Pada 27 Januari lalu, Cosmoderm telah melancarkan secara maya produk terbaru mereka iaitu Perfect Balance Series . Tak sempat hari tu nak join Virtue Launching mereka sebab line tak berapa nak kuat tapi aku memang jatuh cinta dengan product ni, I tell you.
Kotak yang ala-ala doll house dengan set serba pink sangat menarik perhatian untuk si pengemar pink.
Perfect Balance Series ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerna ianya diformulasikan daripada Prebiotik dan juga Calamine.
Apa itu Prebiotik dan Calamine?
Prebiotik - sejenis bakteria yang bagus untuk kulit. Ia bertujuan untuk mengimbangkan mircobiome kulit dan sekaligus membantu memberi perlindungan kepada kulit wajah.
Calamine - Memberi pelbagai kebaikan kepada kulit terutama membantu mengawal minyak dan juga sunburn pada kulit wajah. Mengurangkan radang kemerahan serta rasa iritasi pada kulit.
Untuk menggunakan produk Perfect Balance Series ini ada 4 langkah mudah yang perlu kita ikuti.
Langkah pertama: Cleanser
Tekstur dia macam cream yang sangat pekat, letak sikit je pun dah cukup rasanya. Tambah sedikit air dan gosok pada wajah.
- Mula pakai tak berkenan dengan tekstur dia sebab Aien pengemar jenis gel punya pencuci. Lelama jatuh cinta pulak. Ha ha
Langkah kedua: Toning Lotion
Sebelum guna, harus digoncang terlebih dahulu. Kemudian tuangkan di tapak tangan dan dap dap je pada wajah. Jangan gunakan kapas. Bimbang ia lebih serap pada kapas tersebut dan kita tak peroleh kebaikan calamine tu.
Pakai toner+lotion ni selepas cleanser. Bila pakai rasa selesa dan lembut je kulit. Macam Aien ada dry skin pada sekitar hidung, situ dilebihkan sedikit dan hasilnya sangat berpuas hati.
Langkah ketiga: Wow Soothing Cream
Wow Soothing Cream merupakan Moisturizer yang berfungsi melembapkan kulit wajah. Ianya mengandungi lebih 3juta Prebiotic dan sangat penting dalam rutin penjagaan wajah. Jadi jangan tinggalkan cream ni tau!
Digunakan selepas toner tadi. Aien paling tak gemar cream ni. 😅 Sebab dia pekat sangat dan a bit waterproof gitu. Bila sapu di wajah rasa melekit sikit.
Langkah keempat: Sun Milk SPF 25pa++
Terakhir, jangan lupa sunscreen atau skin protector dari sinaran UV matahari. Teksturnya agak cair sedikit berbanding wow cream tadi kemudian ratakan di seluruh wajah dan juga leher.
Walaupun tak keluar ke mana, SPF ni jangan dilupakan kerana ia melindungi wajah daripada sinaran UV dan juga kekotoran sekeliling. Masak pun wajib pakai.
Nah, senang dan mudah saja kan untuk menjaga wajah agar nampak lebih bersih dan segar. Produk Perfect Balance yang sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit sensitif juga tau. Dapatkan Set pink ini di Watson atau beli saja di kedai maya Cosmoderm di Shopee.
Selamat mencuba! Penjagaan kulit wajah yang sempurna bermula dengan Cosmoderm. 😘
7 ulasan
produk ni best.. sy sukaa!!
BalasPadambagus! Kita suka sebab dia pink jer. Boleh x? Haha
Padamsoft ja tgk packaging dia
BalasPadamMacam cute jer kan.. :)
PadamKandungan yang selamat, dahla cute, bagus pulak tu... I am Cosmoderm user too!
BalasPadamBagusnya lah ada one set skincare. Lebih menawan packaging cosmoderm dengan warna pink tu.
BalasPadamComelnya packaging dia..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤