Assalamualaikum gais, salam hujung minggu. Semalam boring-boring termenung terfikir pulak nak buat entry cerita pasal kisah Najmi masa dia check up setahun hari tu.
All is good , alhamdulillah but once kitaorang nak keluar dari bilik misi tu, Aien lepaskan si Najmi ni jalan sendiri. Tapi misi suruh tahan. Kenapa la pulak kan? Rupa-rupanya kaki sebelah kiri Najmi masuk ke dalam was called "Bow Leg". Terus kena refer ke doc suruh tengok macamana la kan. Alhamdulillah jugak, dod kata kita pantau dia till 2 years old. After that kalau kaki dia masih not okay, kena la kan refer pada fisio.
Apa itu Bow Leg?
Bow legs (or genu varum) is when the legs curve outward at the knees while the feet and ankles touch. Infants and toddlers often have bow legs. Sometimes, older kids do too. It's rarely serious and usually goes away without treatment, often by the time a child is 3–4 years old.
-kredit carian google.
Kalau diikutkan kata doc, normal bagi kanak-kanak yang baru belajar berjalan. Sekiranya berlanjutan, ianya harus diperbaiki. Bila dicari dan baca pada carian google, takut jugak bow leg ni kan.
Misis ada tanya, kalau dia jalan ada jatuh-jatuh tak? Normal ada la kan, but tak selalu.
Diikutkan usia, Najmi boleh berjalan awal tau. Sekitar 8 bulan begitu. Jika dibandingkan dengan adik sepupu dia, Furqan much aktif that little boi. Sampaikan Najmi pun takut dengan dia. Tapi, Furqan tak ada bow leg walaupun dia pun boleh berjalan awal dari usia.
Tak tau la apa penyebab Najmi boleh bow leg tu. Boleh baca sini jika sudi, Bow Leg Info
Dan dia kata, boleh mempengaruhi cara jalan seseorang itu. Tak berapa ingat la Nayal dulu macam tu ke tak ye. Kena scroll balik video dia berjalan ni. Nasib Aien ni jenis suka rekod masa dorang memula belajar berjalan sehingga la sekarang.
Perasan masa first dia berjalan kaki Najmi kembang di bahagian lutut, tapi buku lalinya masuk ke dalam. Fikirkan itu normal sebab dia nak seimbangkan badannya. Lama kelamaan, sebelah kanan sudah normal. tinggal la sebelah kiri ni.
Hampir sebulan dah Najmi dikesan bow leg tu, saban hari Ibu dia tilik kaki si anak ni. Di urut setiap malam supaya lurus. Kata mak mentua, itu la, tak dibedung kakinya kembang begitu.
Nayla dulu sampai tiga bulan masa tidur berbedung, Najmi mana mahu. Haha Mampu ketawa saja la. Kadang orang cakap benar, kita saja la yang pahit nak terima kan?
Ini gambar semalam. Boleh nampak dia berjalan, kaki kirinya tertinggal ke belakang gitu.. heee~
Ini gambar Najmi berdiri tegak. Nampak kekok sangat. Harap kakinya boleh normal setiba usianya.
Masa ni tak perasan la pulak kan? Hurm.. Hurm.. Hurm. Ibu kau ni dah speechless dah bila kenangan kaki kau ni Najmi..
aienienka
24 ulasan
Mudah2an akan pulih seperti sediakala
BalasPadamTerima kasih WP. ^^
PadamBauru tau jenis² kaki camtu😅.. anyway semoga Najmi sembuh spt kanak² normal yang lain..
BalasPadamselalu bahasa kaki masuk ke dalam.. Haha
Padammudah2an kelak akan jadi normal bila nya makin membesar...
BalasPadamAamin.. ^^
Padammudah2an boleh diperbetulkan..
BalasPadamTerima kasih.. ^^
PadamBr tau psl kaki ni. InsyaAllah nampak x serius boleh sembuh tu..
BalasPadamitu la..dipantau sampai next appointment 18 bulan.
Padammudah mudahan dapat pulih seperti sedaikala ya :)
BalasPadamdone follow #372
Terima kasih. Dengan harapan ianya bakal elok kemudian hari. ^^
PadamSemoga cepat pulih seperti sedia kala. Aamiin...
BalasPadamterima kasih DZ. :)
PadamIn Shaa Allah semoga bila dia membesar nanti, kaki hero ini akan pulih. Aamiin...
BalasPadamAamiin ya rabbal alamin. :)
PadamSemoga dipermudahkan segala urusan dan Najmi membesar normal seperti anak anak yang lain. Aaminn
BalasPadamAamiin.. :)
PadamInsyaAllah.. pasti ada caranya untuk pulih seperti biasa..
BalasPadamitu nanti dia cek up tahun depan tengok macamana. :)
Padamin sha allah boleh baik. :-)
BalasPadamin shaa Allah. ;)
Padamasalam puan,
BalasPadamanak saya pun kaki dia begitu. hati ni, tak payah cakap la risau betul. nak bawa pergi check up pun kena tunggu appoinment KK bulan jun nanti. Boleh share perkembangan anak puan? btw anak saya skrg baru 1 tahun 2 bulan, saya perasan masa dia mula2 jalan dulu ( tahun) time tu memang pikir fositif la, pikir sbb dia kembangkan kaki sebab nk seimbangkan badan ( anak saya debab ) but lama kelamaan, makin nmpak jelas bow legged tu.. kaki kiri paling ketara.
Alhamdulilah masa next cek up, doktor kata dah tak ada. tiap2 tengok la jugak kaki anak tu lagu mana. Kadang buat urutan bagi kaki dia lurus. Banyakkan doa la semoga dia okay je. Lagipun kecik lagi tu 1y2m. bak kata doktor, dia baru nak stabilkan diri dengan kaki dia
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤