Drama China: The Bloom in Ru Yi Pavillion (2020)

Jumaat, November 20, 2020

 


Tajuk: The Bloom in Ru Yi Pavillion

Genre: Historical, Romance, Mystery

No of Episode: 40

Cast: 


Sinopsis: Fu Rong who's the second daughter of the Fu family unexpectedly had the ability of "foreseeing dreams" after a serious illness. She predicted that she would marry to Prince Su, Xu Jin, and finally suffered the fate of being buried. However, Xu Jin also has the ability of foreseeing dreams. Although Xu Jin also predicted the same tragedy, he doesn't want to avoid it but try his utmost to change the destiny. These two people begin the sweet game of "framing one another".

(Source: iQiyi)


Adapted from the novel "Chong Hou Zhi Lu" by author Xiao Jia Ren.


SPOILER ALERT!


Fuh, 3 hari 3 malam menonton drama ni. Bergolek-golek rasanya. Akhirnya sampai jugak penghujung walaupun tahu la siapa yang jahat sebenarnya. 

Hai, tak buat kerja ke tu dok layan drama? Kita kan multi tasking gitu. Bwahaha 

Tengok drama ni because of Zhang Zhe Han. My favorite chinese actor. But, looking forward jika dia berlakon dalam historical drama je. Once try drama dia miden version punya, I kenot adapt. Sebab dia terlalu hensem untuk moden. Ada gitu? 

Untuk Aien, ada sahaja. Bah, mulakan la cerita kau ni. Apakan kisahnya drama ni. Kenapa panjang sangat bah atu episode nya? ndak sanggup bah anik mau tinguk. Kalau kamu ndak sanggup tinguk, sini aku cerita kan. Mana yang ingat la ha, mana yang orang bilang tu, highlight of drama gituuuu...

Bermula la kisah, tentang si Fu Rong, anak kedua dari keluarga Fu ni seorang yang agak nakal. Dalam begitu dia ni boleh mimpikan yang masa depan gitu. Sampai dia mimpikan keluarga mati terbakar dan dia dinikahkan dengan keluarga diraja lantas Fu Rong cuba untuk mengubah nasibnya. 

Dengan genre misteri, drama ni kuat jugak menampilkan barisan pelakon yang aish, geram naa aku nengokkan muka di pejahat tu. Acah baik la sangat, padahal dia meperkotak-katikkan otang sekeliling dia demi membalas dendam yang sebenarnya dia sendiri yang salah faham. Kerana ketidaksefahaman  beliau telah mengorbankan banyak nyawa demi kepentingan dan kepuasan diri sendiri. 

Bila drama historical ni, mesti tidak terkecuali melibatkan hal istana serta corruption. Atau erti kata lain rasuah. Bagusnya dalam drama ni Raja dia tak tertindas dalam kebanyakan drama yang seperti puppet untuk menteri-menteri. 

Rajanya bijak dalam mempertimbangkan kemaslahah negara. Namun, dia juga terlalu menyayangi anaknya. Ya la, dia seorang raja tapi dia juga seorang ayah. Dia harus berfikir luar kotak untuk itu. Tertiba tengah taip ni teringat pulak baginda Sultan Abdullah. Hai, adakah istana Diraja Melayu jugak berkonflik begini? Hurm..  manusia itu sudah dijangka. Rambut sama hitam hati lain-lain. 

Eh , apakan kau merepek ni wahai sang penulis. Manakan kisah si Fu Rong tadi. 

Berbalik pada si Fu Rong, dalam nakalnya itu, Lord Fu Ping menghantar anaknya pergi mengaji sama master Farmer Ju Shui yang sangat terkenal dengan budi pekertinya. Tapi tu la, nak ubah orang bukan sekelip mata. Masih juga si Fu Rong tu buat hal dia. 

20 episode pertama mengisahkan bagaimana si Fu Rong dengan Duke Su, putera ke-empat ni bertemu. Well, semestinya Duke Su itu heronya. Yang cuba dibunuh tatkala dia kembali ke capital  bandar HengJing setelah bertahun lamanya dia dicampak oleh bapaknya sendiri iaitu si Raja tadi ke luar kota sebagai frontliner. 

Kembalinya Duke Su ke bandar sempat dipesanin oleh Gurunya General Zishen bahawa bermula perjalanannya penuh dengan musuh. Dengan itu, pelbagai cubaan bunuh dilakukan ke atas dirinya membuatkan Duke Su sentiasa berjaga-jaga. 

Malangnya, tiap kali percubaan itu, telah dilihat oleh Fu Rong melalui mimpinya dan tiap kali itu juga Duke Su nampak seakan Fu Rong yang cuba untuk membunuhnya. Padahal orang tu nak ubah nasib dia sendiri je. Kang terbelit pulak nasib mereka dua ni. 

Sampai si Fu Rong upah orang untuk buang nasib buruknya bersama dengan Duke Su dengan cara membakar pakaian dalam lelaki itu. Kah, masa ni Duke Su ingat si Fu Rong tu pervert giler. Ha Ha 

Dari 20 episode pertama ni jugak masih buat penonton tertanya-tanya siapa yang jahat sebenarnya. Apa tujuan dan hasil dari bunuh si Duke Su ni padahal Raja macam tak berapa suka dengan Duke Su ni. 

Masuk 20 episode seterusnya barulah kena dengan tajuk drama nya itu. Jika pada mulanya Ruyi Pavillion itu hanya dilihat sebagai satu kedai barang kemas yang sangat berprestij di bandar Heng Jing dan sering bersaing hebat dengan Feng Lai Yi rupa-rupanya pemilik Ru Yi Pavillion ini, Liu Ru Yi merupakan legendary Ru Yi si pemberi maklumat. Dia macam broker gitu. Amek keuntungan atas orang ramai. Tak kira siapa. Baik untuk orang jahat mahupun orang baik. Namun, sebenarnya Liu Ru Yi ni berjiwa lembut bila mengaitkan orang sekelilingnya. 

Liu Ru Yi mula dipergunakan oleh Duke An, apabila satu proses transaksi mereka untuk mengorek sebalik kisah kematian Queen Dowager Wen  iaitu mak si Duke An gagal dijalani Liu Ru Yi. 

Sian, semua orang ikut je pawn yang telah diaturkan oleh Duke An termasuk si Fu Rong yang sukainya dalam diam dek kerana gadis itu pernah menyelamatkan satu ketika dahulu. Tapi, pada Aien dia terlalu obses dengan Fu Rong sehinggakan Fu Rong tu tak boleh jadi milik sesiapa. 

Misi Duke An adalah mengembalikan pahitnya rasa kehilangan itu pada abangnya sendiri iaitu si Raja tadi. Lulz~ macam abang dia tak terkesan kehilangan mak dorang sendiri. Childish betul. Si abang dia pulak, ingatkan Duke An ni telus orangnya. Macam anaknya, Duke Cheng yang melakukan pelbagai onar dalam kerajaan mereka baik dari segi jenayah rasuah, menyalahgunakan kuasa serta ketamakkan dalam memerintah sehinggakan sanggup mengorbankan saudara sendiri. 

Pecah hatinya, eh.. Luluh hati sang bapa bila tahu anaknya sendiri yang mengetuai jenayah yang selama ini tidak jumpa penyelesaiannya oleh Duke Su yang acapkali dituduh mengeplotasikan kedudukan sebagai keluarga diraja. 

Mangsanya Duke Su yang dari lahir dikatakan bawa bala bagi kerajaan mereka. Berjumpa dengan Fu Rong, gadis yang bertuah dari pelbagai segi mereka saling melengkapi. 

Bila Fu Rong saspek utama Duke Su sebagai prmbunuh upahan, dia selalu mengikuti jejak gadis itu. Sampai mereka bertemu kebenaran bahawa Qi Ce bakal tunang kakaknya, Fu Xuan itu merancang segalanya. Fu Rong cuba buktikan bahawa lelaki itu tak layak untuk kakaknya, tapi agak sukar tanpa bantuan Duke Su. 


Hai, boring la nak tulis ni. Eh, menaip ni. Macam tulis esei pulak. Ke isi buku nilam tu? 


Ping pang ping pong, akhirnya Fu Rong tetap juga berkahwin dengan Duke Su walaupun bukan secara paksa tapi rela dek kerana Fu Rong syak yang Fuke Su yang bunuh gurunya, Liu Ru Yi atas pujukan Duke An. Eh, geram je aku dengan Duke An ni. Naik menyampah dengan muka acah baik dia la. Tapi, tak la jugak dia jadi bini sah taraf cuma perempuan simpanan je. Ala, sistem istana China kan simpan bini reramai. Kira dek kerana Raja ni tak berapa bekenan dengan Fu Rong yang menyebabkan Duke Su hilang pertimbangan terhadap jawatannya. 

Padahal, kisah sebenar di sebalik pembunuhan Liu Ru Yi akhirnya terbongkar di episode 39. Aceeee.. Lama giler nak jelaskan pada Fu Rong tu. Itu pun setelah dia dah dapat token perintah untuk Ru Yi Pavillion. Maka secara sahnya, Fu Rong satu-satu anak didik Master Liu Ru Yi mengambil alih pavillion itu. 

Itu pun, jenuh jugak Duke Su nak pujuk Fu Rong supaya jangan terlibat dalam kerja balik tabir Ru Yi Pavillion selain membuat barang perhiasan dek kerana Raja mula mengeluarkan arahan menyelidik squad itu. 

Meh la tengok spoiler Aien rasa highlight drama ni. Which make u olls geram nau ler drama panjang-panjang ni. 


Masa ni, Aien dah saspek mesti Duke An ni yang bunuh Master Liu Ru Yi.  Sebenarnya bukan dia. Ha ha Tapi boleh dikatakan dia juga la dengan menggunakan orang lain. Dan orang itu tak disangka pulak. Kesian, dek kerana perasaan agungnya pada Duke An, dia sanggup menutup mata tikam batu dengan Ru Yi Pavillion. Episode ini, geram juga tak pasal-pasal Fu Rong kena tangkap dek kerana dia berada di tempat kejadian setibanya pasukan penyiasat Diraja. Duke An gelabah bila eh Fu Rong yang kena pulak. 


Masa ni pulak Raja geram dengan plot Duke Cheng yang cuba menyalahkan Duke Su atas pengeboman tanah runtuh di Huo Yao Temple, kehilangan permata yang cuba diletakkan pada Fu Rong tatkala Fu Rong menerima upahan membuat barang perhiasan untuk istana yang cuba disabotaj oleh Consort Duan, pemilik Feng Lai Yi a.k.a mak si Duke Cheng. 

Dapat juga diselesaikan dengan bukti kukuh yang dibawa khas oleh Fu Rong yang cuba bersihkan namanya sendiri tanpa bantuan Duke Su. 

40 episode secara rangkuman menceritakan: 

  • sesi balas dendam Duke An kepada Duke Su atas sebab dia ingat Duke Su yang menyebabkan kematian Queen Dowager Wen. 
  • Percintaan antara Fu Rong dengan Duke Su yang penuh dugaan dan campur tangan  hasad dengki orang sekeliling terutama Duke An. 
  • Macamana Ru Yi Pavillion dapat dibersihkan namanya dari onar yang telah ditaburi oleh Duke An. 
Eleh sikit je? itu je daripada 40 episod? Kesudahanya apa? Puas hati tak Duke An dapat balas dendam? 


Alah, gelap pulak. At the end, Fu Rong dah tau yang rancang semua ni adalag Duke An, siap dia bunuh Duke Su sewaktu dalam perjalanan Duke Su mengiringi Princess Xihe untuk perkahwinan damai antara Xuan Huang dan Heng Jing. 

Murung dan berkabung la istana dan kediaman Duke Su atas khabar sedih ini. Duke An pulak amek peluang syorkan kepada Raja untuk matikan Fu Rong sekali dengan 'Duke Su' sebagai tanda cinta, (haaa puik) padahal dia nak miliki Fu Rong untuk dirinya sendiri. 

Menangis lagi keluarga Fu dan nasib Duke Su bijak sebelum dia berangkat mengiringi tu, dia dah isikan decree perceraian untuk menyelamatkan Fu Rong sekiranya hal begini berlaku. Tapi, Fu Rong memilih untuk mematuhi perintah dari Raja. 

Sob sob sob. 


Kau rasa bila dia cakap macam ni? Nasib la aku nengokkan kau ni tak ada iklan dah. Gigih subscribe aplikasi IQiyi untuk tengok drama ni, dan satu drama Korea tu. Kalau esok bersambung, geram je. Nahan hati jugak dari nak terus skip ke episod akhir.


Dan apabila Fu Rong menyelamatkan Duke Su dari ditikam oleh Duke An dengan pedang beracun, dek kerana Fu Rong pernah berkata dengannya, 'alangkah indahnya jika aku hidup untuk seorang saja.' 

Melihatkan Fu Rong terlantar dek tikaman beracun yang tiada ubatnya, Duke An lalu menikam dirinta sendiri. Bwahaahaha sorry tergelak pulak. 

Queen Dowager Wen kemudiannya sempat pangku si anaknya itu dan menceritakan sebenarnya dia tak mati pun. Kebakaran di hari kejadian itu cuma rancangan Raja untuk menghantar Queen Dowager Wen ke tempat yang lebih baik dari kena fitnah dengan orang dek kerana matanya yang dikatakan membawa bala. Masa tu, Queen Dowager Wen sempat pesan dengan little Duke An untuk selesaikan permainan chess jika mahu dia kembali. Adooo, sian la tengok si Duke An ni. Maka, masa ni la baru dia menyesal. Kerana kita sangka itu lebih bahaya dari diluahkan. Bersangka sangka ni memang takkan bawak ke mana. 

Akhirnya, Fu Rong dan Duke Su dapat title sebenarnya sebagai suami isteri yang sah taraf di sisi istana. Fu Rong berjaya menjadi first wife kepada Duke Su setelah diceraikannya. Ye la, mana boleh naiktaraf dari perempuan simpanan terus ke Puteri gitu...

Bersatu la mereka seperti yang dimimpikan. rupa-rupanya Duke Su pun boleh mimpi masa depannya sendiri. 😌 

and their live happily ever after. 


Fuh, ada yang baca sampai hujung ni ke? Dah, tak perlu la tengok kalau tak nak kalo penat baca ni. Tapi, kalau korang tak puas dari review Aien ni, korang boleh tonton drama yang baru saja tamat ini di aplikasi IQiyi tau. Siap ada sari kata english lagi. 

Nah  lanje sikit hero feveret ni. Look forward for your next drama historical Zhang Zhe Han. 


Okbai~ drama lain lakonan Zhang Zhe Han yang buat Aien suka tengok is Legend of Yun Xi . Drama moden dia Aien cuba tengok, stuck kat episod 4 sebab boring, Everyone want to meets you. 







 

16 ulasan

  1. uish dah habis tengok, saya baru tengok 2 episode aritu..haha

    drama ni macam legend han yun xi, harapnya ending dia happy la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih habiskan sebba tak puas hati. Haha Lebih kurang laa. Tapi best kot yang ni.

      Padam
  2. omgeee..kwn i baru ja bgtau i about this drama.. haha put in the list :)

    BalasPadam
  3. 3 hari 3 malam layan 40 episod ni. hebat Aien. Kalau Fiza, mata panda dah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sebab tak jadi mata panda la jadi tiga hari. Kalo x, sehari semalam tengok konfem dah habis. Haha

      Padam
  4. penuh emosi ye..saya jarang tengok historical drama but once tertengok boleh addictive tuuu..hihiks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu latu, kalo kena mood asyik nak tengok historical je, kalo tak manjang layan romance je. bwahaha

      Padam
  5. Okay dah baca sampai habis... tak jadi laa tengok kakakakakakah..
    Lama gile tak layan drama cina oii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hAhaha Ending tu tak best. Haha mana tau lepas layan boleh speaking chinese. hahaha

      Padam
  6. dulu abah saya suka tengok cerita cina genre macam ni :) teringat pulak kat orang tua tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye. orang tua kalo layan lawan-lawan gini suka la deme.. Haha

      Padam
  7. gigih juak kitak menghabis 40 episod ya..haha

    BalasPadam
  8. Hebat boleh habis 40 episode 3 hari 3 malam.. Kalau cik ash harus bertahun x habis hahaha.. Yg 16 episode entah bila nk sambung xtaw

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo cerita dia best no hal cik ash. Kalo tak best, 10 episode pun belom tentu dpt habiskan. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤