ChocoSweeties - Chicken Chop paling besar di Skudai

Ahad, April 11, 2021

 


Hi, sepetang penat berjalan training pre Ramadhan ni, Cik Laki ngajak kami anak beranak makan di Choco Sweeties, Sri Skudai. 

Masa mencari tu agak sesat juga sebab kedai dia comel bangat di kalangan barisan workshop dan jugak kedai dobj kalau tak silap. Ye la, kita pergi malam mana nak nampak. But, no worries! GPS sedia membantu. Korang search je, Choco Sweeties pasti akan jumpa. 

Bila Aien nampak signboard dia. Wow, Cafe & Cakes. Mesti ada manisan dalam dia. Cause my tekak currently nak makan manisan je. Sayangnya itu kena order lain. Dorang macam tiada display punya. Tak apa la. 

Tanya kat Cik Laki, mana tau tempat hipstur gini. Dia kata ada dorang tu makan sini kata chicken chop dia sedap. Tu yang nak cuba. Huish. Cik Laki ai dah pandai ler cari tempat makan cenggini. I like! Haha 

Boleh la cuci mata tengok menu dia. Kalau baca review kat facebook pun majoriti kata puas hati la dengan harga dan portion dia. 



Tempoh makanan tu nak sampai ke meja kita sekitar 5-10 minit gitu. Memang super express. Dan Aien nak bagi warning siap-siapa. Jangan la tamak nak order. Haha Cause me was like that. Masa order tu, rasa tak cukup la Spagetti Carbonara semata. Nak order Garlic Bread+mushroom sup buat appetizer. Sekali nah kau! Besar gedabak pinggan dia sampai mak buyong ni terlantar kekenyangan. 



French Fries ni untuk anak-anak. Sebab dorang dalam fasa tamau makan berat. Nak ngonyel-ngonyel je. Macam Ibu dia sebenarnya. Nasi is big no no . Macam-macam idea nak bagi tarik makan nasi. Tapi tak tau la kenapa macam tak lut la. Tengok nasi macam hurm.. Terus hilang selera. Kecuali orang lain masakkan  kot. Tapi ni pun tak habis. Sebab dorang dah share spagetti sikit dan bedal ayah dia punya fries. 

Barisan air pilihan kami. Cik Laki Carrot susu, Aien ikutkan nak Chocolate Cappucino  malangnya tiada sudah dalam stok. Paksa la amek chocolate jer. And alhamdulillah rasa chocolate la. Haha Apple Juice untuk kids. 


Ini la yang jadi pujaan ramai . Memang popular dalam order. Hot list la kiranya. Dan owner dia sendiri tak lokek tambahkan lagi blackpepper sauce untuk korang kalau direquest lagi. Haha 
Lagi-lagi untuk orang yang suka pedas. Satu jar kecik tu mana cukup kan? 


Last but not least. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak makan Spagetti Carbonara. Bukan tak buleh buat sendiri. Tapi biasa la mak buyong, orang lain buatkan sedap aje. Sendiri buat wek wek. Nasib la labu. 


Apa yang penting makan dengan portion begini di bawah RM50 memang berbaloi. Korang jika singgah Skudai, boleh je waze ChocoSweeties di Sri Skudai ni ataupun korang boleh order melalui aplikasi foodpanda. Memang berbaloi I tell you. Tak habis uolls boleh je bungkus sendiri dengan bekas polistren yang telah disediakan. 

Thanks to Cik Laki sudi belanja bini dan anak-anaknya. Heee~ moga murah rezeki. Hati bini banyak happy dah lepas satu list ngidam. Tertiba tambah pulak satu menu. Huish. Siapa nak teman koi makan di Myeodong Toppokki ni. 😔 

Masa operasi Choco Sweeties ni dari jam 12 tengahari sehingga 10 malam. Jadi, kalau korang nak order melalui foodpanda, boleh je cari ChocoSweeties dan order la ikut menu tertera. Cuma dalam aplikasi tu biasanya yang hot selling dan popular je ada. Nak lagi nikmat boleh pergi kedai dia, di Sri Skudai. Semestinya mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Selamat menjamu selera. 

13 ulasan

  1. Woww, sedapnyaaa.... nampak menyelerakan tuh!!!! Kalau ramai bagi feedback best, memang bagus la servis dan menu yg ada tu... kiranya tak rugi datang.. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Aien yang cerewet nj pun berpuas hati dengan servis dia. :)

      Padam
  2. Nampak sedap dan banyak makanannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap dan satu portion tu bleh share dua orang. :)

      Padam
  3. ni kalau makan portion besar confirm suami tukang habiskan.hahaha. masa preggy dlu teringin nak makan lasagna. lalu masakan org je

    BalasPadam
  4. Pergh! Potion besar tu yang best.. Harga pun berbaloi..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤