Drama Chinese: Be With You (2020)

Ahad, Februari 28, 2021

 


Tajuk: Be With You / Really Want to be With you 

Genre: Romance, Drama, Comedy 

No of Episod: 24 

Cast: 


Sinopsis: A young cartoonist intentionally gets near Ji Yan Xin, a cold and arrogant professor. Qi Nian, a girl with a straightforward personality hopes that interacting with Ji Yan Xin would give her inspiration and creative materials for her comic plot. Coincidentally Ji Yan Xin’s younger brother Ji Si Qi becomes Qi Nian’s assistant and a catalyst for their relationship to progress and blossom.


(Source: Baidu, myue)


~~ Adapted from the novel "I Really Want To Be With You" by Bei Qing.


My Point of View


Rasa macam pernah tengok drama ni dulu, tapi tak habis sebab tak kenal hero heroin dia and a bit slow untuk mood masa tu. Untuk kali ini drama ni jadi booster Aien untuk kembali menonton drama setelah sekian lama tak tengok. Naik boring pulak PKP ni entah bila nak habis. 

Drama cliche mengisahkan seorang cartoonis a.k.a pelukis manga atas talian yang buntu dengan idea menarik peminat terutamanya apabila dia berada di dalam genre Girl Manga yang selalu berkias tentang romantik akan tetapi dirinya tidak pernah bercinta. Sehingga dia ditakdirkan bertemu dengan seekor anjing bernama Qi Bao yang kehilangan tuannya. 

Pandai juga Qi Bao ni jadi cupid. Tup tup Qi Nian berjumpa dengan hero yang berjaya membuatkan hati yang bergetar dan dup dap dup dap bernyanyi riang. 

Professor Ji Yanxin seorang jejaka tampan  yang berdarah sejuk yang langsung tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi tempat di hatinya. Dia juga memiliki simptom yang sukar mengingati nama seseorang bahkan lebih gemar memgingati no ID pelajarnya. 

Demi merapati Professor Ji YanXin, Qi Nian menyamar menjadi pelajar kolej di tempat lelaki itu mengajar bahkan berusaha untuk menjadi TA (teaching assistant)   Professor tersebut. Diberi peluang selama 7 hari untuk buktikan adakah dia layak untuk menjadi TA professor berdarah beku itu, Qi Nian berusaha sebaik mungkin agar dia terus bersama dengan lelaki pujaan hatinya. 

Haa, boleh la layan sendiri macamana Qi Nian berusaha ni sehingga dia berjaya menjadi isteri Professor Ji YanXin ni. Best jugak layan drama ni. Sebab antara konflik yang dipaparkan dalam ni adalah hubungan kekeluargaan yang sangat huru hara apabila Ji YanXin mangsa keadaan apabila mak ayahnya berpisah. Dan kemudiannya ayahnya pergi meninggalkan mereka dua beradik bersama atok mereka. 

Ji Yan Xin yang dimomokkan dengan lelaki tak perlu mempunyai perasaan, cuba menjaga adiknya sebaik mungkin. Akan tetapi adiknya rebel dek kerana dibuli di sekolah.  Atas sebab Jj SiQi ini berminat dengan Girl Manga sejak di bangku sekolah lagi. Kerana tidak tahan dikawal oleh Yan Xin, Si Qi pergi meninggalkan abangnya yang langsung tidak faham akan cita-citanya. 

Drama ni agak berbeza juga la bila bercerita pasal pelukis manga. Bukan semua orang dapat menjadi apa yang mereka mahukan. Selain daripada kesungguhan dan kesetiaan Qi Nian dalam mengejar cinta Yan Xin, drama ni juga mengajar tentang jangan pernah berputus asa dalam mencapai cita-cita kita. 

Drama ini boleh ditonton di aplikasi WeTV , ataupun telegram. ataupun mungkin di laman web lain. 

6 ulasan

  1. Balasan
    1. tak hensem bagi Ai. tapi dia ada smart dia tersendiri. gitcheeeww...

      Padam
  2. watak heroin tu unik sikit, suka tengok cara dia gigih kejar hero tapi bila diorang start dating rasa bosan pula..hehe

    BalasPadam
  3. Rasanya ada nampak dekat Youtube.. nak kena scroll balik.. hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤