JIMMYSCARVES: Koleksi Bawal Sakura baru berkonsepkan warna air

Khamis, Oktober 15, 2020


 Hai, Assalamualaikum semua! Disebabkan kekeringan idea untuk terus menulis, kali ini Aien nak share dengan korang salah satu produk yang Aien jual a.k.a jadi dropship jer. 

Jika korang tahu, ada baca entry lepas-lepas. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu Aien mula berkecimpung dalam dunia dropship bagai ni. Tertarik dengan satu jenama tudung yang sememangnya kawan baik yang wajib ada dengan seorang yang bergelar muslimah iaitu Jimmy Scarves. 

Untuk bulan Oktober ini, koleksi Bawal Sakura ini merupakan koleksi kedua yang Boss Jimmy keluarkan untuk bulan ini. Laju betul production Jimmy Scarves ni. Sudah la lawa-lawa corak dan koleksi dia, Aien sendiri masih terkejar-kejar serta rambang mata la nak pilih mana satu. 



Baru dikeluarkan malam tadi, Koleksi Bawal Sakura yang menggunakan material Sakura Chiffon ini memang sangat lembut dan senang terbentuk di wajah. Mempunyai bidang 50' sangat mudah untuk digayakan dalam apa juga style. Nak bawal klasik, nak bawal toncet satu, nak bawal ala selendang. Semua boleh. Apa yang penting semua koleksi dari Jimmy Scarves ini, sangat menitikberatkan aurat seorang wanita.  So, korang tak perlu bimbang dan boleh memiliki Bawal Sakura Watercolor Edition ini dengan singgah la di Instagram jimmyscarves_skudai untuk lebih lanjut. atau boleh scan QR Code di bawah ini. 



Koleksi Bawal Sakura Edisi Warna Air ini mempunyai 7 warna berbeza dan seharusnya mengekalkan warna utama kegemaran semua wanita berhijab. Dengan shade yang lebih lembut dan pastel membuatkan kita terasa nak miliki semua warna. Aien juga rambang mata ni. Terus nyanyi, jika aku kaya... Haha 


Untuk pengetahuan korang, Jimmy Scarves juga mempunyai koleksi tudung instant mudah dipakai, tanpa perlu digosok serta mesra perjalanan jauh. Sekiranya tak suka instant, pilihan shawl juga menjadi tarikan pelanggan baik yang kosong mahupun yang corak. Shawl juga ada yang mudah dipakai. Bahkan sedondon ibu dan anak juga ada. 

Bagi pengemar bawal, bermula dengan bawal Sakura yang kini mempunyai hampir 5 jenis koleksi, korang boleh lihat di Instagram seperti yang Aien dan linkkan di atas tadi.

Moh, cuci mata. Tak perlu susah-susah keluar cari tudung dah, kami sedia hantarkan kepada anda. :)

19 ulasan

  1. Balasan
    1. Jimmyscarves tak pernah tak cantik tudung dia. haha

      Padam
  2. Cantik corak tudung dengan effect watercolor tu. Dah lama tak pakai tudung bawal. huhu

    BalasPadam
  3. semua cantik..sedap mata memandang..

    BalasPadam
  4. design dia nmpk soft..ala2 lady like ...

    BalasPadam
  5. ok mata dah cuci, tengah fikir nak cuci duit tak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Jom. Aien dah tahan hati dua koleksi. Koleksi ni harus diambil. Hahah

      Padam
  6. jika aku kayaa semua aku beli..hahahah..aishh cantik la koleksi die

    BalasPadam
    Balasan
    1. iTu la pasal. urgh, marketing dia bagus sangat. ;)

      Padam
  7. cantik juga design dia, tak pernah lagi beli tudung jimmy scarves..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat hadiah or reward diri sendiri sekali sekala boleh la tudung mahal² ni. ;)

      Padam
  8. I don't really pakai bawal.. prefer shawl tapi ya Allah cantiknya design dia !!! tapi hm belipun bukan nak kemana ahaha

    BalasPadam
  9. Terbalik pulak kita berdua. Haha Itu la beli nak ke mana. tp beli jugak. Mwahahah #perempuanbelike

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Aok sis. Tudunh Jimmy Scarves semua labuh style. :)

      Padam
  11. Lawanya corak dia.. Tapi dah lama tak pakai bawal..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤