March is here! Anak-anak Pra sekolah serta darjah Satu dan Dua dah mula bersua dengan guru dan juga kawan baru. Fuh, nervous mak-mak sekalian. Harap bertabah semuanya menanti kepulangan anak tersayang .
Bulan lepas tak ada buat recap sangat because moody masih tak ada ideas lagi. Kalau ditengok analytics Januari mesti sob sob je sedih. Sendiri mau ingat la kan. Demi Februari, bangkit moga ada kemajuan sikit la.
Dan here I am nak sort of things that happen on Februari lepas.
1. Happy 4th Anniversary for Us
Tarikh yang paling diingat setiap kali Februari datang sekaligus berangan nak buat suprise party walaupun PKP. Sekali tak jadi. Berhuhuhu saja laa. Wish Valentine pun jadi, buat kekasihku. Empat tahun tu masih awal lagi. Masih berada di fasa satu, stage one orang kata. Sipi sipi je lagi kepayahan untuk langkah satu ni. Nak cerita banyak, masih bertatih gitu.
2. Can't wait for next appointment for pregnancy
Bulan pertama check up selepas buat buku pink. Alhamdulillah semua okay, cumanya berat Ibu naik sebanyak 3kg. Shocked sekejap! Padahal selera makan ke laut, makan pun ntah apa-apa. Nasib paras gula dalam darah normal dan misi pun cakap tak perlu repeat untuk kali kedua. Alhamdulillah. Kalau kena jugak, Ibu is redha saja laa. Kacang je minum air gula tu. Haha (ceh, berlagak sungguh ya)
3. Start Training potty si kakak Nayla
Wah, ini menguji kesabaran Ibu yang sangat tipis amat ni. Setelah lengkap tukar tempat duduk tandas dan beli kerusi untuk memudahkan Kakak Nayla naik, Ayah pun mulakan misi training potty. Day one, suara Ibu asyik tinggi macam harimau mengaum. Sampai si ayah pun tegur. Ha Ha Sabar Ibu Sabar.
Day two - Kakak Nayla dah boleh kawal serba sedikit and guess what, without ayah at home, much easier nak train dia. Pasai pa tak tau eh. Senang dia nak ke tandas sendiri, siap dia cakap balik kat Ibu, nak kencing berak ke tandas. Ye la anak ui..
And currently one week after, dah boleh stabil nak kencing ke tandas, berak je sekali sekala terlepas jugak tak sempat. Namun, Ibu masih belom berani nak start tido without pampers. Tak apa. panjang lagi tempoh sebelum adik baby keluar.
4. Najmi start show himself
Ini pun,, ayoyo.. Clingy habis. Sikit-sikit Ibu, silap sikit Ibu, apapun Ibu. Kadang Ibu layankan jugak kadang datang angin rimau Ibu kena jugak dibaham. Adooo..
Nak wean off pun kadang dua tiga hari tak ingat dia untuk minta, boleh minum susu botol. Datang mood dia tak nak susu botol memang hari-hari mesti minta sampai nangis mengamuk. Ibu tak kuasa nak layan nangis amukan dia tu. Bagi la jugak sakit-sakit pun. Buat masa sekarang kalau ayah bancuhkan susu je dia nak. Kalau Ibu bancuhkan dia sibuk cari botol kakak Nayla dia.
5. Kisah TV dan kami
Siapa baca kisah ni, memang kenangan la buat Aien bulan ni. Baru-baru ni Husband beli anycast pulak untuk screen mirror smartphone ke TV. Tapi sayang telefon dia jenuh nak setting. Cakap la dengan dia, dari beli anycast tu baik beli Mi Stick ke. Haha Dia diam jer. Kadang suka dia nak melayan movie Tamil kat TV sorang-sorang. Aien kadang join. kadang tak sebab sakit belakang lepak atas karpet je. Tengah kumpul dana nak beli kerusi ke, sofa ke. hehe
Apa lagi ya berlaku di Februari ni? Itu la je kot. Cerita anak-anak, cerita sendiri.. cerita apa ntah lagi.. Drama-drama malas nak update sebab ni kira koleksi jurnal jugak laa. Apapun semoga March datang ni bawak sinar. Untuk kami dan juga kamu yang membaca. Moga PKP segera la tamat. Moga hujung tahun nanti dapat kami anak beranak pulang ke Miri. Nak balik raya macam sarat dah, Raya haji dah beranak pulak. Balik Christmas je la mampu.
pssst! korang kalau ada nak risik tudung Jimmy Scarves Aien jual, boleh usha di IG @jimmyscarves_skudai tau. Ada sale 4 hari jer. hehe
14 ulasan
Tahniah anniversary ke 4. Moga rumahtangga kekal bahagia hingga ke syurga.
BalasPadamThank you! Aamiin.. :)
PadamWah macam2 jadi..moga ada lagi banyak benda baik akk jadi untuk kita ^^
BalasPadamAamiin. Berbalik juga doanya buat Cuya. ')
Padamwah meriah nya family..alhamdulillah..moga dipermudahkan urusan utk baby pula..
BalasPadamSangat meriah. Baru berapa ketul, dah serupa satu taska.
PadamDlm diam kak pregnant, congrats kak.. Happy for you.
BalasPadamhehehe
Padam4 years :) and still counting ! Alhamdulillah!!!
BalasPadamAlhamdulillah. :)
Padamhappy anniversary. semoga dipermudahkan segala urusan aien dan anak2 :)
BalasPadamHyee kak Aien, alhamdulillah dah bulan March dah hehe cepat betul masa kan? :) btw, Hana singgah ni sbb rinduu nk blogwalking hahahah tapi sedihh sbb blog dah delete :') ngeeee Anyway, good luck for everything ya kak Aien :) Semoga sihat2 selaluuu.
BalasPadamhappy anniversary. semoga dipermudahkan segala urusan aien dan anak2 :)
BalasPadamTake care of your health & stay safe ya~
Alhamdulillah..
BalasPadamTake care tau.. semoga diberikan kesihatan yang baik, emosi yang kuat untuk perjalanan mengandung Aien ini.. Aamiin..
Tak suka minum air gula.. hahaha
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤