Majlis pernikahan dan doa selamat adik ipar | alhamdulillah mubarak alaik, selamat sudah satu majlis nikah dan doa selamat adik ipar Aien 17 September yang lalu. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada suaminya. Tahniah adik. Selamat pengantin baru. Semoga menjadi isteri yang solehah, jaga diri baik-baik. Dan hubungan yang kalian bina bahagia hingga ke syurga.
Nak spam gambar je. Buat kenangan. Al-maklum kenangan dapat fon gambar cantek. Kah! Perasan sungguh. Seronok juga jadi fotografer ni kan. Hehe Aien ni tak ada la berseni sangat orangnya. Kadang orang nampak tak cantik, mata senget ni nampak lawa gilos. Ha ha Terbalik kan? Syiok sendiri la gayanya.
Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki.Ini la dia pasangan raja sehari. Semoga kekal bahagia, hidup aman damai, saling bertolak ansur ya adik-adik.
Henna daripada er... tak tau. Haha Tapi Aien tumpang sekaki la conteng2 ni. Lama dah tak conteng2 kan.
Sebahagian daripada sepupu saudara mara yang hadir. Al-maklum la PKPP, tetamu terhad kepada 250 saja. Sesi memotong kek korea viral tajaan adik sepupu. Indah di mata, kurang rasa di tekak. Haha
Nah, gambar keluarga besar pengantin. It's wrap gitu.. Nami tido pulak masa ni. Haha
5 ketul cucu Saniah buat masa ni. Semoga pengantin bahagia dulu honeymoon, baru fikir anak ya.. Ha ha
Last but not least, pengantin sibuk cari contoh pose untuk bergambar. Tapi slacked pengantin laki ni pakai selipar jepun lak. Tak apa la. Halal la, legend gitu.. haha
My personal feveret shoot of the day. It's wrap. Lega dah mak anak dia selesai sorang.
aienienka
19 ulasan
aok eh kacak juak gambar dari fon baru ya..haha
BalasPadamHahaa Syiok main gambar acak tek naak... :)
Padamtahniah buat keluarga aien :) ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamThanks Tiara. ^^
Padamtahniah yaa untuk keluarga Aien 🥰 pakai selipar takpa nanti boleh crop hihi
BalasPadamThanks Ayu. Haha Crop kang tak lawa.. ^^
Padamalhamdulillah..selamat semuanya
BalasPadamAlhamdulillah. Dipermudahkan.. ^^
PadamTaniah buat mempelai
BalasPadamThanks WP. ^^
Padamwahhh selamat pengantin baru buat kedua pengantin :)
BalasPadamTerima kasih on the behalf of pengantin :)
PadamAlhamdulilah, selamat pengantin baru buat adiknya...
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih bagi pihak pengantin. :)
Padamtahniah buat keluarga :)
BalasPadamTerima kasih Aimi. :)
PadamAlhamdulillah.. dah selesai dah..
BalasPadamLegend pengantin lelakinya dengan selipar jepun.. hehehe
Alhamdulillah selesai sebelah sini. :) Kan? Rare. Yang tukang amek gambar pun tak minta tukar. Haha
PadamAlhamdulillah. Tahniah untuk adik ipar aien dan pasangannya. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaminnn
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤