kuah tu pekat betul..
BalasPadamterlebih pekat ni.. Haha Aien tmbhkan air rebusan daging sikit. Baru okay rasa dia. ^^
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤