Hello, November! | Bulan 11 bermula dengan Johor Bahru berada di kategori red zone. Dua minggu pertama untuk November ni, dihabiskan masa duduk rumah diam-diam je la. Nak balik kampung pun tak boleh sebab Encik Laki kena isi borang bagi UTM Staff kalau nak keluar daerah. Ingatkan dia dapat arahan WFH , boleh jugak terus duduk di kampung. Ye la, dok rumah tak jumpa tanah bebudak cepat boring. Alih-alih dia tak dapat notis WFH tu. Makanya.. Kami pulang saja ke rumah sebelum itu beli la stock lauk pauk semua.
Lagi sebulan kan, 2020 bakal meninggalkan kita. Apa saja yang nampak pada tahun ini ada kekangan dari pelbagai segi. Yang penting duduk rumah je banyak. Spend masa dengan anak-anak dan sebagainya.
Berakhirnya Oktober semalam, cerita gembira buat Aien. Akhirnya tercapai juga serba sedikit penuhkan wishlist 2020. walaupun tak semua, alhamdulillah ada la peroleh separuh daripadanya.
Untuk November tak ada harap banyak. Nak harap apa la sangat kalo dah kena duduk rumah je. Pahtu, tunggu je apa kata Belanjawan 2021 6 november nanti.
Kita belajar dari kisah silam, untuk esok yang lebih baik.
Semoga kita kekal menjaga diri dan keluarga masing-masing dari wabak jangkit berjangkit ni. Semoga ia boleh berakhir sebelum raya aidilfitri tahun hadapan. Sebab nak balik Miri wei. Sekarang Johor banyak kes, Miri pun tak kurangnya. Hurm..
salam hujung minggu la gais.
aienienka
6 ulasan
Marilah kita jaga kita. Kami PKPB sejak September membawa ke Oktober, sekarang dah masuk November pula!
BalasPadamAllah, sis Amie dok area mana tu? Moga sentiasa selamat dari wabak ni ya. Jaga diri sis Amie. :)
PadamWelcome, November! sikit je lagi nka habis 2020
BalasPadamtak sangka tiba2 johor jadi redzone kan! hmmm take care tau
BalasPadamTak sangka dah November.. sha juga mengharapkan semoga yang baik-baik sahaja..
BalasPadamSemoga wabak ni terus lenyap dari muk bumi. InsyaAllah...
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤