Drama Korea: More Than Friends

Khamis, Januari 07, 2021


 Tajuk: More Than Friends 

No of Episode: 16 

Genre: Comedy, Romance, Youth, Drama 

Cast: Ong Seung Woo, Shin Ye Eun, Kim Dong Joon, 

Sinopsis: Ten years ago, Kyung Woo Yeon was as innocent and carefree as any eighteen year old might be. With dreams, ambitions, and a heart ready to love, it was only a matter of time before she fell for someone. And fall she did; for her friend, Lee Soo. Unable to hold her feelings in her heart, she confesses to him before he leaves and gets friend-zoned. 

Seven years later, she tries her luck again only to be rejected again. She is determined to get over what she considers this curse of not being able to experience love. One lonely day in Jeju, she declares confidently that she no longer likes him and decided to leave him. He too leaves Korea having a heavy pang in his heart.  

She had tried every trick to get over this curse that she had, having almost 12 ex-boyfriends. Till one day, when she finds a guy, Joon Soo who offers to be her test man and help her determine whether the fault lies in her or the men she has dated. 

Having been traumatized by the divorce of his parents in the past, Lee Soo always stops himself from love and choose to not start something so that it won't end. After 3 years leaving Jeju island and his memory of Woo Yeon, Lee Soo comes back to Korea and find her with another man, but this time he hopes to face his feelings and not let his past overshadow him

(Source: jTBC)


SPOILER ALERT! 

 

Tu la tu, berdasar dari sinopsis dia tu rasanya dah penuh dengan cerita dia untuk 16 episode tu. Gigih Aien tengok (sejak bila ko tak gigih tengok drama? ) 

walaupun orang cakap Seung Woo berlakon ni kaku. Bagi Aien okay kot sebab kali pertama tengok dia berlakon watak macam ni sesuai dengan dia. Heartless gitu. 

Kyung Woo Yeon, seorang caligrafi suka pada kawan sendiri iaitu Lee Soo selama 10 tahun. Kali pertama dia cakap pada Lee Soo, Lee Soo cuma balas dia cuma selesa sebagai kawan. Padahal dalam masa yang sama sebenarnya Lee Soo tak nak bagi harapan pada Woo Yeon. 

Actually, ada jugak flashback menunjukkan tang mana si Lee Soo ni 'tak suka' pada Woo Yeon. Tapi tu la. Kesalahfahaman tu bakal membawa pelbagai konklusi. 

Lee Soo ni lahir dari keluarga yang mak bapaknya bercerai. Sebab dia dia rasa dia tak layak disayangi dan dia juga seorang fotografer yang takkan pernah ambil gambar manusia. 

Namun, akibat terkena balik 'sumpahan cinta' dari Woo Yeon yang selama 10 tahun dia cuba dating dengan laki lain tapi semuanya tiada rasa cinta akibat hati dan perasaannya masih pada Lee Soo. Sebaik saja Lee Soo kembali ke Korea Selatan, Woo Yeon nekad untuk mengembalikan perasaan itu pada Lee Soo supaya dirinya boleh menyukai lelaki lain. 

Tapi, tu la tak pergi jauh pun bila Lee Soo tu antara kawan karib dia. Bila dia lihat Woo Yeon mula didekati oleh boss sebuah syarikat penerbitan, Joon Soo, Lee Soo mula rasa kehilangan Woo Yeon. 

Twist plotnya, selama 10 tahun tu kan, Woo Yeon tiap kali mabuk mesti telefon nombor Lee Soo, yang pada masa tu telah dimiliki oleh Joon Soo. Jadi saban waktu jugak dia dengar luahan hati Woo Yeon tu. Bila bertemu dengan kedua caligrafi dan Fotografi dalam sebuah rancangan memartabatkan Seoul, Joon Soo terus rasa rapat dengan mereka berdua dek kerana dirinya jugak berada dalam lingkungan percintaan yang sama. Aduhai..

Joon Soo punya lagi sedih, kekasih hatinya menjadi kakak ipar. Auch sangat. 

Dalam menyelesaikan sebuah buku bergambar, Woo Yeon dan Lee Soo menghadapi stage kawan- kekasih-bukan kekasih-bukan kawan dalam tempoh itu. Banyak dipelajari oleh mereka berdua dalam memahami sebuah perhubungan. 

Moral of story, benda biasa yang orang akan cakap dalam perhubungan mesti ada komunikasi dua hala, mesti ada kesefahaman baru boleh go. 

The other story dalam drama ni best jugak nak dinanti adalah salah seorang teman Woo Yeon dan Lee Soo ni dorang dah couple dari zaman universiti tapi disebabkan dua darjat yang berbeza pelbagai rintangan mereka hadapi. Kesian jugak la dorang ni. 

Penghujungnya, Woo Yeon sedar, dalam perhubungan jangan dijangka atau expect the unexpected gitu... mengharapkan agar orang sayang kita, orang mengerti kita padahal .. kita .. 

Dan bagi Lee Soo pulak, jika kita tak menyayangi diri sendiri, kita takkan mudah menyayangi orang lain. 

Worth to watch jugak drama ni. Haa, PKP 2.0 dah start, ajumm la marathon. Haha 

8 ulasan

  1. tengok cast tu pun dah rasa excited sebab ada kim dongjun! hehe tapi kureng layan la cerita gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Aien tengok drama ni saing dengan 18 Again, tapi ini yg ditengok sampai sudah. padahal 18 again tu more viral dan ada pelakon feveret. hehe

      Padam
  2. macam comel je hero heroin dia...nnt leh cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang comel. Seung woo start dengan trainee, penyanyi pahtu skrg jadi pelakon. sebab dia punya muka boleh jual. Haha

      Padam
  3. Lari jauh pusing pusing, jodoh tak kemana. Percintaan dua darjat ni biasanya ditentang. Begitulah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi percintaan dorang kuat sebab dah lama giler bertahan. 10 tahun kot. Macam laki bini dah. Anak jer tak ada.

      Padam
  4. betul, two way communication dgn closer dalam satu satu hubungan.. baru boleh move on

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤