CHINESE DRAMA: Fake Princess (2020)

Ahad, November 01, 2020

 


Tajuk: Fake Princess / Replacement Princess 

Genre: Historical, Comedy, Romance 

No of Episode: 24 

Cast: 


Sinopsis: So what if she loves money, don't all mountain bandits love money? For a chest full of gold, the mountain bandit offers herself up to the black-bellied prince thus marking the start to a beautiful romance.


Chang Le was once a free and untamable female bandit. However, she becomes a fake bride in marriage to crown prince Li Che. Stepping into the confines of the palace, Chang Le finds it difficult to adjust after being repeatedly humiliated. Despite her situation, she learns to adapt like a feral cat showing her true stripes. Li Che who has traced every step vigilantly finds himself gradually attracted by Chang Le's liveliness. Each wearing a mask to hide their own motives, the two people find comfort in each other.


(Source: ChineseDrama.info)


~~ Adapted the novel of the same name by Shui Sheng,


SPOILER ALERT


 Randomly tengok jer drama ni memandangkan Aien tepu giler nak tengok genre apa lagi. Suggest please? 

Menceritakan tentang seorang Chang Le sang pencuri diculik oleh seorang menteri dek kerana cucunya terjun bunuh diri akibat tak mahu dikahwin paksa ama si putera. Li Che atau pelakonnya juga ada berlakon dalam drama lain yang Aien tengok, 


Baca di sini: Chinese Drama: My Girl (2020)


Li Che merupakan Crown Prince dari Mendiang Maharani terdahulu seorang yang bijak pandai tapi slow witty gitu, sangat dicemburui oleh Maharani yang ada. Maharani itu juga mempunyai seorang putera, Li Heng namun Li Heng langsung tak berminat dalam perebutan tahkta seperti bondanya. 

Li Che tahu busuk hati Menteri Liu ni tadi cuba nak paksa dirinya bernikah dengan Liu Yu You cuba untuk membuka tembelang di hadapan maharaja. Akan tetapi Li Che ni tak tahu bahawa yang dinikahinya itu bukan la cucu sebenar Menteri Liu. 

Siap sampai suruh cek virginity Liu Yu You/Chang Le semata-mata nak buktikan bahawa Liu Yu You tu ada lelaki lain. Kalau diikutkan Liu Yu You yang sebenar, memang dia sudah ada pasangannya, namun disebabkan datuknya paksa dia kahwin dengan putera tu, dia rela terjun dari tebing. Bila Liu Yu You palsu itu disahkan kedaraannya, maharaja murka dengan menteri yang sekongkol dengan Putera Li Che ni. Lantas memerintahkan menteri itu dibuang daerah.

Kerana tidak mahu salah langkah, Putera Li Che ikutkan saja rentak permainan Menteri Liu. Namun, Chang Le ini orangnya lagi bijak. Bahkan pembantu peribadinya sendiri boleh jatuh sayang padanya. Rupa-rupanya pembantu Chang Le a.k.a Nongying ni juga mangsa keadaan dek kerana Menteri Liu ni. Jahat betul la dia. 


Kalo ikutkan sistem kerajaan China memang begitu la kan. Keluarga mana yang dapat naik takhta dia la paling berkuasa sekali. Padahal anak-anak yang dipaksa menjadi maharaja ni sama sekali tak berminat dengan sistem istana mereka. Li Heng boleh pulak jatuh hati pada anak menteri yang menyokong putera Li Che, Zhu Yan. Bila mengetahui begitu, mereka berdua cuba untuk lari dari istana dan jauh dari kediaman masing-masing. 

Berbalik pada Li Che dan Chang Le ni, ping pang ping pung Chang Le ni terjatuh suka pada Putera Li Che ni. Bahkan dia merasakan tempoh 3 bulan yang diberikan oleh menteri Liu tu tersangat la pendek. Sampai satu ketika, Chang Le terbaca surat atok Putera Li Che yang suruh Li Che memikat hati wanita itu supaya dia berpaling tadah dari Menteri Liu membuatkan Chang Le marah kerana dipergunakan. Dia ingat Putera Li Che itu benar-benar melayan dirinya kerana suka padanya. Bermula la episode love hate mereka. 

Chang Le ni kan seorang pencuri. Putera Li Che pulak seorang penguam la tadi, habis di rompak rumah menteri dan diletakkan di hadapan kediaman Putera Li Che tanda protes Chang Le terhadapnya. Maharaja menyalahkan Li Che kerana tidak berupaya menangkap perompak itu. 

Bila Chang Le tau yang Putera Li Che tu memang suka pada dia, baru la dia insof sikit dari merompak, tapi itu pun sesudah dia selesai merompak di rumah Menteri Zhu yang dah siap siaga menunggu kedatangan sang perompak ni tadi. Paling lawak sekali apa tau, dalam banyak-banyak benda di rumah menteri tu, jubah Menteri Zhu yang dirompak dia, tanda protes pada Menteri Zhu agar membenarkan Zhu Yan dan Putera Li Heng bersama. Lawak betul la masa tu. 

Ping pang ping pung, sampai saat identiti Chang Le terkantoi dek kerana satu habit atau gaya martial art yang digunakan oleh Chang Le, membuatkan gadis itu tak ragu-ragu bercakap benar di hadapan Menteri Shen iaitu Atuk si Putera Li Che ni. 

Part ni sedih sikit sebab ingatkan dorang end up tak dapat bercinta dengan identiti sebenar Chang Le, rupa-rupanya itu cuma testing dari Menteri Shen je. Sebab risau cucunya dipergunakan oleh Chang Le. Comel je atuk ni tau. 

Penambah rencah drama ni selain dari pasangan ChangxLi tadi, Gong Sun Mo pembantu si Putera Li Che ni pun boleh tahan hensem dia. Pulak kenan dengan pembantu si Chang Le, Nong Ying yang mahir dalam martial art. Dan bila identiti Nong Ying juga terbongkar bahawa dirinya sebenar merupakan pembunuh bersiri yang dicari dek kerana membunuh menteri dan orang kaya yang terlibat dengan rasuah. 

Hailaaa, rasuah dengan manusia ni memang tak dapat dipisahkan la. Mana-mana drama tentang kerajaan atau polis mesti ada corruption. Malaysia pulak tak ada dalam drama biasa, tapi drama jam 8 ada. Ha ha 

Berbalik pada drama ni, Bila masing-masing dah terbongkar identiti, Putera Li Che dan Chang Le saling berganding bahu untuk jatuhkan Menteri Liu dan sekongkolnya dengan erti kata lain, termasuk Maharani. Namun, sebelum itu orang pertama yang harus mereka yakinkan adalah Maharaja. Berjaya kah dorang menjatuhkan bala yang penuh tipu muslihat ni, uolls kena tengok sendiri la yek. Di Youtube pun ada la. dengan English atau Indo sub. 

Apa yang menjadi tarikan Aien terus menonton drama ni, sebab curious Chang Le ni pakai ilmu apa syiak dia merompak even rumah tu dah penuh pengawal tak ada siapa perasan. Fuh, Terer habis! 

11 ulasan

  1. at least heroin bukan perempuan naive yang kena tipu dengan menteri pastu jatuh hati dengan putera pastu kena buang istana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer betul. Bijak heroin dia ni. Sis suka. haha

      Padam
  2. Ini anak dah tengok Aien.. kalau Emaknya memang tak layan sangat.. ada certain drama Korea je Sis nengok..

    BalasPadam
  3. klu japanese boleh la suggest.. klu chinese ..i sendiri pun baru ja berjinak2 nak tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Japanese dah jarang layan kecuali yang betul² best bru tengok. Haha Biasanya mudah terpengaruh la chinese ni sbb memang musim dia trending sekarang. ^^

      Padam
  4. Wah.. baca review Aien, macam best je drama ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best plot dia, tapi macam tak berapa kuat dari lakonan barisan pelakon dia. Bagi Aien laa kan.. ^^

      Padam
  5. uish awat pendek sgt episode dia. yg ni memang boleh masuk list dulu..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang kan historical nak pendek macam ni. Bwahaah

      Padam
  6. boleh cadangkan x drama chinese yang top dan paling best bagi aien???

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤