Pengalaman makan di Senibong Seafood

Ahad, November 08, 2020

 Pengalaman Makan di Senibong Seafood | Akhirnya sampai jugak kami ke mari sejak dua tahun lepas Encik Laki bawak tapi tersesat. Rupa-rupanya termasuk ke Senibong Bay Seafood iaitu lorong lagi satu. 

Begini kisahnya, yang tadi. Bukan dahulu. Terhibur hati bila Encik Laki kata nak keluar jalan-jalan lagi. This is why I like to stay at our own home bila hujung minggu. Haha sebab dia baik hati bawak bebudak jalan. Kalau balik kampung, terperuk la kat rumah tu. Macam duduk rumah jugak la. bezanya ko ada kawan sembang lebih. gitu ler. 

Perjalanan dimulakan dengan ke Pasar Borneo Masai sebab dari mula jadi Johorean Aien memang teringin nak jejakkan kaki ke mari. Sudahnya bila sampai I was like tak apa la. Janji dah sampai. Sebab dia macam rasa satu feeling , I miss my home town. So much. really badly. Dia jadi macam sik kempang hati kowh aku mok turun. kelak berjure aek mata ku kelak. (means, tak sampai aku nak turun, nanti menangis macam air paip pulak nanti) Cliche sangat kan? 


Next location kitaorang randomly la jalan-jalan macam tak ada arah tuju al-maklum la seharian ni hujan dan mendung redup jer, lagi-lagi musim covid 19 dah angka 4, jadi risau tapi nak jalan be like. 

Sudahnya Encik laki bawak ke area Senibong ni. Aien pun kata, kalau tak minggu ni ada job kat Senibong ni. Ahakz~ jauh jugak la dari rumah. 

Bila la sis dapat spend time hooreeeyy  di luar bersama JDT blogger yang belum berkesempatan bersua muka. eceh... 

Sekali masuk ke kawasan kondo mewah, cakap dengan Encik laki. Macam pernah la sesat kat sini. Haha Rupa-rupanya iye. Kisah dia cuba nak bawak Aien ke mari la. Akhirnya dengan anak dua ketul baru la betul maps dia. 

Bila nak masuk kena bayar laa, RM2 . Waahhh, masuk aje dah kena bayar yek. 

Hujan masih renyai-renyai saat kami tiba. Pergi la bawak anak-anak lepak tepi apa tu. Tak tau la nama rumah tu, tapi tepi laut tu laa. Sekali, line Malaysia tak ada la pulak. Masuk Singapore ler kita. 


Lepak-lepak kat sini kejap. Bebudak terutama si Najmi tu acah nak terjun aje tau dari sini. Geram je budak sorang ni. Nayla ntah apa mood baik dia, bertudung sejak semalam dari dalam rumah. Cakap ngan dia, dalam rumah sendiri tak payah bertudung, kakak keluar baru pakai tudung. Jadi bila keluar ni dia nak pakai tudung even ayahnya dah ikatkan rambut dia. So sweet je. Mungkin sebab dia tengok Aien selalu bertudung kat rumah mak mentua kot. 


Bodek la Encik Laki nak makan sotong dan udang goreng sambil minum air sejuk. sedap betul ni. Polos betul memori Aien, ingat makan kat tempat macam ni murah ker. Tapi, Encik Laki onz jer.  bukan selalu. Haha


Pilihan kedai yang ada. Yang ni kedua.  tapi sotong 100g RM9.00 . Apak la dekat seratus sekilo. Awat mahal naa. konon itu dengan harga masak sekali. Menangis Aien kejap. Yang kat atas tu  100g RM9.50 kejutan budaya sis rakyat marhaen ni. 


Akhirnya, kedai terakhir jugak jadi pilihan sebab dia ada menyediakan menu combo yang sesuai dengan poket cash masa ni. Haha Sejak PKP mana dah sediakan duit cash bebanyak semua pakai cashless je. 


Nak check in dengan mysejahtera pun tak dapat. Adooo, lawak betul laa. Masuk sini kena on roaming la kalo nak bayar online. Semua ewallet macam Boost, TnGowallet, Maybank QRPay diterima. Tapi, kad kredit tak diterima. I was wondering. Rupa-rupanya masalah line jugak. Mungkin. Adooo,, 



Acah berlagak nak macam sotong dengan udang goreng tepung jer, last-last amek combo untuk makan dua orang. Tapi yang ni je sempat disnap sebab bebudak dah renyah melihat satah dan jeli kelapa yang diedarkan ke meja. 

Nasib la nak buat review, tapi apa pun tak dan eh. Over all, disebabkan laki bini baru je lepas makan sebelum jalan tadi, kami bungkus je lauk bawak balik. Habiskan yang goreng-goreng ni jer. 

Burp! Alhamdulillah, kenyang la dapat makan makanan mahal macam ni. Terima kasih Encik Laki sudi bawakkan. Lain kali jangan bawak ke tempat ke mari, sebab bini awak suka makan. Dia pantang tengok tempat makan, mesti kena cuba. Dan terima kasih juga sudi layankan karenah binimu ini. Hilang jap stress. Belom sampai rumah dah stress balik sebab tengok wassep berdesup masuk kata kena PKPB seluruh Semenanjung. 

Okay bai, start minggu depan Encik Laki kena belanja sendiri la gamaknya. Sebab kalau bawak Aien bebudak mesti follow sekali. Pakej gitu.. Haha 




20 ulasan

  1. Sesekali bonding makan-makan macam ni memang best kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iYe SA. Amat jarang kami makan berdua sejak ada anak kecil. Rasa macam proper tapau makan kat rumah je. Haha

      Padam
  2. Best je heheh btw stay safe kak dan fam ;)

    BalasPadam
  3. kalau tak kita jumpa ek..xberjodoh lagi😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Bila nak berjodoh dengan team JDT ni. ^^

      Padam
  4. wah senibong ni dekat je dengan rumah kai tapi dah tak pergi sebab mahal. dulu sedap jugak makan nasi lemak kat senibong tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ye nasi lemak? Tak perasan pulak. Iyee. Husband pun cakap dah mahal dah dia sekarang.

      Padam
  5. mahalnya 100g sampai 9.00 padahal dekat dengan laut kan? Kalau sekali sekala makan okay la kot hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye.. katanya sekali kos masak. Tapi, macam tak berbaloi la jika difikir logik akal. 2 ketul sotong, cuma digoreng tepung dah RM50. waaah,,

      Padam
  6. i tgk ig story ni !!happy ja dua bradik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye. sebab dapat keluar. dorang sangat pantang bila kereta berenti automatik berebut nak pakai selipar nak keluar. Addooo

      Padam
  7. Sesekali berjalan, memang best..
    Makanan laut memang mahal sekarang nie.. huhuhu..

    BalasPadam
  8. Wah bestnya sesekali jalan2 ber-family bonding macam ni. Happy anak2 kan..

    Boleh tahan juga harga seafood ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, sekali sekala bonding dengan dorang jalan-jalan macam ni. memang puas hati.

      Salah musim agaknya. Haha

      Padam
  9. pernah makan kat restoran 6 corner memang sedap tapi mahal sikit..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kita makan kat 6 corner tu jugak tapi rasa dia paling murah banding yang lain hAha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤