Spoiler Alert!
Waaahhh, cerita viral ni. Baru ada masa Aien nak tengok. Ritu nak tengok macam tak ada mood bila baca review ramai tak suka pelakon heroin dia ni. Aien terkenan jugak tak suka. Padahal okay je tak ada masalah pun dengan lakonan dia ni. Makanya, baru la ada masa nak tengok ni kan.
16 episode, how to explain feeling bila dah sudah ya? Jom jap baca cerita separa penuh dia laa.
Kalo ikutkan sinopsis dia dah kabo ler Ji A ni cari si Lee Yeon tu kan sebab instict dia terhadap dunia lain selain yang nyata ni kuat sejak mak ayah dia hilang dalam satu nahas jalan raya. Demi menjejaki mak ayahnya kembali, Ji A menjadi Producer di sebuah syarikat televisyen.
Sehingga pada suatu hari dorang berada di sebuah majlis perkahwinan yang mana orang ramai mengatkan bahawa pengantin perempuan lari bersama dengan lelaki lain. Masalahnya cerita tu direka semata.
Bila Ji A memasuki dunia Lee Yeon, baru dia tahu rupa-rupanya sekeliling mereka ada banyak manusia jadian. Lee Yeon pulak sudah bertahun menjadi grim reaper lebih kurang la, terbawa karakter dia dari Goblin tu. Haha bagi dunia yang satu ni.
Dia nak tolong Ji A bertemu kembali dengan mak ayahnya seperti mana dirinya ingin bertemu semula dengan kekasih hatinya. Malangnya takdir antara mereka berdua berselisih. Yang mana salah seorang mereka bakal mati jika mereka terus bersama.
Best jugak la plot drama ni. Tapi, macam tak cukup rencah bila tengok Ji A tu. Macam something wrong dia berlakon cerita fantasy macam ni walaupun penyiasatan. Dia sesuai cerita polis je laa. Lagi-lagi bila jumpa dengan Lee Dong Wook yang macam amek santai je lakonan dia. Ke memang karakter dia macam tu ke.. Macam... hurm... Tak sedar eh dah habis 16 episod. eh itu je ke? Macam tergantung pun ado haa..
Best tengok sejarah kimia antara Dong Wook dengan Kim Beom punya brotherhood tu. Bila Dong Wook mati, sebab korbankan diri dia demi Ji A dapat bersama mak ayah dia lebih lama, Kim Beom sedih giler. Aien lupa la nama watak dia. Haa ,si Lee Rang ni.
Pada mula cerita si Lee Rang ni jahat sangat. Rupa-rupanya dia nak balas dendam kat Lee Yeon sebabkan kerana seorang perempuan, sanggup bunuh adik sendiri. Padahal tak kena pun pedang tu padanya. Drama je lebih Lee Rang ni. Bila dia dikantoikan oleh ahli nujum bahawa Lee Yeon ni benda berharga dia, sedar la dari situ yang Lee Rang sebenarnya sayang bebeno kat abang dia ni. Cuma dia protes abang dia lebih fokuskan kepada Ji A je.
Best laa. Best .. Nak tengok boleh, tak tengok pun tak paksa. Depends laa. Jika minat Lee Dong Wook, memang kena follow la semua drama dia ni. Hehe
Kim Beom pun Aien minat dari zaman Boys Over Flower lagi. Moga terus sukses bro! Umur sebaya nampak dia macam ageless. Statik sama macam zaman BoF dulu. Kbai!
Nak tengok mana, u olls boleh cari di FB, atau dramanice atau aplikasi drakor jika nonton atas talian. Jika seperti Aien gemar muatturun, boleh saja cari di Telegram. Heeee~
Nak baca review drama lain boleh click di tab Drama di sudut tepi tu. atau TENGOK SINI untuk carian lain drama Korea.
Next!
aienienka
7 ulasan
trueee... jgn percaya review org sngt sbb kita punya taste dgn org tak sama hahaha kannnn
BalasPadamye betul. kena tengok sendiri baru tahu macamana. ^^
Padamdah tengok first episode aritu, best juga. tapi saya dah lupa nak sambung tengok drama ni sebab tengah habiskan drama lain. banyak sgt drama, dah tak ingat mana cite yg tengok sekerat jalan..haha
BalasPadamHahaha Teruk sangat tu. Sis sampai buat list mana on going sis tengok. mana complete baru nak tengok semua laaa. Last lupa jugak. Malas laa
Padamooo housemate kamek layan cita tok..kamek belum gik..mesti mok nunggu masuk netflix sebab malas mok search hahahahah
BalasPadamHaha senang pun ada netflix. tggu cya jak..
PadamBoleh layan nanti ni bila ada kesempatan
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤