Movie Review: Seobok (2021)

Ahad, Jun 06, 2021

 


Tajuk: Seobok 

Durasi: 1jam 55 minit 

Genre: Sci-fi / drama 

Cast: Gong Yoo, Park Bo Gum, Jang Young Nam

Sinopsis: Ki Hun seorang ex agent dari intelligence agency. Seo Bok merupakan clone manusia pertama dan dia mempunyai satu keistimewaan yang bakal mewarisi kehidupan abadi. Ki Hun terlibat dalam situasi yang berbahaya kerana beberapa kumpulan yang ingin memiliki Seo Bok untuk kepentingan peribadi mereka. 



My Review

Gigih la renew Iqiyi semata-mata nak tengok movie ni kan. Tapi, ending dia tidak la seperti yang di harapkan.

Ceritanya begini, Ki Hun dipanggil oleh bekas majikan dia, (setiausaha dia dalam Goblin) untuk menjaga dan menghantar satu pakej ke sebuah destinasi. Pada mulanya Ki Hun tak mau dah buat kerja ni, tapi setelah dia dipujuk entah macamana dia dah sampai ke lab tempat Seo Bok diciptakan. 

Ki Hun ni berhenti kerana memiliki kanser otak kalau tak silap aku. Dia macam trauma bila kekasih hatinya yang juga merupakan ejen dibunuh depan matanya sendiri.  Dan dia tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan gadis tersebut. 

Berbalik pada cerita Seo Bok tadi, Ki Hun macam terkejut Seo Bok tu seperti manusia biasa. Cuma rutin hariannya lebih kepada yang sangat membosankan bagi seorang manusia. 

Bila dah Ki Hun dan Seo Bok mulakan perjalanan keluar dari makmal ke satu destinasi, mereka telah diserang oleh pasukan pembunuh upahan.  Yang rupa-rupanya diupah oleh bekas majikan si Ki Hun tadi. 

Eh, dia nak buat apa pulak kan. Rupa-rupanya clash orang dalam yang berebutkan Seo Bok untuk kepentingan diri sendiri. Manakala bekas majikan Ki Hun tadi nak bunuh si Seo Bok sebelum dia menghancurkan dunia. Katanya. 

Hakikat sebenarnya, Seo Bok cuma manusia klon yang sangat polos dan langsung tak pernah melihat dunia luar. Jadi bila dia dapat keluar, dan mereka agak jauh dari perjalanan sebenar. Dia meminta Ki Hun bawakkan dirinyabke satu tempat. Tak ingat la namanya, tapi sebuah rumah pemakaman. 

Dan Ki Hun terkejut, Seo Bok rupa-rupanya anak kepada seorang doktor perempuan di makmal tadi. Cuma dicampur sel dan dijadikan bahan ujikaji. Setiap hari Seo Bok harus dicucuk ubat penenang kerana darahnya dipercayai memiliki keistimewaan kehidupan abadi tu tadi. 

Hampir 48 jam dia keluar, Seo Bok mengalami simptom hidung berdarah yang mana bakal meragut nyawanya. Jadi Ki Hun harus bawa Seo Bok pulang ke makmal.

Di makmal itu pulak, baru juga si Ki Hun tahu yang jahat adalah mereka di makmal itu. Dan mak kepada Seo Bok telah mati dibunuh. Adeh, Ki Hun ni boleh tahan blur dia jugak.

Ending dia, bila si Seo Bok rasa dia harus selamatkan Ki Hun daripada orang jahat, habis semua hampir dibunuhnya. Dengan menggunakan kuasanya sendiri, Seo Bok telah mencapai tahap limit kemampuannya. Sama jugak kalau dia selamatkan Ki Hun dia mati. Jadi untuk Seo Bok yang tetap jugak bertemu ajalnya, Ki Hun membunuh dirinya sendiri. 

adeh! kesudahan apakah ini. Rate jadi 3.5/5 je kot. Hurm...  Pelakon hebat, tapi jalan cerita macam hampeh. Tapi kalo korang nak tengok boleh je kan. Haha 

Review jujur dari seorang penonton. 



2 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤