15 bulan Izz Najmi pandai apa je?

Selasa, Oktober 20, 2020

 

15 bulan Izz Najmi pandai apa je? | Perkara yang berkaitan dengan masa ni memang selalu pantas. Sekejap je rasa tengok dia kecik, la ni semua benda dia tangkas. Memang extra kawan gaduh Ibu la ni. BFF Ibu di rumah, di mana saja. 24/7 dengan Ibu. Pantang Ibu hilang di balik pintu, suaranya jelas kedengaran, Ibu! Ibu! Buu! Memanggil. 

Tumbesaran untuk 15 bulan a.k.a 1 tahun 3 bulan itu jika dilihat mengikut rangka dia, apa pun Najmi okay dah. 

  • Dah boleh mencangkung - Pass! 
  • Dah boleh menyepak bola - Pass! 
  • Jalan dah makin stabil - Pass! 
  • Mula berlari - Pass! 
  • Dah nak tangga sendiri. 

Secara kasarnya majoriti pass la kan. Pemakanannya juga boleh tahan. Sehari mesti dua kali makan nasi jika nak di bandingkan dengan Nayla di usia dia dahulu. 

Cumanya buat Aien teringat apa tau, masa Nayla 1 tahun 3 bulan, Ibu is struggle keluarkan seketul Najmi yang dikatakan besar. Padahal timbangannya cukup sama dengan kakak. 2.9kg jur.. 

Kesian Nayla. Ye la, betul la kata doktor yang mengingatkan Aien masa  keguguran 3 bulan lepas
Puan jangan zalim dengan anak-anak puan.. 

Ya, I know now. 


Okay, berbalik kepada kisah Najmi ni tadi, kalo dia berjalan sekarang mungkin ada jatuh-jatuh lagi sebabkan struktur kaki dia. Tak boleh laju sikit, mabuk terus. Langgar lari la lepas tu. Haha Yang penting apa tau sekarang, dah mula nak membebel, panggil ibu ayah kakak semua. And he know his name. Yeay! 

Paling rajin la buat kerja rumah. Sibuk nak amek penyedok sampah, berus bilik air. Subhaa naallah. Ibu ni jadi hulk terus bila tengok dia yang terlebih kreatif. Okay, kata sedara Aien ni tak melayan dorang sangat sebab tu dorang asyik nak mengusik je. 

Akal mereka berdua banyak laa. Doakan Ibu ada rezeki nak juga buat playzone untuk korang. Cumanya sekarang ni, dorang gemar sepahkan mainan. Beli la sejuta jenis mainan sekalipun yang diminati adalah kegiatan Ibu di dapur. Peralatan masak, kemas serta benda tersorok dalam peti sejuk. Hah, favorite spot la tu. Bila ditegur, Peee?! kata dia. Adeh,, tak jadi Ibu nak marah la dengar sore comel dia tu. 

Bila tak datang bulan mengambang surut sikit la suara jeritan pekikan lolongan Ibu ni. Bila bulan terang je.. Ibu is struggle nak slow down suara .. Try hard you know. Sebab Ibu tamau anak-anak trauma but Ibu ni tak kreatif sangat. Maafkan Ibu anak-anak.

Cuma kini, bila Ibu nak bertukar jadi Hulk, ibu tarik nafas pegang kata-kata.. Soon, Nur! This shall passed too. You will miss this. :) Tetap juga terlepas. Hailo! 

Dear Najmi, bila awak baca ni besar nanti. Ibu nak awak tahu Ibu mana tak sayang anak. Walaupun Ibu selalu cakap nak jual awak kat lori budak nakal (a.k.a lori tilam lama tukar baru) 

I try to be happy so that we live happily and you two will have a wonderful childhood memories. 

Don't worry, be happy! 


Love, Ibu. 



10 ulasan

  1. Sama la macam anak buah saya. Umur pun lebih kurang, suka main penyodok dan sibuk nak kemas rumah juga. apa2 pun semoga baby izz membesar dengan sihat.

    BalasPadam
  2. hahaha dapur mmg tempat nak memunggah kan.... ada byk peralatan dapur yg menarik agaknya

    BalasPadam
  3. Happy 15monthsary Najmi. Dah pandai macam-macam dah ni. Tunggu sikit hari lagi Najmi dah berlari jenuh ibu mengejar nanti :)

    BalasPadam
  4. hebatnya adik! semoga terus membesar dengan sihat dan kuat tau :)

    BalasPadam
  5. semoga anak2 aien dapat membesar dengan sihat dan jadi anak yg soleh :)

    BalasPadam
  6. seronok tengok anak-anak kecik ni... tapi tulah kalau time ragam mereka, puaslah nak menahan sabar (er, su takde anak lagi cuma anak buah ramai hehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha Kan? seronok tgk dorang happy no worries..

      Padam
  7. Seronok tengok anak membesar depan mata ni. Hehe. Semoga membesar dengan baik ye comel

    BalasPadam
  8. lebih kurang baya anak buah kamek Sarah..hihi

    BalasPadam
  9. sabar aien, mun cdak dah besar kelak rindok kita dgn saat nok molah kita ngeriss. layan kan aja lah. dah mbiak kan, mmg rutin cdak gaok

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤