Tiba masanya musim buah kembali. Hari tu sebelum bersalin dapat merasa buah durian, rambutan dan juga buah tembikai. Walaupun tembikai tak di kategori buah bermusim tapi saja la nak cakap aku dah makan sebab masa pantang tembikai dicalonkan sebagai buah yang tak boleh makan ketika pantang.
Hari tu buat muka sedih dengan Encik husband nak makan durian. Sekaligus buat pertama kali Najmi merasai Raja Buah itu. Pada mulanya dia tak nak. Tapi, sekali cuba bak kata orang Sarawak, berlalak. Haha
Bila dah bersalin, hari tu projek anak beranak mak mentua dengan Encik Husband borong durian nak buat gula durian atau lebih dikenali sebagai Lempok. Actually kan, first time aku dengar. Tak tau la aku ni kuno ke memori aku lost ke apa kan. Tapi rasa macam tak pernah dengar dan makan lempok tu. Bila dah kawen ni baru mengenali yang namanya Gula Durian. Ala-ala seri kaya gitu. Tapi rasa derian la. Kalo dodol Derian memang biasa la makan. Eh, lama pulak tak makan dodol.
Bila cium ke bau derian tu, aku terus teringat kampung halaman mak aku di Kampung Garung, Pendrisen, Kuching Sarawak. Hari tu dengar kampung tu kena PKPD. Stay safe semua warga kampung. Sejak mendiang sumbuk a.k.a nenek dalam bahasa Bidayuh aku mati pada tahun 2012 itu lah juga kali terakhir aku menjejakkan kaki ke kampung. Lepas tu mana ada dah. Memang yilek ghaib terus orang kata. Niat lepas kawen ritu, nak ajak Encik Husband jalan-jalan ke Kuching sekaligus bawak ler dia berkenalan dengan kaum kerabat sebelah mak memandangkan sebelah ayah majoriti dia dah kenal @ tahu. Sudahnya, anak dah tiga masih tak kesampaian niat tu.
Perasaan tu datang pergi saban tahun. Bila datang musim buah gitu la dia. Buatkan aku rindu pada mendiang sumbuk, bebel dia yang selalu ingatkan kami cucu-cucu muslim untuk jaga solat walaupun dia bukan Islam. Rindu~ Rindu nak kumpul sebenarnya. Dah dua tahun .. Air mata rindu pun dah kering dah dek kerna pandemik ni. Orang lain boleh bersenang lenang jalan-jalan macam teda apa berlaku. Eh, mereka la kan. Kita yang setia dok rumah ni macam telo tembelang dah gamaknya. Eish.. busuknya! Haha Teruk ngat perumpamaan. Nak mengatakan betapa la kita tertekan dengan kes yang saban hari kalah roller coaster.
Hari ni, Encik Husband bawak buah cempedak dari Pak Cik duduk di kampung. Tak jauh pun dari rumah mak mentua. Point meet dorang di pekan la tapi, tak leh balik kampung katakan. Aduuuh, rindu itu mengamit kenangan. mengusik jiwa. Sarawak, ku rindu padamu. Nasib la ada channel 122 tu kan. Boleh la tengok dan perkenalkan sikit-sikit Sarawak kat anak-anak.
Udah ler Ibu deme ni tak ada slang Sarawak pior dah. Serupa orang Peghok sesat pun ade. Sampai Nayla pun cakap, "Ibu nape cakap macam tu. Cuba cakap elok-elok sikit..." Eh eh budak ni. Ibu embak ko klaka Sarawak sak ko sik lupak aiee... Kelak jadi Ibu, dianok Sarawak celup. Padahal mak bapak pior Sarawak. Ya lama diam Malaya, alu lupak bahasa Ibunda. Ate gitu.. Nasib la Abang Jo sik ngalo kawu nak mohon Program Ibu Prihatin Sarawak. Haha
In shaa Allah one day, moga ada rezeki kita nak ke Kuching aok. Boleh nait ke Borneo Highlands sekali. :)
aienienka
5 ulasan
nang rinduk ehh..mok balit Sarawak! mamak kamek asyik mok ngembak gi kebun nya, malar lah nyuruh balit mbak laki..tapi bilaaaaaaaaaaaa? huhuuhuhu
BalasPadamhahaha, mena juak ya..jadi malaya celup udah...dengan anak2 buah di shah alam nun, mun video call, mok juak try kelaka sarawak ngan sidak..tapi mak sidak pun sik mbak kelaka sarawak, camneyy..hahahaha
Hahaha dilema mak2 srwkian kawen malaya be like.. Haha
Padammoga lak kita direzekikan pulang ke kg. T^T
comel2 je korang klakar swak... k ret x pandai ckp sana tp kadang suka baca n dengar korang klakar sarawak....paham la sikit2... :)
BalasPadamrindu gak mau naik belon ni
Hahaha Rindok ati nak klaka srwk bah kak ret. Bila nak balit c tauk eh.. giya~~
PadamKampung, satu tempat yang dirindui semua orang sekarang ni. Cepatlah boleh balik kampung kan. Lama tak dengar lempok tu. Orang Johor kot biasa dengan perkataan lempok tu. hihi..sekali klakar saghawak. Sik paham kamek.
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤