SPOILER ALERT!
Yes! habis sudah drama ni. Saat semua orang nonton Mr. Queen aku tengok ni dulu. Well, mungkin sebab dulu pernah follow up dia punya webtoon di LiNe Webtoon, tu yang macam excited la bila dia diadaptasi jadi drama.
Over all, drama ni mengisahkan Ju Gyeong yang menjadi mangsa pembulian di sekolah lamanya dek kerana wajah jeleknya. Kemudian dia berpindah ke sekolah baru. Dia dapat ilham untuk berubah menjadi cantik dengan mekap.
Siapa saja tak seronok bila semua orang pandang kerana rupa? Eh, ke aku je tak suka jadi hot spot? Haha Tapi ni cerita si Ju Gyeong la kan. Akhirnya dia memiliki dua orang teman baik bernama si Soo Jin dan Soo Ah. Dan apa paling penting dia jumpa cjnta hatinya, Lee Su Ho.
Urm.. macam tak jadi pulak nak cerita. Eh, mood ni..
Ping pang ping pong, Lee Su Ho pun suka dengan dia kerana rupa-rupanya Ju Gyeong ni cinta pertamanya masa kecil lagi. Dan Su Ho pun pernah tengok masa Ju Gyeong tanpa mekap. Mulanya dia tak perasan, tapi Ju Gyeong sendiri pecah rahsia. Ha Ha
Lee Su Ho pun ada masalahnya sendiri. Apabila rakan baiknya, siapakan namanya tu.. seorang trainee di syarikat ayahnya mati bunuh diri akibat tohmahan palsu dari netizen. Kesian. Lee Su Ho tahu perkara sebenar lagi rasa serba salah. Jadi bila seorang lagi kawannya, Han Seo Jun marahkan Su Ho kerana tidak membantu rakan mereka ni, Su Ho pasrah.
Cliche drama ni apabila Seo Jun pun terjatuh suka dengan Ju Gyeong. Tapi bagusnya Seo Jun ialah dia memilih untuk terus menjadi sahabat buat Ju Gyeong berbanding dengan Soo Jin juga suka pada Su Ho. Apabila Soo Jin mengetahui rahsia Ju Gyeong yang sebenarnya cantik kerana mekap, digunakan itu untuk menjatuhkan Ju Gyeong. Kesian, sanggup buat kawannya sendiri macam tu.
Sudahnya dia tak dapat juga Su Ho tu. Malahan dia sendiri dikecam oleh seluruh pelajar sekolah apabila mereka mengetahui kebenarannya.
Moral dari drama ni:
- Kecantikan sebenarnya dari hati. Rupa paras itu cuma satu bonus.
- Luahkan apa yang tersirat di hati sebab orang bukan tahu apa yang tak nampak.
- Jujur dengan diri sendiri.
2 ulasan
tgh timbang balik nak tengok drama ni sebab rasa macam cerita lebih kurang dengan my id is gangnam beauty yang juga berkonsepkan kecantikan... bezanya mungkin pada plastic surgery dengan makeup...dah la pelakon pun cha eun woo jugak haih. webtoon dia pnya penah la baca sekejap lepastu malas hahahaha... but then, akan try tengok jugak kot. tengoklah macam mana hehe
BalasPadamSha tengok separuh je drama ini.. nanti sambung.. hehehe
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤