Cuba Jamu Kocak Syantik, reward diri selepas keguguran

Isnin, September 07, 2020

Cuba Jamu Kocak Syantik, reward diri selepas keguguran | Hai, bunyi macam tak reti nak move on kan dari past? Huish, selagi badan ni bisa-bisa selagi tu Aien akan cuba mencari untuk pulihkan badan. Ada terbaca orang kata  jika kita tak jaga pantang selepas keguguran, badan kita itu akan sakit sampai la kita mengandung seterusnya. Wallahu alam. Tapi, ia nya benar bagi Aien. Masih terasa lagi. Tambahan pulak sekarang ni asyik hujan saja. Makin la sejuk haa. 

Selepas dapat juga berurut di Pekan Nanas hari tu, alhamdulillah kurang la sikit kan. Dapat sorang teman yang rajin benar berkongsi benda baik yang dia cuba. Makanya, terjumpa jamu Syantik ni. 


Kebaikan Jamu pada tubuh badan seseorang? 

Well, secara luarannya seseorang itu nampak saja sihat. Tiada siapa tahu melainkan tuan empunya badan. Makanya, jika kita lihat dari turun temurun nenek moyang kita pasti tak lali dengan perkataan jamu ni. Macam-macam jenis. Cumanya, serasi dan tak saja dengan diri kita. Ada jugak setengah orang kata, jamu ni lebih kurang macam suppliment la jugak. Jaga makan, makan jamu in shaa Allah berkesan. Kebaikan jamu memang banyak khasiatnya, cuma itu la kan, ndak juga saya ni mau cakap banyak macam mau suruh kamu urang cuba pulak kan. Ha Ha Review macam tak serupa review je. Aien is ikhlas ni tulis buat simpanan sendiri. Benda apa yang aku pernah ambik dulu dan sekiranya aku terlupa, sini la dibelek semula. 

Jamu Syantik ni murah saja jika dibandingkan dengan kebanyakan air kunyit di luar sana. Nasib jugak dapat ditelan dek tekak itu yang penting. 


Pada mulanya Aien try Herbal Jarum Emas yanh bagus untuk keguguran kan. Bahan-bahannya terdiri daripada Kunyit, Asam Jawa, limau dan macam-macam bahan terbaik untuk pembaikpulihkan dalaman wanita. Bagus sangat la bagi Aien kan, selepas seminggu consume, Mrs. P pun dah singgah seperti biasa. 

Tapi, selepas tu, kawan Aien kabo ler, yang Aien minum tu jugak bagus untuk mereka yang tengah dalam proses untuk dapatkan zuriat. Sebab dia cuba Jus Kocak Syantik, yang mengandungi Nenas Batu dan Garcinia Cambogia. Rupa-rupanya agent dia kabo dia salah consume. Ha Ha Terbalik jugak kami ni. Makanya, demi untuk menjarakkan next pregnancy mengikut kata doktor hari tu, baru semalam Aien cuba Jus Kocak Syantik ni. 


Kalau diikutkan bahan-bahan asas dia sama saja. Tu yang kita sebagai pengguna ni terkeliru sedikit kan. Sayangnya, area skudai ni tak ada agent terdekat la. Hailo, hari tu cuba pun beli by agent dari Pontian. Nampaknya kena beli bila balik sana la kan. Ha Ha Ha Mana tau ada rezeki sendiri pulak jadi agent. Aceehhh waahh~ 

Untuk Jus Kocak Syantik yang ada Nenas Batu ni, rasanya makin piao payau. Ha Ha Jangan risau masih boleh telan jugak. Diminum setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur. Makanya, sebotol RM10 ini, tahannya seminggu. Harus disimpan dalam peti sejuk. Boleh diminum tika sejuk atau panas. Eh, Aien terus teguk je dari peti. Nasib si Najmi ni tak jugak kalah macam masa Aien cuba Air Rebusan Akar Kayu. 


Ini memang jamu bajet la jugak. Sebulan RM30 sama nilai dengan tambah nilai tepon sendiri. So, uolls jika mahu sehat boleh cuba juga la Jamu ni. Boleh find keyword dia kat Facebook la kan. Ha ha Review serupa gini nak kena baling aje ni. Ace, setengah orang dah tak percaya la benda jamu kolot ni kan. Bagi Aien, tak salah mencuba. Kita bukan have-have people. 

Okay, adiosa! 

13 ulasan

  1. Balasan
    1. Iya PC. itu lah nak try dlu dua botol macamana. Hehe

      Padam
  2. Sis pernah minum jamu yang macam ni, Jamu Kencur tak silap namanya...uiii nak menelannya tu hahahahaha boleh termuntah weiii... tapi nak sihat dalaman, minum aje laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu pekat namati rasa dia. Haha Kalo original piao Kunyit semata memang tak dapat den nelannya. Haha

      Padam
  3. Saya selalu jadi panas berpeluh2 berlebihan kalau makan jamu, tak berani nak terus makan huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga kena macam tu, cari sampai yang serasi baru sedap je badan. ^__^

      Padam
  4. Take care aien.. It will always be there.. Sebab tak mudah untuk menghadapi kehilangan.. Semoga kembali sihat dan cerdas..

    BalasPadam
  5. teringat kamek jamu mamak kamek makan dolok2..kamek pun makan juak jamu ya..hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Mula-mula nang trauma lalu jak asa kan..

      Padam
  6. Rasa dulu pernah makan jamu. Tak ingat jamu apa, lepas tu consume supplement je. Sekarang banyak produk dipasaran. Kalau sesuai tu boleh lah diteruskan :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤