Top 10 Chinese Drama 2020 yang aku dah tengok

Selasa, Disember 22, 2020

 


Haaa, tu dia. Hujung tahun nak kena buat list my favorite top 10 drama yang wajib korang tonton sebab majoriti Aien tonton based on high ranking jugak. Hehe Kadang mana yang jiwa muda kata best itu, susah nau nak kenan kat Aien. Kadang datang mood nak tengok, hadap jugak la. Kalau dah tak best sangat sekerat je la. 


Okay, tanpa borak panjang jom kita tengok siapa di tempat ke 10. 


10. You Are My Destiny 


Adaptasi dari drama Taiwan, Chinese version adalah yang terpanjang dan paling kena la jugak dengan selera. Kedua pelakon utama berganding buat kali kedua selepas drama Eternal Love mereka. Chemistry mereka sangat sesuai la jugak. Nak baca review penuh boleh baca dengan menekan gambar di mereka kat atas ni. 


9. Girlfriend (2020) 


Banyak sangat versi Girlfriend dalam deretan drama chinese ni jenuh jugak nak mencari hok mana satu yang aku dah tengok. Nasib kat blog dah update  jadi haa, aku ingat hok ni aku dah tengok. Cerita pasal dunia perfileman. Selebihnya romance jer banyak antara Ye Fei Mo dan Xiao Nuan. Macam biasa nak baca review penuh tekan jer gambar kat atas. Situ Aien ada share mana nak tengok dia. 

8. The Romance of Tiger and Rose 


Haa, drama ni la yang tengah main kat 8tv ritu Aien tengok iklan dia. Tapi, Aien dah tengok awal dah. Ha ha Comedy teruk drama ni mengisahkan tentang si Xiao Qian si penulis skrip yang kekeringan idea akhirnya termasuk dalam dunia skrip dia sendiri. Sudahnya dia kena usaha bagaimana nak keluar dari dunia skrip itu dengan mencipta skrip baru. Lagi-lagi sepatutnya dia jadi watak villian tetiba jadi heroin pulak. Zhou  Lu Si merupakan actress paling femes la buat tahun ni. Suka jugak tengok watak dan karakter selamba dia. Bak kata sesetengah fans, Zhou Lu Si ni buat semua pasangannya jadi idola ramai gitu... Haha Review penuh sila la tekan gambar di atas. 


7. Goodbye My Princess    


This is the most sad drama chinese yang Aien tengok untuk 2020 ni. Walaupun begitu, ianya bukan la dari tahun ini. Aien je baru nak tengok. Biasa la, orang yang selalu tertinggal kereta api begitu la. Malas nak ulang cerita klik aje la gambar di atas untuk baca review penuh. 😂 

6. Eternal of Love: Dream 


Semestinya in love dengan si rambut putih Dong Hua Di Jun. Chemistry dorang sangat best dan dalam senyap berharap moga ada moden version dari kedua-dua pelakon ini. Bila dicari di carian google, tak berapa banyak juga lakonan Si Dong Hua Di Jun untuk versi moden. Hensem kot dengan rambut putih. Urgh~ Salah satu drama chinese yang sentiasa ditengok bila dah boring tak tahu tengok apa. Ha Ha kisah cinta yang agak tragik, penuh dengan kesalahfahaman antara mereka. Tapi, penuh dengan rasa percaya antara satu dengan yang lain. Eh, betul ke? Cuba la tengok review penuh dia dengan tekan gambar di atas tu.  Nak tengok drama dia, mungkin ada di Youtube. Mungkin. 


5. Dating in The Kitchen 


Lagi drama lakonan Zhou Lu Si. Selepas berkenan tengok dia dalam drama kat atas tadi, langsung cari semua drama lakonan dia. Tapi lelama naik muak pulak tengok style yang sama je untuk tiap watak. Jenis yang disukai ramai. Heee~ I mean jenis happy go lucky, tak ada masalah. Drama ni memang hype masa dia ditayangkan. Salah satu drama Zhou Lu Si yang dinanti oleh ramai peminat. Bila dah tengok. Herm.. Boleh la kot sebab banyak list makanan dalam drama ni. Hehe  Drama ni boleh tengok di WeTV apps. 


4. Love Designer


Drama dunia bisnes fesyen yang penuh konflik dan baru nak naik jenis pasaran atas talian. Johnny Huang ni memang drama type bisnes agaknya. Hehe Aien try nak tengok satu lagi drama lakonan dia, tapi tu la.. konfem 40 episode punya. Hailoooo~ Perasan pelakon perempuan dia, Dilraba Dilmurat tu jugak dari Eternal Love: Dream di atas. Haa, suka jugak la dia berlakon. Tapi tengok jenis drama dia berlakon. Kadang best kadang tak best. Biasa la tu. Untuk review penuh tentang drama ni, u olls boleh la klik gambar dorang kat atas tu tau. 


3. The Bloom in Ru Yi Pavillion 


Paling latest la Aien tengok sebelum menyepi dari blog sekejap. Tup tup ada 4 episode special yang bawak watak Jing Yi dan Zhe Han ke dunia moden. Agak kekok tengok CGI dia macam tak ngam je sebab dorang nak kekalkan suasana Ru Yi Pavillion lama tu. Zhe Han bertahan lama sejak Jing Yi mati di episode last yang dulu tu. Kira Zhe Han tunggu kehidupan semula si Jing Yi tu. Nak tau kenapa Jing Yi mati sudahnya, ajum la klik gambar dorang kat atas tu. Best drama ni, as usual episode mesti panjang. Itu je la tak best. 


2. Find Yourself 


Drama yang mengisahkan seorang wanita bekerjaya mencari makna cinta. Secara tak langsung dia belajar mencintai dirinya sendiri. Gitu la orang kata, nak dicintai kena la belajar cinta diri sendiri dulu. Deep meaning. Aien suka sangat. Nak ulang lagi, ambil mood dulu  sebab drama ni heavy la jugak  Hehe So malas nak tengok review Aien dah cukup untuk korang tahu keseluruhan kisah drama ni. Eceh~ Klik la gambar tu. 

Last but not least, Jeng Jengjeng!!

The winner is~ 

1. Go Ahead

Another drama dari Song Wei Long, Go Ahead!! Urgh~ drama paling must watch in 2020 during pandemik ni. Buat korang ketawa  menangis  geram semuanya laa ada dari drama ni. Fuh, tetiba rasa macam nak tengok lagi je. Reviee penuh klik jer gambar tu k. 

Song Wei Long memang selalu berlakon cerita heavy-heavy yang penuh emosi. Hehe 

Dah tu je buat setakat ni yang Aien dah tengok dan rasa paling best among the best. Ikutkan dari lebih 100 jenis chinese drama untuk 2020 ni, ada banyak jer lagi yang Aien tak tengok. Malas nak hadap jugak, boring dengar orang cakap cina, lari dengar orang cakap Hangul pulak. Sambil-sambil tu layan la drama Melayu yang macam best la bagi Aien sebab OST dia . Ha Ha Boleh ke macam tu? 

U olls apa pulak drama cina yang paling best u olls tengok untuk tahun pandemik ni? 




7 ulasan

  1. Lama sangat tak tengok cerita cina. Dulu zaman sekolah tak ketinggalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang brand new version punya dari zaman sekolah dulu. Hehe

      Padam
  2. semua dlm list u ni, i tak tgk lagi.. ishhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab episode dia panjang sangat kot. Haha

      Padam
    2. Dating in the kitchen best..sangat2

      Padam
  3. Macam mn nak tengok falling into your smile... Sy nk tengok... Tapi dalam apps xde.. Tapi dlm apps viki ade... Sy nk try cuba downlond sy tertengok komen yg cakap xde serikata

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab baru lagi kot. Saya pun belom tengok lagi drama tu. ^^ biasa kalau dah habis tayang, di telegram pasti ada . :)

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤