Korea Drama: It's Okay Not to be Okay.

Khamis, Ogos 13, 2020

 

Tajuk: It's okay not to be Okay 

Genre: Psychology, Romance, Comedy 

No of Episode: 16

Cast: Kim Soo Hyun, Seo Yea Ji, Oh Jung Se

Sinopsis: The story of a community health worker at a psychiatric ward who lives on 1.8 million won (approximately $1,520) a month and a storybook writer suffering from an antisocial personality disorder. A man who denies love and a woman who doesn’t know love defy fate and fall in love, finding their souls and identities in the process.

Moon Gang Tae is a community health worker at a psychiatric ward who was blessed with everything including a great body, smarts, ability to sympathize with others, patience, ability to react quickly, stamina, and more. Meanwhile, Go Moon Young is a popular writer of children’s literature, but she is extremely selfish, arrogant, and rude.

(Source: Soompi & Koreandrama.org) 


SPOILER ALERT 

 

Akhirnya, sudah jugak aku menonton drama ni. Dah pun habis ditayangkan minggu lepas. Laju-laju aku dunload dan tertengok malam semalam. Gigih aku habiskan half of siri. Rabak mata. Sedih, lawak, touche, semuanya berkecamuk. Bila kau menonton sebagai seorang mak dan juga seorang anak. How broken you can be, but why you repeat the same mistake? 


Eh, teremosi pulak. Suka tengok watak Seo Yea Ji a.k.a Ko Mun Yeong yang kuatkan dirinya demi trauma yang lalu. Menjadi penulis buku kanak-kanak, punya ramai peminat. Namun sedikit demi sedikit pergi kerana perangai tiada perasaannya itu. 


Moon Gang Tae, seorang penjaga di sebuah hospital pyschology. mempunyai seorang abang autism, Moon Sang Tae. Yang ni best tengok brotherhood dorang di samping kawan Gang Tae, iaitu Jae Su. 


Aku rasa ramai juga la orang tengok drama ni, sebab ianya menitik beratkan masalah psychology manusia di zaman sekarang ni. Serba serbi sensitif. Tapi nak orang je faham dia. Bila seseorang itu terlalu amek hati dengan orang lain, hati dia sendiri dia lupa nak jaga. 


Memori buruk itu akan kekal lama di hati - Ko Mun Yeong


Rupa-rupanya Moon Gang Tae pernah suka dengan Ko Mun Yeong masa kecil sebab gadis itu selamatkan dia dari mati kesejukan dalam sungai itu. Namun, bila freak out bila tengok gadis itu beperangai seperti lunatic hasil didikan ibunya, Do Hui Jae seorang penulis buku misteri dan thriller. 

Apa yang aku belajar dari drama ni, sebagai seorang ibu bapa harus beri peluang pada anak untuk pilih jalan mereka sendiri. But, tipikal asian parents selalu nak anak-anak itu menjadi yang terbaik namun cara didikan itu kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlalu mengawal mereka. 

Didik la anak-anak ibarat mengawal layang-layang. Lepaskan ia sebebasnya, bila perlu tarik la ia kembali. 

Some episode yang aku tengok nangis  ada episod aku tengok ketawa. Dan ada juga episode yang membuatkan hati aku sakit sangat. Tapi, ianya tak sedih. Cuma sakitnya itu susah nak dijelaskan. 

Keseluruhan cerita, digarapkan dalam buku terakhir Ko Mun Yeong, - The Real Face. Mereka bertiga mencari kebahagian mereka sendiri. Gembiralah untuk diri sendiri. Apa yang perlu cintai diri sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain. 

Banyak la quotes dari drama ni telah diubah oleh peminat untuk tatapan orang ramai. Sekaligus aku rasa drama ni terbaik juga dari Studio Dragon. Ada sebahagian tempat digunakan dalam Hotel Del Luna. Rumah Ko Mun Yeong tu, Balkoni dia tu. Heee~ Pahtu Ok Psychiatric Hospital kalau tak silap lebih kurang macam Dr. Romantic punya design hospital dorang. 

Lagi lagi, ah.. Aku dah lupa dah. Yang penting sebab dah dunload. Nanti nak repeat lagi bila aku rasa lost dalam mendidik anak-anak ni. Well, I'm not a good mother, yet I want the best for them. -IT'S OKAY NOT TO BE OKAY. 



Mak Ju Ri nasihatkan si Gang Tae, sebab dia rasa mak dia selalu amek berat pasal abang dia saja, berbanding dengan dirinya. Tapi, mak cik ni kata, mak dia sangat kuat kerana berjaya besarkan dua orang anak. Bahkan dia yang anak sorang pun ada masanya nak lari. FUH, aku bayangkan kami 7 ni. Terus aku berterima kasih dengan Mrs.ayahumi yang struggle besarkan kami yang kadangnya tanpa Mr.Ayahumi di sisi. Lebih kurang macam mak yang suaminya kerja army gitu la. 


Apa yang Gang Tae tak nampak, mak dia sayangkan dia sepertimana sayangkan Sang Tae, sebab tu mak dia lahirkan dia. Cuma itu lah, kadang-kadang anak istimewa ini dia perlukan perhatian lebih sampai mak dia sendiri penat. 


Ill fated relationship. How bad your relationship is it.  Nak berpisah itu sakit, apa la salah jika kita bersama untuk mengubati hati keduanya. 

Suka juga buku yang semua Ko Mun Yeong ni tulis. Ada real life tak? Hee, bagaimana aku nak jumpa pintu agar terus maju ke hadapan tanpa melihat memori yang lalu? 


Well, korang harus menonton drama ni ya.  Dah habis dah tak perlu tunggu. hEe

 

11 ulasan

  1. Yes. I agree. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  2. nak tengok cite ni...tpi malas lak..hahaha

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok la cuya. Sekali tengok pasti tak menyesal. hehe

      Padam
  3. Sentiasa trending kat twitter tapi belum tengok lagi.. susah betul nak ada masa layan dram a ni. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih lagi trending .. Pheww~ boleh tahan penangan drama ni. ^^

      Padam
  4. salah ya, Moon Gang Tae yang diselamatkan oleh Ko Mun Yeong, bukan abangnya...hihi

    kamek tengah nanggar juak, nak lawak pun ada cerita tok..boleh tetak kuat dengan sekali scene lawak nya..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aih. baru perasan taipo. Aok, kak tok edit. Haha Nang eh.. lawak, sedih semua ada laa..

      Padam
  5. Best.. antara drama yang ohsem dan menarik ditonton..

    BalasPadam
  6. drama ni best tapi tak habis lagi tonton..hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤