Cuba buat Keropok Lekor sendiri, Jadi tak?

Rabu, Oktober 21, 2020

 


Cuba buat keropok lekor sendiri, jadi tak? | Post kau tak pernah membantu orang untuk yakin buat sendiri kan? Haha Well, atleast Aien cuba untuk cerita dengan korang my try and error dalam dunia masakan ni. Apa tidaknya, kalau dulu Aien ni seorang yang boleh dikatakan masak orang takkan makan, sekarang boleh la upgrade step 1 ke step 2 kadang-kadang. Untuk tekak sendiri, suami dan anak-anak gituuu... 


Nak cerita kali ni, semalam Aien beli Ikan Kembung dari kawan. Kesian pulak dia asyik sokmo menanyakan pada Aien, "chik, ko nak ikan kembung tak?" Sokmo gitu nanya. So, semalam tergerak hati beli la jugak kan, 2 kg dapat la buat keropok lekor. Dah lama teringin nak buat keropok lekor ni, asyik tak teringat je. 

Moh, kita cari balik resepi yang disavekan di muka buku. Berpandukan resepi dari Kerepok lekor homemade Aien cuba la ye. 


Ikan Kembung 2 kg atau 25 ekor. 


Siang ikan kembung comel tadi, amek isi dia sahaja. Kemudian kisarkan dalam pengisar dengan kuantiti air yang boleh diputar saja. 

Okay, sini lawak. Sampai rosak blender Aien. Mwahahahaa ada la sikit ikannya tak dapat dikisar halus. Adooo, siapa nak sedekah blender ni, PM tepi. Mwahahaha 

Kemudian, masukkan tepung ubi, tepung gandung, garam, serbuk perasa dan gaul rata. 


Okay, berdasarkan resepi (di link atas tadi) dia cakap 2 cawan tepung ubi, 1 cawan tepung gandum. But, bila Aien buat tu.. dia macam lembik lagi. Dia suruh uli sampai jadi doh. Tapi doh aku lebih. So, ditambah-tambah- tambah lagi tepungnya sampai Aien rasa. Kang, tambah bebanyak keras pulak keropok lekor aku ni. Haha Pahtu masa uli tu, dok sibuk fikir. Cawan dia pakai besar mana? cawan aku pakai besar mana? Adooo, dalam dok buat benda ni bergaduh jugak fikiran ni. 

Rupa-rupanya ditambah tepung dia tetap jugak lembik. Maka try minyak masak as dia suggest oleh tuan resepi ni. Eh, senang pulak nak bentukkan. Apa daaa~ 


Done uli dengan bentuk kita suka. Part ni aku dok gelak sorang-sorang kat dapur. Macam terapi pulak dapat buat benda ni malam-malam. Nasib bebudak syiok main dengan Encik Laki kat depan. Tak ada meragam, haaa seronok la hati kan. Alaskan tempat letak tu dengan minyak jugak supaya dia tak melekat ye. (jangan fikir yang pelik-pelik lihat gambar di atas)


sambil uli tu, panaskan la air untuk rebus dia. Dalam kuali ke periuk besar. senang nak campak semua. Mwahaha Aien memang suka amek kerja senang jaaa. 😌


Air dah mendidih, masukkan adunan tadi. Tunggu la sampai dia dah timbul sendiri  maka siap la keropok lekor anda. Wow! Aien is teruja dia dah jadi. Waaa, jadi wei.. jadi. Esok pagi baru goreng walaupun excited dia jadi, esok pagi je la buat sarapan. 


Contoh la dia dah jadi. Walaupun tak serupa keropok lekor dari Terengganu tu, sekurang-kurangnya air tangan ku. Haha Anak-anak tak menyempat nak merasa. Cubit la sikit sorang buat hilang kempunan. 


Dah siap goreng, dipotong ala menyerong gitu.. Goreng sehingga warna keemasan. dan angkat! yang satu tu terlebih garing dok berebut ngan bebudak sibuk ngajak mandi. Bila di rasa, alamak! Tawar.... Hurm.. Dah jadi. Tapi tawar pulak. Rasa ikan dia memang pior gitu.. Still..  Kena improve lagi la bab campak-campak garam dengan perasa ni. Sepinggan habis selamat masuk perut. sepinggan gini, dalam 2 batang keropok lekor tu. Sos, Aien malas nak buat. Do, kita guna sos cili biasa ja sudah laa.. 

Trial keropok lekor sendiri dah pun siap! Jangan suruh den buat untuk jual pulak, berkecah la kerja dia. Blender pun dah yilek. kbai! 


18 ulasan

  1. Laaa senang je buat ea. Selalu buat stok ikan kembong ni. Wahhh boleh lah cuba nanti tunggu rajin. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye. kita pun buat sebab dia nampak senang.. hahah

      Padam
  2. Balasan
    1. Aah lagi bertambah gembira asal goreng je Encik laki habiskan makan. Hahah

      Padam
  3. Wow sgt rajin aien buat sndri je kepok lekor tu..sedap :p

    BalasPadam
  4. rajinnya buat kerepok lekor....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tersampuk jin rajin ni. banyak orang doakan rajin tu asyik kena sampuk je. Haha

      Padam
  5. Kira berhasil juga tu Aien. Bab rasa tu ada sos, ape de hal kan. kalau buat sendiri memang wujud bermacam-macam bentuk 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. I is happy sangat. makan macam tu je pun habis kak Pija. Hahaha bab bentuk tu. adooo haii~

      Padam
  6. teringin jugak nak buat sendiri... dulu study dekat ganu boleh la order je kalau teringin

    BalasPadam
  7. waaa boleh ambik order dah kelak mun dah terer...hihiihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoooo.. nang antap mun pande molah serupa kedak terengganu polah. Nyaman eh.. :(

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤