I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart..
berdetak dalam hati, menyanyi sendirian lagu Arash ni. entah kenapa dua tiga hari ni macam lost. Nak kata penat tak jugak, tapi stress dia macam I want to be alone for sometimes.
Tengok keletah anak-anak, naik hantu terus. Nangis sendiri. Ibu tak nak marah korang... I just stay there. Skrol telefon tapi akal dan minda ntah ke mana.
Where are you dear myself?
Google Photo buat throwback untuk 3 tahun lalu, dan juga dua tahun yang lalu.
Kalau 3 tahun lalu, rindu nak pergi pantai. Memang jadi kebiasaan tiap kali cuti sekolah pergi pantai sehari dua. Baru syiok kita. Last pergi masa nayla belom pandai jalan. Merangkak macam anak penyu dia main di pesisiran pantai. Sekarang, nak jejak ke pasir pun dah melalak.
Sepanjang usia si Najmi la, tak ada jugak ke mana. Balik Sarawak pun tidak, jalan-jalan makan angin pun tidak. Ada sekali la, ke Pantai Sedili Kechil. Kami anak beranak tapi tak bermalam, sebabkan ayahnya kata Nayla takut air, jadi nak bermalam pun tak best. Layankan aje la Ibu ni. Nahan diri dari turun ke pantai. Masa tu tak bijak, p tinggalkan harta karun di persembunyian. sudahnya diri sendiri yang kena jaga barang berharga.
Yang buat diri kerinduan apa tau, perjumpaan dengan keluarga sendiri 2 tahun lalu. Itu pun sebab akak sulong bertunang serta kali terakhir pulang Miri pada majlis pernikahan beliau. Last, and never till now.
Oh Covid! Cepat la kau pergi.
Oh PKP! segera la kau tamat.
Tiada juga swab test dan juga kuarantin
Kerna aku sudah kerinduan akan udara Miri.
Well, throw back saja mampu. Duduk diam-diam tepi dinding skrol segala moment yang pernah diabadikan dalam sebuah gambar. Sebak memenuhi dada.
Maka, hanya doa saja mampu kukirimkan buat mereka. Moga sentiasa sihat dan kita diberi peluang untuk bertemu lagi. Aamiin.
20 ulasan
faham sangat, dah lama jugak tak balik sebab PKP. Raya ni entah dapat balik entah tidak. Kalau dapat kebenaran pun takut jugak nak balik sebab covid tengah tinggi lagi. Be strong ye :)
BalasPadamItu la tu.. Saban hari mengharap dan berdoa agar covid surut hjung tahun ni. :)
PadamSemoga covid19 ni cepat cepat berakhir dan kita boleh kembali seperti dulu.
BalasPadamKalau saya rindu arwah mak, biasa saya akan tengok gambar mak then nangis hehehe.
Allah, sedihnyaaa. rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk arwah mak tiqah. :')
Padamsaya plak rindu nak naik kapal torobang hehehe...
BalasPadambila covid nak hilang ni kan...
naik kapal torbang? Sama la tu rindu juga tu.. Mau pulang srwk harus tu nait belon. :)
PadamSama la kita . . Rindu udara kampung. Cepatlah hilang covid nih..
BalasPadamUdara kampung alhamdulillah bleh lagi merasa sebab kg husband dkat. Jadi tak kerinduan sangat. kg sendiri yang jauh. Tapi, tak kampung sangat laaa. :')
PadamNgamsoi tengah dengar Broken Angel jugak. :'(
BalasPadamTake care Ibu! <3
Ya laaa tu.. sudah burst saya minggu lalu.. :)
PadamSob sob sob ja kita mampu....covid oh covid...pergilah lekas....
BalasPadamjaga diri leklok k!
baik laaa. moga ada rzeki utk kita ketemu. ;)
Padamhaihhhh cepat la vaccine cover smua kan .... nak hidup mcm dulu
BalasPadamkan... Rindu kehidupan biasa. :)
PadamAllah.. Semoga terus kuat ye Aien..
BalasPadamFaham sangat perasaan rindu tu.. Tak mudah namun sekiranya tak berdaya, luahkan jangan disimpan..
Kan... Sini je tempat luahannya haha
PadamBersabar ye Ainie..moga awak boleh happy selalu seperti biasa :)
BalasPadamjika dikenangkan stress mmg la xkan habis..penat..kecewa..lelah..haihh
btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
Orait. Nanti kita join
PadamFaham kamek apa kitak rasa ya. Boring dah sebenarnya duduk rumah sik dapat balit gik satu Hal.
BalasPadamLamak dah sik berkumpul ngn family lagikla molah rindu. Arap2 this year convid-19 dah sikda gik.
Lama tak keluar rumah jalan jalan memang boleh buat rasa stress. Lagi pulak bila tak dapat balik kampung. Mampu throwback dan menahan rindu. Semoga semuanya akan jadi normal tak lama lagi. Aaminn
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤