Hi, Assalamualaikum semua! Lama benaran ya tak bersiaran. Kesibukan abadi . Seperti biasa la kan, ntah apa yang disibukkan tu.
Kali ini aku mau kongsi dengan korang sesuatu yang aku jumpa sebagai booster untuk aku beralih niche. 😊 Harapnya berkekalan la kan.
Story pertama aku nak kongsi adalah sesuatu yang aku harap sebelum aku mengandung akan ada yang beritahu aku. Nak tahu apa dia? Jom teruskan membaca.
ps: ini bukan merungut, tapi cuma aku nyatakan kebenarannya.
1. Morning sickness is not about morning at all
Weh, serius sangat wei. Aku punya ingatkan morning sickness tu cuma kenanya pagi saja. Kalau tengok dalam drama pun just muntah-muntah tak ada selera makan, laki tolong belikan. Ah! Karut semua tu. haha Eh, aku bukan kata karut sebenarnya. Cuma perumpamaan bak katakan masa ko morning sickness tu, bila-bila masa dalam sehari tu ko akan muntah, loya dan sebagainya.
Morning sickness pulak bukan ada satu jenis je. Dia ada 1001 jenis yang tak akan sama dengan semua ibu di dunia. Kalau ada pun, oh ini sama itu tak sama. Dan sebagainya. Paling tak syiok sekali bila morning sickness ko tolak semua jenis benda yang kau dah biasa makan, buat dan semuanya tetiba pembawakan budak. Semua itu jadi kebencian kau. Urgh!
Dugaan..
Orang semua nak anak kan. Dengan orang tersayang. Jadi hadap la.
2. Klinik jadi rumah kedua kau selamanya selepas menjadi ibu.
Maksudnya apa? Kenapa aku cakap begitu? Memang tak terfikir la, (noob jugak kan) lepas dah check UPT ( urine pregnancy test) tu dan ko kena buat buku pink dan selebihnya akan monthly check up dan seterusnya sekiranya kau ada komplikasi semasa mengandung, terutamanya GBS, BSP dan sebagainya. Klinik tu memang hari-hari la kena pergi.
Sob sob la kejap. Alhamdulillah 3 kali pregnancy, yang ketiga ni aje nampak mencabar sikit. Itu pun disebabkan minum air gula.
Lepas anak dah lahir, bulanan jugak check up si kecik. Sampai dia berusia 2 tahun, kemudian berubah menjadi setengah tahun sekali, dan setahun sekali sehingga dia berusia 6 tahun.
Fuh, Korang bersediakah?
3. Ketidaselesaan itu menjadi rakan sejati
Wah, ini memang tak boleh nak cakap la. Masa perut kecik, risau yang kat dalam tu. Masa eprut besar lagi risau dia kat dalam. Serba serbi tak kena. Kalau orang dulu banyak pantang larang. Orang sekarang mana nak dengar. Terlebih berjaga pun salah, tak berjaga pun salah. Heee~ ibu mengandung ni udah ler sensitip. Risau risau risau itu memang makan dia.
4. Dengar la kata orang tua, mereka berkata dari pengalaman. Doktor juga tak salah.
Yang ni masalah trend zaman la ni. Mungkin setengah orang takkan sama. Tapi nak katakan pantang larang orang tua semua kolot tu tak, nak kata doktor tu bijak pandai sangat pun tak. I olls amek pakai mana yang boleh. Janji tak mudaratkan diri.
Kalau baca di muka buku, group ibu hamil, kelab ibu mengandung, kelab menyusu dan sebagainya. Fuh, memang komen-komen mak cik bawang jugak. Ada yang sesuai dengan kita, ye orang lain lain pengalamannya. Maka kita tak boleh jugak amek kata putus, eh kenapa aku buat begini tak jadi. ko ajaran sesat. 😂😂
Dah la, kau dah tanya aku jawab la berdasarkan pengalaman aku. Ha ha Okay?
.
Sebelum terlebih emosi bercerita pasal benda ni, aku memang berharap sangat jika benda ni ada orang bagitau aku dulu. Ye la, bila kita berkahwin dan mengandung pelamin orang tua cakap, serba serbi tak kena. Semuanya rasa macam nak salahkan laki ja. Padahal kita pun bukan betul sangat.
Bila cakap perkahwinan adalah satu perjudian, pun salah. Every word is wrong. Terpulang la, zaman la ni zaman fitnah belaka. Everything that we see, we read, we share is not about us at all. Biar pun zaman ni adalah zaman di mana orang bebas berbicara, bukan bermakna kita bebas menguris hati orang lain.
Ya kita merungut sekian sekian, boleh jadi orang lain mahu berada di tempat kita. Bila mana kita tak hargai apa yang kita ada sekarang, jangan bisok kau menyesal tak berkesudahan.
#syukurselalu
6 ulasan
benar ya..banyak yang akan berubah bila dah berbadan dua..sebab ya kali Allah belum berik kamek rezeki sebab Allah Maha Mengetahui..ha gituhhh
BalasPadamAlhamdulillah.. pesanan orang tua2 pun jangan lupa..
BalasPadamPengalaman. Indah untuk dikenang.
BalasPadamBanyak perkara baru yang kita kena belajar dan adapt. Pengalaman yang seronok untuk dikenang. Semoga saya juga diberikan peluang dan pengalaman ni. Aaminn...
BalasPadamMoga baik-baik saja :)
BalasPadamFaham snagat perasaan tu.. Macam Aien cakap, kadang apa yang orang lain alami tu tak sama macam kita alami.. Kadang petua kita guna ok, orang lain guna tak okay.. Sepanjang mengandung, membesarkan anak.. memang kena try and error.. Morning sickness bukan pagi je kadang ikut suka dia je nak datang.. Sha harap Aien kuat semangat.. Kita kaum perempuan ini kuat sebenarnya.. Paling penting kena rajin sembang dengan suami.. Bagi tahu mengenai ketidak selesaan kita.. Bukan mengeluh atau merungut tapi bersembang.. Benda ini penting sebenarnya.. Tambahan pula Aien surirumah sepenuh masa, jarang keluar lagilah perlu bercakap dengan suami.. Sha pun belajar dari orang di sekeliling.. Aien seorang ibu yang kuat.. InsyaAllah dipermudahkan perjalanan mengandung, bersalin dan membesarkan anak-anak Aien.. Aamiin..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤