Najmi berjumpa Pakar Pemakanan

Selasa, Mac 02, 2021

 


Pada bulan lalu, Izz Najmi telah dibagi tarikh untuk berjumpa dengan Pakar Pemakanan kerana BMI nya telah turun ke garisan kuning, which is dikirakan dia kurang zat la jugak. Beratnya dari usia satu tahun sehingga satu tahun enam bulan cuma naik sebanyak 400gram saja. 

Padahal Najmi ni boleh dikategorikan sebagai seorang pemakan, tak memilih apa jenis makanan tidak seperti kakak Nayla. Mungkin disebabkan dia aktif bermain, berat badannya tidak menaik. 

Makanya, hari ini setelah sebulan lebih menanti, 2 March 2021 kami  ke klinik. Setelah menjalani prosuder biasa untuk masuk ke Klinik Kesihatan Taman Universiti, sebelum berjumpa dengan Pakar Pemakanan, Najmi diminta untuk timbang dan ukur ketinggian terlebih dahulu. 

Guess what? Ibu tak tahu timbang tu yang tak berapa betul atau macamana, sebab last month check tu guna timbang digital. Kali ni guna timbang manual gitu. Berat Najmi naik sebanyak 1kg lebih iaitu 9.5kg . dan ketinggiannya 79cm. Bila dikira-kira oleh Pakar pemakanan tadi, BMi Najmi adalah normal. Alhamdulillah. Macam tahu-tahu je dia kena jumpa, sakan la makan elok-elok. 

Ibu pun bagi makan cukup. 3 times snacking, 3 times makanan berat. Which is Pakar Pemakanan tanya, how's rutin Najmi makan. 

  • 8am - bangun pagi 
  • 8.30am - snacking biskut / buah 
  • 10am - sarapan either nasi goreng, bihun atau jemput-jemput. (depends kerajinan Ibu la kan) 
  • 12/1pm - 3/4pm - Nap time
  • 3/4pm - snacking time  biskut/ buah/kuih 
  • 8pm - makan nasi (lauk keluarga) 
  • 9pm - snacking again. 
  • 10 pm - tidur. 

Gitu la jadual harian dia. Sementara jam lain tu dia main, main dan terus main. Sekejap je jumpa, lepas tu sebab normal dah BMI dia, pakar pemakanan pun tak ada set appointment untuk next perjumpaan lagi laa. Senang dah hati Ibu. Tak tau la kalau bulan depan timbang lagi, berat dia lain pulak. Kadang-kadang penimbang ni main peranan jugak. 

Next, kita cerita lagi k. :) 

19 ulasan

  1. Hahaha... Kan, kekadang penimbang kejap ok, kejap Tak. Bila ke klinik mesti risau berapala berat anak. Esok turn Nur Dhia pulak checkup 11 bulan. Harap² la semuanya normal on track

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. dlm bilik nurse pakai rimbang digital. di bahagian ibu ngandung pakai timbang manual. Konfius laa kejap. Harap nur dhia baik² saja. ^^

      Padam
  2. Balasan
    1. Normally budak gitu la. ada masa dia susut, ada masih terlebih sehat. ikut flow jugak..

      Padam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah semua orang kata dia nampak berisi. :)

      Padam
  4. InshaAllah, semoga membesar dengan sihat Najmi.

    BalasPadam
  5. Tu yang malas nak timbang hahahaha..
    Moga Najmi membesar sihat dan cergas sentiasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. itu la masalahnyaa..bila tiap timbang je, tiup kat timbang tu. Hope everything gonna be okay. :)

      Padam
  6. alhamdulillah.. terus sihat ye dear :)

    BalasPadam
  7. mesti risau kan kena jumpa pakar tapi alhamdulillah, normal

    BalasPadam
  8. moga najmi membesar dengan sihat! ee comelnyaa geram pulak

    BalasPadam
  9. laaaa, yangg penting membesar dgn sihat kann :)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. semoga berat najmi kekal sihat..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. perkembangan pembesaran yang bagus Najmi. Semoga membesar dengan sihat :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤