Aku dan Udang

Sabtu, November 07, 2020

 Aku dan Udang | Dah kenapa la si Aien ni dengan udang kan? Heran bin aneh aje. Selagi tak diluahkan cerita Aien dan udang ni, selagi tu bila masak dan tengok udang pasti akan terngiang-ngiang memori semalam. 

Sebelum tu, u olls hujung minggu buat apa tu? Alhamdulillah setelah sekian lama tak berhujung minggu di rumah sendiri, minggu ni dapat lagi. Dek kerana Encik Laki malas nak isi borang rentas daerah, maka dua minggu ni kami spend masa di rumah sendiri saja laa. 

Kisahnya, semalam lauk dah kehabisan. Kabo ngan Encik Laki, pahtu dia suruh siap. Ingatkan nak ke Econsave Taman Teratai seperti biasa. Tapi, lain pulak arah tujunya. Dalam hati terdetik, nak ke NSK la ni. 


Seronok juga sekali sekala berubah angin tempat berbeli barang dapur. Bila dah jadi kebiasaan kita pun dah lali dan senang nak pilih semua. Pergi NSK ni kali ketiga rasanya buat Aien . Seperti mana-mana NSK di Malaysia, ia merupakan pasar borong untuk para peniaga membeli stok kedai secara pukal. Jika untuk kita seperti suri rumah biasa, jika ahli tak ramai nak beli secara pukal dan banyak pun buat bazir je. Tapi, dah orang bawakkan kita tak perlu banyak bunyi. Ko jalan dan pilih saja la. Paling penting sesetengah barang basah di sini agak murah juga jika dibandingkan di tempat lain. 

Aien cerita saja la. Nak snap gambar semalam macam malas pulak sebab keluar rumah je dah mabuk kereta. Padahal baru lepas makan dengan anak-anak. 

Hai, meleret pulak ceritanya. Apa kisah dia dengan udang pulak ni. 

Kisahnya begini, sampai zone lauk pauk basah udang serta makanan laut yang lain dijual dalam pelbagai range harga. apa bezanya? Mungkin dari segi kesegaran ataupun saiz makanan laut tersebut. Wallahu alam. Sampai di kawasan udang, Ada tiga jenis harga. bermula daripada RM18.90 , RM25.80 dengan RM33.90 kalau tak silap Aien semalam. Makanya untuk lebih selamat, Aien pilih Udang di kawasan RM25.80 sebab tampak udangnya bersaiz sederhana dan molek juga di mata. 

Dalam masa Aien memilih udangnya, ada sepasang suami isteri ni sambil cuci tangan di sinki berhampiran. Sang isteri bersuara: 

"Abang, abang pilih udang yang ni ye tadi?" 

Kedengaran suara sang suami menyahut, aah. 

"Abang pilih yang kepala dia oren tak?" 

Pahtu dah tak dengar sebab si isteri dah habis cuci tangan dan mereka berlalu. 

Aien pulak tak angkat kepala dan teruskan memilih udang. Tapi yang menjadi gangguan kepala ni apa tau, motif sangat kau tanya laki kau gitu kuat-kuat? 

Sungguh rasa terganggu sampai Aien rasa dan dah ketawa sendiri tau. Langsung Aien pun merenung udang ni. Haa, kepala oren yek. Aku pilih kepala oren ke hijau ke sama je. eh, aku ni sampai sekarang tak reti nak pilih udang. Main amek je la. Janji boleh makan. 

Sebab apa tau? Dari dlu sampai sekarang kalau Aien pilih udang ni, Aien pilih mana yang kepalanya tak putus laa. So, kalau nak fresh kome pilih la kepala dia masih oren lagi dalam isinya tu.

Aien pun konfius sekejap. Last pilih sampai RM7.80 jer semua. Sampai rumah baru sedar kenapa la aku amek sikit sangat padahal kami tiga anak beranak gemor nau makan udang kecuali Encik Laki. 

Gara-gara soalan akak stranger tu buatkan Aien sampai sekarang segar lagi dalam kepala soalan dia tau. Mungkin akan teringat jer tiap kali pilih udang. 

Diakui la kan, Aien memang tak pandai pilih bab sayur ke ikan ke semua cause I don't like masak at all. Tapi, disebabkan dah jadi bini orang I is cuba masak dan sekarang baru 3 tahun jadi suri rumah. masih proses pembelajaran semuanya. Thanks to akak tu juga baru Aien tahu jika nak pilih udang segar, pilih la kepalanya masih oren lagi. Sekian. 


16 ulasan

  1. agaknya oren tu sebab dah lama kat luar, kat udara.
    Tapi kita pun sama, asal kepala kau tak putus, aku ambik je masuk plastik hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ke yang oren tu segar? ntah la syaz... Kalo udang tak lembik maknanya segar lagi la tu. Haha

      Padam
  2. Setahu wak kalau kepalanya dah merah, maknanya dah tak segar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aien pun tak tahu wak. Sama ada oren tu segar atau kepala tak tercabut tu segar. Konfius jap Haha

      Padam
  3. Tak pasal hilang fokus kejap bila terdengar kata kata akak tu kan. ada hikmahnya, dapat belajar cara pilih udang fresh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak apa.. menjadi persoalan yang mana satu pilihan udang segar. Adooo

      Padam
  4. Kalau ena pon terngiang egt ayat tu. Ehh tak tahu taw tengok color plak. Yang ena tahu tengok kepala masih ketat nak tarik tu makna segar lah lagi. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer kita sama kan. Selagi kepala dia tak longlai dari badan okay la lagi tu. Haha Aduuu. manusia manusia..

      Padam
  5. kalau pergi NSK ambik yang harga 30 tu sebab fresh sikit. Selalunya ambik setengah kilo pun dah cukup dah sebab saiz dia besar haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa tu dia baru susun yang 30 tu. Segan pulak nak usik. Haha

      Padam
  6. alamak, if me pun sama la klu tiba2 dgr mcm tu.. selalu klu plh udang jnji yg kepala dia still tercantum kan... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kan.. I was... Macam nak rolling eyes pun ada. pun wonder myself kenapa ko tak tengok muka akak tu.. adooo~

      Padam
  7. Musykil gak nie.. kenapa kepalanya oren.. hehehe..
    Main pilih je, janji ada kepala lagi kira okaylah.. hehehe

    BalasPadam
  8. Kepala oren? 🤔🤔🤔

    Entahlah. Biasa Cik TK pilih yang masih keras (eh ye ke itu term dia? Yang penting tak lembik la) dan nampak segar je. Tak perasan pula warna dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye betu Macam tu jugak Aien. Tu yang jadi persoalan apa kaitan dengan kepala oren tu...

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤