Hai, ada yang menunggu ke Aien sambung kisah antenna dari cerita sebelum ni? Ha Ha perahsan je kan. Well, tak ada orang tunggu pun nak cerita la juga kan.
Pengalaman betul, beli TV online. Dah beli TV rupanya kena ada antenna baru boleh dapat siaran walaupun dah ada DTV built in.
Dah beli antenna lokasi kedudukan TV jugak amek peranan. Beli noobis buat kerja gitu la dia. Udah la sekarang asyik nak emo jer.. Adoooo
Bila Encik Husband dah purchase antenna dari Shopee menunggu juga la dia sampai. Siap boleh barang dari Sarawak sampai dulu padahal.
Kalau berkenan tekan la gambar tu k. Bagus juga antenna ni. Clear dapat line, tapi nak kena pandai cari. Macam Aien dok rumah burung ni struggle sikit. Nak salahkan antenna padahal sendiri tak pandai. Haha Baca review ada kata letak atas TV je pun dah clear. Seronok je baca kan.
Mula plan nak letak sebelah hujung sudut ruang tamu, sebab TV besa, tengok dekat sangat sakit mata. Tapi, lihat la betapa antenna tu bergulung kat situ. Mula-mula clear, tapi bila kita nak enjoy tengok drama ke apa, dia stucked. Macam... Bukan lagu stucked Justin Bieber dengan Ariana tu. Geram pulak ati bete.. Last Encik Husband cakap, cuba la alih pegi ke sebelah pintu sana.. Mana tau dapat. Maka beralih la ia.
Maka, di sini la ia selepas dapat kesemua chanel MyTV dengan penuh jelas. Tapi, sakit mata sebab jarak antara kita dan TV tu dekat sangat. Menyesal pulak beli TV beso. Kalau ngintai dari dalam bilik pun jelas lagi rasanya. Cuba juga kami alihkan rak tu membelakangkan pintu sliding tu, aik, heran. Tak dapat pulak channel. Padahal tak usik antenna pun. Aneh bin ajaib. Saja la tu nak duduk situ.
Kalau orang datang la kan.. memang bersendat la nak tengok tv situ. Ada jugak terdetik dalam hati nak beli outdoor antenna, letak balik rak tu ikut posisi cadangan asal. Luas sikit mata memandang. Encik Husband kata membazir. 😅
Hurm, tengok je la situ musim PKP ni. Lain kali kita fikir lagi. 😂 letak situ anak-anak suka main kat TV tu. sebab dah terbiasa situ play area dorang. Adoo Ibu is dilema dalam ubah suai rumah ni. Lain pulak dah masuk kisah dia. Cerita antenna dah habis. Ni nak masuk cerita ubah suai selesa mata memandang pulak..Pening~
aienienka
16 ulasan
Macam-macam ragam ye, sama la beli TV mcm tu rupanya memang kena pasang antenna luar jugak..kalau tak, tak dapat siarannya.
BalasPadamadooo, mati2 la ingat kalo dah ada built DTV xpayah dah antenna bagai. Sekali... haha
Padamhahah struggle betul nak tengok TV... rumah kita pun position TV menyakitkan mata tapi sebab jauh sngt hahaha
BalasPadamTau tak apa. Haha Baru tahu kepayahan nak cari channel.
Padambanyak masalah betul dengan tv baru ni. bertabahlah aien nak solve problem ni.
BalasPadamHaha dah solved dah. Dah boleh tengok dengan aman.
PadamAigoooo banyak hal pulak la nak cari line kasi clear. Kena putar tv membelakangkan sliding door mungkin🤔
BalasPadamsudah. ndak mau dia duduk situ. walaupun tak kenak kaco pun aerial tu..
PadamTakpa.. len kali fikir pasal antenna tu kalau dekat sgt... Memang sakit mata bila tengok dekat sgt..
BalasPadamtu laaaa... tunggu dana lebih sikit boleh usaha tukar lain pulak.
Padamhari tu kawan i main main area mcm ni juga, dpt channel singapore hahaha
BalasPadamwaaa, jauh dapat channel singapore. Kalo johor memang selalu dpt channel singapore tu
Padamhaha macam macam ya :D
BalasPadamiyeee. haha jangan pening nak baca. ^^
PadamRasanya memang line channel dia kat sebelah situ.. beli je antenna atap tu Aien.. lagi senang.. nanti beli panggil upah orang pasang.. jelas dan terang lagi bersuluh hehehehe
BalasPadamMemang kena pakai antenna juga walaupun DTV.. tapi sha pakai yang letak luar tu.. itupun jenuh pusing baru dapat semua channel..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤