Tips dan petua lembutkan daging yang mana berkesan?

Jumaat, April 09, 2021

 


Salam Jumaat semuanya . Bersantai di hujung minggu? Minggu ni Aien nak share dengan korang la kan, tips dan petua lembutkan daging mana yang berkesan yang pernah korang cuba? 

Haa, ceritanya begini. Minggu ni menu lauk daging sebab tekak macam teringin nak makan daging. Tapi jujur 4 tahun kahwin la kan, Aien tak pernah reti pilih daging dan juga masak lauk daging ni. Sebab apa? How many time I tried, daging konfem liat punya. Eh, tak cuba tips ke untuk lembutkan? Adooo..  Itu orang kata try and error dalam dunia masakan. 

Sejujurnya dalam banyak-banyak housework sebagai suri rumah, memasak is not my passion. Walaupun makan is my favorite. 😁 Tapi sudah bergelar isteri dan juga seorang suri rumah, ko nak harapkan siapa lagi masak kalau bukan diri sendiri.  

Berbalik cerita daging tadi. Aien beli seketul daging around RM10 . Entah berapa gram tak ingat. Tapi boleh dua kali makan kami 4 beranak. Disebabkan minggu ni Cik Laki pun jarang balik makan pagi, dia ada kursus. Senang la kerja Ibu ni. 

First trial, nak masak daging masak itam ala kenduri. Okay, Aien cuba tips, RENDAM DAGING DENGAN SODA BIKARBONAT DALAM 10 MINIT. Fuh, dah rendam tu. Bau soda bikarbonat tu naik. Dan yes! Daging memang lembut. Macam lain macam la lembut dia. Lembut liat plus rasa soda bikarbonat dia mematikan selera. Urgh! Sudah la masak itam tu sedap tau. Kena daging macam tu, turn off betul la. Walaupun dan diperap dengan perapan masak itam tu dalam satu jam, masih terasa soda bikarbonat tu. 

Dan Aien pun, give up! This tips can't be use anymore. 

Hey, sebelum tu, Aien pernah cuba: 

  • Potong lawan urat. Still bila masak dia liat jugak dan lambat nak lembut. Macam tolong la bagi aku pressure cooker. 
  • Masak masukkan sudu/garpu besi . Tips nj memang mak Aien gunakan. Tapi I was not patient to wait that long enough. Dia makan masa. Kena reneh elok-elok baru lembut. 

Apa lagi ye petuanya? Tapi yang Aien sebut ini yang Aien pernah cuba dan teka tau, yang satu ni memang buat Aien suka sangat la. Dah la tak la berapa lama sangat tunggu dia, dan daging jadi lembut elok macam mak-mak masak. 😁 

I did it! Proud of myself. 


Maka jadi la Kari daging versi Aien ni. Korang nak tau tak cara yang mana satu Aien praktikkan? LETAK BIJI KURMA SAMBIL RENEHKAN DIA. Fuh, happy I olls bila dia menjadi u. Aien rasa nak lompat-lompat je. 

And masa nak tunggu dia pun sekitar setengah jam je untuk lembut. Bila daging dah separa lembut, masukkan kentang. Jadi bila kentang dah lembut, daging kita pun lembut sama. Yeay! 

cuma Aien tak berapa pandai la nak masak kari as kari mamak ke, kari melayu ke kari kapitiam ke. Masukkan serbuk cili macam tu jugak warna dia, setiap kali masukkan cili lada pun macam tu jugak kejadian dia. Pekat dan pior selepas ditaruk santan. Me like, aku suka kari yang cair, ada minyak sikit rupa dia. Padahal letak minyak pun agaj banyak jugak masa menumis.  

Bab kari-kari ni failed lagi. But, hey I did a good job untuk lembutkan daging. Mungkin readers Aien yang dah pro masak boleh share how to jadikan kari ni cair sikit, dan tak creamy sangat lagu ni? Hehe

Teach me please. 


16 ulasan

  1. beli periuk pressure cooker gerenti daging lembut..hehe

    BalasPadam
  2. Samalah kita, kak. Selalu ada masalah bila masak kari.

    BalasPadam
  3. Petua kak SA plak...masukkan akar pandan...tau kat mana akar daun pandan? kat celaj2 bahagian bawah yanga da terjulur keluar banyak2 tu...kerat 2-3 akar dia and rebus sekali ngan daging sebelum masak..inysyaallah menjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oohhh Isee. Nanti cuba ni pulak. thanks SA kongsi petua. :)

      Padam
  4. hehehe akak sekrg pakai cuckoo je... Arwah mak akak slalu pakai pressure cooker je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huish advance sangat tu pakai cuckoo. Hehe Orang tua memang selalu pakai PC yang tutttt atas api. hehe

      Padam
  5. Kalau kakak saya masak lauk daging kan, dia rebus daging atas dapur, tuang air dalam 4 kali, then baru masak macam biasa hehehe. Memang lembut dagingnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ritudah buat gitu. tp kena lama atas api yang malas. hehe

      Padam
  6. so far masak daging lembut je. suka rebus dulu 1-2jam sekaligus senang boleh simpan stok. nanti masak nasi goreng daging ke, mee goreng daging ke, tinggal guna je. Daging tu potong lawan urat. gitu jela buat. hehe. masak kari pon takdelah nak lama. style masing2 kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iolls tak suka nak tunggu tu yang kumpul dana untuk PC pulak. Haha

      Padam
  7. saya selalu juga buat dua dua cara aien pernah cuba tu. Ada saya kongsikan petua lain dalam blog :)

    BalasPadam
  8. Tak pernah cuba petua-petua tu.. Selalunya potong daging memang serah dekat encik suami.. Sha masak je.. Kadang-kadang liat, kadang-kadang elok lembutnya..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤