Haiyoooo~ mabuknya masih terasa lagi saat menaip entry ni. Apa laaa, baru ini kali Aien merasa minum air gula seperti kebiasaan dan kebanyakan wanita hamil akan merasainya. Pada mulanya seram jugak kan, ada juga dimomok-momokkan betapa la susahnya nak menelan air gula pekat itu seperti apa saja kan. Namun, Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.
Kenapa baru pertama kali?
Oh, jika kalian ndak tau ni kan, rutin minum air gula ini hanya untuk mereka yang:
- Mereka yang mempunyai keturunan penyakit kencing manis terutamanya mengikut susur galur ibunya.
- Mereka yang berusia 25 tahun ke atas.
- Mereka yang sepertinya berisiko.
Keutamaan ini diberikan kepada 3 golongan di atas. Jika dua kehamilan sebelumnya, Aien berjaya lepasinya dek kerana tidak mempunyai keturunan penyakit kencing manis. Entah kenapa juga ya walaupun sudah berusia lebih 25 tahun, para misi jugak tidak meminta Aien untuk mencuba minum. Mereka senyap, apa lagi kita pun senyap. Ha Ha
Namun, tidak pula untuk kali ini. Bahkan seawal usia kandungan 16 minggu Aien diminta hadir ke klinik kesihatan untuk test ini. Alasannya sebab faktor usiaku yang sudah capai angka tiga. Nah, dia punya seram malam tu awal tidur. Al-maklum la disuruh puasa sedari jam 10 malam.
Seawal jam 8 pagi sudah bersama anak-anak dan suami ke sana. Eh, jangan khuatir. Mereka dalam kereta saja. Ibunya aja ni yang turun.
Prosedur untuk minum air gula:
- Seawal jam 10 malam harus berpuasa. Tanpa makan juga minum.
- Seawal jam 8 pagi hadirkan diri ke klinik. Tunggu sehingga nama mu dipanggil.
- Sebelum minum, darahmu diambil. Kemudian para misi berpesan begini begitu caranya.
- Selesai itu kamu harus meneguk secawan air gula yang pior lagi manis gitu. Haha
- Selepas itu harus juga kamu diam di klinik dengan prosedur biasa check up iaitu kencing dan cek tekanan darah.
- Selepas dua jam (sedari jam kamu minum tadi) harus terpacak depan bilik misi untuk pengambilan darah buat kali kedua.
- Seusai itu, pulang. Namun dipesannya lagi. Jika bermasalah atau tidak mereka akan kol. Baru kamu tahu kamu itu ada kencing manis atau tidak.
- Siap!
Senang bukan? Tips untuk minum air gula? Nah,, perut sudah kosong . Pasti kamu kehausan kan? Teguk saja. Jangan berhenti. Sekiranya berhenti, perasaan itu akan sedar bahaea air diminum itu cukup manis. Awas! tak boleh muntah. Kena ulang lagi semula minggu seterusnya. Jika tak mau.. Kau teguk saja air itu.
He, kasar kan? Kebaikan kamu juga. Eh.. kepala juga sudah mereng ni. Harap la result ku baik-baik saja. Yang menjadi tanda tanya. Seharusnya aku minum tika usia 24-26 minggu kerna ketika itu kencing manis memuncak. Doktor juga hairan kenapa aku dua kali. Jangan laaaaaaa. Aku harap nanti 24-26 minggu itu tidak harus ulang rutin ini.
Walaupun senang, tempoh masa kau duduk di klinik itu. sehingga kematu punggung mu, tanpa makan dan juga minum melayan perasaan serta emosi yang cukup lapar, ngantok dsb. amat la membosankan. Eh, demimu anak ku gigih jua. Bisuk kau besar baca la sini. Perginya ibu tinggalkan cerita buat mu.
Yeay! Si Najmi sudah mau susu botol. But, the probs is dia mahunya tiduran dalam ayun saja. Tengok la nanti rutin dia berubah lagi ke tak. Budak memang macam tu. Kejap gitu, kejap gini.
Next story kita cerita sesuatu hal berlaku hari ini juga. Keh! Bai!
16 ulasan
Uishhh seremmm dengo air gula.. Sis alhamdulilah tiga-tiga anak mengandung takde sebarang masaalah, dan takde minum air gula ke apa ke, syukur laa..
BalasPadamdulu katanya tak ada. tapi sejak kes kencing manis berleluasa ni.. haha
Padambesarnya pengorbanan ibu..part menunggu di klinik yg menyakitkan hati..selalu teman mak g check up..uishh ramai nau umat
BalasPadamyeee. musim biasa memang ramai penuh Kk tu. Alhamdulillah musim pkp ni lengang sikit. Hehe
PadamBila baca pos Aien terus teringat LZ pernah minum air gula juga. Walaupun dah berlalu 13 tahun tapi seriau tetap ada.. Apa pun LZ doakan Aien sihat sentiasa.. Jaga diri.
BalasPadamUrgh.. mestu teringat betapa manisnya air gula pior itu.
PadamTip yang sama kalau makan ubat. Mesti habiskan cepat-cepat supaya kurang terasa. Btw jemput join segmen baru di blog saya😊.
BalasPadamYer betul tu. Okay, in shaa Allah ada masa Aien singgah k. :)
Padamselalu dengar ibu pregnant kena minum air gula... ingatkan kena buat sendiri hahahha
BalasPadamidok ler su. kena p klinik laa. Haha kalo bancuh sendiri tak rela ku minum. Haha
PadamPernah merasai minum air gula nie, rasa nak muntah hanya Allah jea yang tahu..
BalasPadamKan... Aien terus nak terberak. Haha
Padamhai aien. kawan-kawan sy yang pregnant walaupun tiada sejarah kencing manis dlm keluarga tp mungkin sbb faktor usia sudah lebih 25, nurse juga arahkan perlu minum air gula.. moga dipermudahkan urusan aien :)
BalasPadamYer. katanya begitu Tapi nasib dua kali sebelum nya tak kena. Haha nasib tuah masa tu
BalasPadamkamek pernah minum air garam jak..hahahahahhaha
BalasPadamhuaaaaa!!! tak pernah rasa..tatau laa mcm mna ..hope mampu rasa in future
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤