Crimebites Chocolate Chunk Cookies in the house

Ahad, September 13, 2020

 


Crimebites Chocolate Chunk Cookies in the house | *slurp* 

Diperkenal oleh adinda Aien, yang cuba menjadi agen crimebites ini di Miri sana, dan Aien gigih beli dengannya walaupun jauh dek kerana mahu sokong perniagaan kecil adinda ku. 

Jika kalian tahu, sejak PKP dari bulan March hari tu, Aien bosan sangat maka mendaftar diri menjadi dropship. Walaupun untungnya tidak kelihatan lagi, terasa kali ini mahu mencuba pulak menjadi agen kecilan dengan memegang stok sendiri. 

Namun, dilihat di muka buku, di Instagram, banyak jugak agent-agen CRIMEBITES ini merata di sekitar Aien.  Fuh, doakan ya, Aien punya rezeki daripada bisnes kecilan ini. Bukannya apa. selain daripada hendak mencari duit poket sendiri yang selalu boros ni, mahu jugak menghulur pada orang tua yang jauh nun di sana. Mereka bersusah payah sekolahkan Aien tanpa apa hutang sekalipun, terasa kejam benar anak ini tidak memberi apapun pada mereka saat sudah bergelar isteri orang. Apa orang kata,

What goes around, comes around. 

Buatkan diri takut pada masa akan datang. Walaupun kita tak tahu ajal maut itu kapan bila ia tiba. Sebagai seorang anak, pasti mahu melihat ibu bapa kita bangga dengan kita kan? 

Eh  apa ni cerita sedih pulak. Ni haa, korang yang di sekitar Skudai, Taman Universiti, UTM ataupun Pekan Nanas, boleh la roger Aien sekiranya berminat nak merasa chocolate chunk cookies premium ni. 


Reaksi pertama kali dengar harganya pasti rasa macam berbaloi ka beli benda ni? Sedap sangat ke sampai harga dia sebegitu? Sejujurnya, ia sangat sedap. berpatutan dengan harganya. 

Sekali cuba pasti nak lagi. Teringat-ingat kerangupan biskutnya disaluti coklat yang mewah. Aum~ 



Harga sebalang yang beratnya 260gm ini, mempunyai sekitar 25-30 biji biskut didalamnya, adalah RM28 /balang. 

Sekiranya korang berminat nak merasai nikmat rangup biskut disaluti coklat ni, boleh roger Aien yaa.. di Instagram CRIMEBITES.SKUDAI ya. Di situ boleh je klik link whatsapp untuk cuba. 


 

13 ulasan

  1. Balasan
    1. Boleh la cuba Atie. Haha boleh pos kalau jauh… ^^

      Padam
  2. Nampak sedapnyaa..terliur nengok sebotol tu...besar botolnyaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Sis Lin. Aien dah try tak sedar sebalang sehari. Haha abis laa

      Padam
  3. Balasan
    1. Sememangnya yang namanya coklat semesti sedap. ^^

      Padam
  4. uikkk nang rare tok aien..kelak kamek order, tunggu gaji..hahahahha

    BalasPadam
  5. Pergh..ini kudapan bangsawan yang sedap ni. Kalau share tak cukup :p

    BalasPadam
  6. Sekarang ini trend makan biskut dengan sos coklat.. InsyaAllah pasti dilapang kan rezeki Aien.. Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut viral sekarang ni. Buat tambah berat badan. Haha

      Padam
  7. Sedap ni sis Aien ^^

    Semoga dimudahkan rezeki sis

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤