KOREA DRAMA: Doom at your service (2021)

Rabu, Jun 30, 2021

 


Tajuk: Doom at your Service 

Genre: Fantasy, Romance, Drama

No of Episod: 16 

Cast: Seo In Guk, Park Bo Young, Lee Soo Hyuk, Kang Tae Oh, Shin Do Hyun, Dawon

Sinopsis: Tak Dong Kyung has been working hard ever since her parents passed away. Her life seemed more stable after working as a web novel editor for 6 years, but then she gets diagnosed with a brain cancer. She blames her unlucky life and wishes to curse everything to disappear, which unintentionally calls Myeol Mang, who is the doom itself and is neither human nor god, to appear. He says that he can grant her wishes. As her last hope, she makes a contract with Myeol Mang for a hundred days to live how she wants, risking her everything.

(Source: CJ ENM)


MY REVIEW


Drama baru habis semalam. Ku tak sabar buat review. Musim drama banyak cite best bulan ni, dan daku pun baru ada mood nak layan. Bermula dengan drama ni, ngekek ketawa sendiri.  Sebab Seo In Guk dah lama rasanya tak berlakon. Selama ni tak ada jugam excited tengok dia berlakon, tetiba kali ni macam wow! Hensemnya awak!

Drama ni mengisahkan tentang Tak Dong Kyung yang rasa dirinya bernasib malang dan berharap agar dunia ni segera berakhir. Dan pada malamnya, Myul Mang a.k.a Doom tiba di pintu rumahnya.

Dengan mengikat kontrak dengan Myul Mang, Dong Kyung harus memilih antara dunia atau kehilangan orang tersayang. Sudahnya Dong Kyung memilih untuk mencintai Myul Mang yang berhati beku supaya dia takkan kehilangan sesiapa.

Siapa sangka takdir kisah cinta mereka menjadi begitu sayu. Myul Mang yang biasa keseorangan belajar mencintai seorang manusia.

Bestnya drama ni jugak selain dari kisah cinta Myul Mang dengan Dong Kyung, kisah cinta pertama penulis novel atas talian Lee Hyun atau nama sebenarnya Na Ji Na menjadi tarikan. Cinta pertamanya Lee Hyun Gyu di bangku sekolah gagal apabila Hyun Gyu meninggalkan dirinya dengan penuh tanda tanya. Apabila Ji Na setia menanti jawapan, dia terjatuh cinta pada kawan baik Lee Hyun Gyu merangkap editornya Cha Joo Ik. 

Drama pertama yang berjaya di habiskan bersama siarannya untuk tahun 2021. Haha 

Drama yang banyak berkisar kisah hidup seorang editor dan penulis novel atas talian dan sedikit fantasy mengenai kisah deity. Myul Mang, dilahirkan untuk melihat kemusnahan dan tamak haloba manusia. Manakala Ji Eun deity yang dilahirkan untuk menanggung dosa manusia namun begitu Ji Eun sangat menyayangi manusia.  

Nasib la ending dah happy la jugak. Kalau sedih, sob sob je Aien tengokkan Do Kyung kesedihan menanti kehadiran semula Myul Mang dalam kehidupannya. 


6 ulasan

  1. Kita stop tengok ep 6 kalau tak silappp sebab tak faham hahaha >.<
    Pastu macam boring sikit, lagi menarik tengok kisah percintaan second lead pulakk hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 tak faham sangat. Tapi keep follow .. paham la akhirnyaa. haha

      kan ..

      Padam
  2. seo inguk ni tak hensem sgt tapi setiap kali tengok drama dia mesti cakap awat hensem sgt mamat ni. aura dia tu lain macam la..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? selalu begitu la. Aien siap cari drama dia sebelum ni. Rasa mcm dah tengok tapi kenapa mcm xpernah tengok. Haha

      Padam
  3. baru habis episod 1.
    nnt nak sambung episod seterusnya, tapi tengah marathon juga nak habiskan
    drama Bride of Haebak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤