DRAMA: The Queen's Gambit (2020)

Selasa, November 10, 2020

 


Tajuk: The Queen's Gambit 

Genre: Chess, Girl Power, Drama

No of Episod: 7 (miniseries)

Cast: Anya Taylor Joy, Thomas Brodie Sangster, Jacob Fortune Lloyd, 

Sinopsis: Set during the Cold War era, orphaned chess prodigy Beth Harmon struggles with addiction in a quest to become the greatest chess player in the world. Based on Walter Tevis novel on 1983.  


Review from me: 

 Every where, ehem. ehem.. Haa, di mana saja Aien jumpa dan nampak ramai yang kata mini series original daripada Netflix ni best. I was, why not try untuk tengok walaupun memang nampak macam tak menarik perhatian langsung bagi Aien. 

After watching for awhile, this drama so boring. Kenapa kebanyakan orang kata best? Mungkin lain preference kot. 

Satu dia cerita pada zaman dahulu kala, di mana zaman lelaki memonopoli dunia. Perempuan langsung tiada di sebarang medan. Keduanya, agak perlahan dari segi perjalanan cerita. Atau mungkin ini bukan genre aku. Bwahaha 

Tapi gigih jugak la tengok sambil makan. Boleb la habiskan cuma dengan 7 episod itu apadahal kan. 

Menceritakan tentang Elizabeth Harmon kehilangan ibunya masa kecik dan membuatkan dirinya di hantar ke rumah anak yatim perempuan. Dari situ, setiap anak-anak diberikan vitamin sebagai rutin harian mereka. 

Sini, Aieng musykil, kenapa perlu bagi ubat penenang pada kanak-kanak? wonder betul la. Tapi  dari ubat penenang ini, Elizabeth belajar membuat latihan mental setelah melihat tukang di rumah anak yatim itu bermain catur sendirian di ruangan bawah. Tukang apa tu namanya, yang betulkan lampu buat kerja kebun dan sebagainya laa. Pak Shabiel namanya. 

Jadi, bila semua pelajar tengah belajar ke, tengah sesi menonton wayang ke, Elizabeth ni rela turun ke ruangan bawah bermain catur dengan Pak Shabiel. Pada mulanya Pak Shabiel tak mahu mengajar si Elizabeth ni cara bermain. Tapi, Elizabeth ni seorang yang cerdik dan dia mampu belajar sendiri dengan ilmu serba sedikit di tambah oleh Pak Shabiel. Kiranya dia mempunyai bakat dalam permainan catur ni la. 


Uish  main catur ni kena bijak pandai sungguh. Orang biasa-biasa takkan boleh atur strategi dalam masa singkat. Aien tengok pun macamana dia gerak dalam 64 petak tu. Macam dam jugak ke? Adoo,, otak ni berkarat benar la. Pahtu nak fahamkan setiap langkah dibuat oleh pihak lawan. 

Setelah lama dia bermain dengan Pak Shabiel  datang seorang pengurus permainan catur ni, mungkin kenalan Pak Shabiel ajak Elizabeth untuk bertarung dengan kelab catur. Pada masa tu dia baru berusia lebih kurang 10 tahun. Sebab dia mula main dalam usia 8 tahun. 

Bila dia bermain dengan ahli kelab catur, dia mampu mengalahkan 10 orang mereka dalam tempoh masa 1 jam 40 minit. Wow! Habis satu episod dram aku. Namun, bila pengurus kelab catur itu cuba membawa Elizabeth keluar dari kelompok pemikiran penjaga rumah Anak Yatim Mrs. Deardoff bahawa perempuan  ni harus masuk kelab sosial je, Elizabeth dan catur tak boleh berkembang. Pak Shabiel pun dilarang untuk melayan gadis itu lagi. 

Sehingga datang sepasang suami isteri mengadoptasi Elizabeth menjadi anak angkat mereka, barulah Elizabeth mula melihat dunia luar. Kesian jugak tengok dorang di rumah anak yatim tu, dah macam penjara pun ye jugak. Dengan ubat diberikan dengan serba serbi pakaian satu gaya jer. 

Keluarga Wheatley serba mewah jugak jika dikirakan pada era itu. Sebab Mr.Wheatley ni selalu bisnes travel sehingga satu ketika Mr. Wheatley di tahan dan dia cuma menghantar pesanan untuk menceraikan Mrs. Wheatley. Pada masa tu Elizabeth takut kalau-kalau dia kena hantar balik ke rumah anak yatim. Tapi, Mrs. Wheatley tidak berhasrat melakukan demikian. 

Seronok juga tengok watak Mrs. Wheatley ni. Walaupun dia selalu minum alkohol dan juga mengambil ubat penenang which Elizabeth dapat tahu ubat itu adalah ubat sama yang dia amek masa di rumah anak yatim dulu, dia sanggup curi setengah botol  demi untuk catur. Mrs. Wheatley tetap menjadi seorang penjaga yang baik dan tidak memberi kekangan apapun pada Elizabeth. 

Pada mulanya, Mrs. Wheatley ni macam susah hati juga nak bagi si Elizabeth ikut pertandingan catur ni, sebab bimbang pelajaran dia terganggu. Tapi bila Elizabeth berjaya bawak wang hasil kemenangannya, Mrs. Wheatley akhirnya menjadi ejen beliau. Selepas itu satu demi satu tournament diikuti oleh Elizabeth sehingga namanya naik. Dari seorang yang tiada rate, dan mengalahkan juara Kentucky, Harry Belstik, Elizabeth boleh dikatanya seorang yang genius. 

Geniusnya dia bersama dengan ubat penenang. Bila capai tahap umur minum, dia belajar untuk menjadi alkoholic. Elizabeth ni pandai, cuma dunia sosialnya kurang buat dia sering berkata lurus je. naif gitu. 

Ketika ditemuramah apabila dia menjadi juara Kentucky, dia bercerita tentang Pak Shabiel yang mengajarkan tentang dunia catur ini. Setelah buku diterbit, sedikitpun tentang Pak Shabiel  tidak disentuh. Bahkan yang menjadi tarikan ada kerana Elizabeth adalah perempuan. 

Sampai tournament di Mexico, pertama kali dia kalah dengan Mr. Bordov. 

Nak tengok macamana si Elizabeth ni terima hakikat dalam sebuah permainan adat jika ada kalah menang? jika korang kenal Thomas daripada Maze Runner, mungkin jugak boleh try tengok drama ni sebab dia juga muncul sebagai salah seorang anak muda genius dalam dunia percaturan ni. 


18 ulasan

  1. Balasan
    1. Buny macam best, tapi idk if really interesting. Haha

      Padam
  2. i pun put this on the list ..tapi kwn i ckp too slow even eps 1... then u ckp pon slow.. so ok take it out la hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, betul. Episode satu pun loading.. krik krik.. and last tengok episode 7 je la. Haha

      Padam
    2. hahahah orang yg minat main chess boleh la kot tgk cita ni

      Padam
  3. Kalau xmenarik jln cerita loading lamaaaa nk menarik..alah xleh tgk la cmtu..nnt mgantuk ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok sekejap lari sekejap tengok lagi. Boleh la buat teman lipat baju ke. Haha

      Padam
  4. kita tak subscribe netflix, sobss...

    BalasPadam
  5. ramai kata best tapi tak minat catur so KIV dulu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. rate best sangat tu tak jugak. KiV lelama pun tak apa. haha

      Padam
  6. kisah silam seseorang tu membesar boleh mengubah kehidupan dia dimasa akan datang. kalau cerita maze runner tu best, yang ni pun macam best juga. tapi aien kata kurang, mungkin tak kena dengan taste :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelakon si Tommy tu berlakon, cerita ni memang slow, serba serbi.... tak kena. haha

      Padam
  7. ari ya ada nanggar kejap jak dengan housemates..tapi ya lah kedak slow gilak ceritanya..terus sik sambung dah...hahahahah

    BalasPadam
  8. aaaaa betul ramai yang share review kata best.. tp itula apa2 pun balik pada preference kita sndiri. belum tngk lagi.. haih rasa bulan ni xdan bukak Netflix lagi haha..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤