JUNE: Recap whole month

Khamis, Julai 01, 2021

 


Nak karang ayat susah, bila kena writer block. Once you ada idea nak menulis. Sokmo rasa nak menaip je laa. So, here I am. With a ton of ideas in my head before labor. 

Macam-macam ideas. Hope boleh luahkan la jika tidak ianya berkubur dalam kepala. 

Moh recap diary June yang tak seberapa ni apabila kerajaan umumkan PKP 3.0 bermula kembali melihatkan kepada peningkatan covid-19. 

Angan untuk tidak bersalin semasa PKP itu hanya tinggal angan semata. Bersedia mental untuk bersalin seorang, bertarung seorang kelak. You are strong woman! 

June juga dimurahkan rezeki pada semua pemberi hadiah dan bermacam jenis barang kepada Aien. Thanks a lot of you guys dan anggap ini rezeki baby membuatkan ibu dapat pamper diri untuk hilangkan stress. 

June juga bulan yang sibuk dengan persediaan bersalin, barang baby, misi tinggalkan rumah selama dua bulan, serta persediaan mental sekali lagi nak bersalin di rumah mak mentua. Aien banyak menyepi jugak dari dunia bisnes walaupun banyak jugak promo baik dari segi bisnes SYSFEL mahupun JIMMYSCARVES. Walaupun tak banyak, alhamdulillah berjalan jugak. 

Anak-anak juga teda jugak kisahnya. Biasa begitu la anak-anak. ada pasang surutnya. Alhamdulillah sejak berada di kampung ni dorang dah tak terkurung sangat berbanding di rumah sendiri. Tapi itu la jugak, tetap juga merindui rumah sendiri. 

Nayla dah 3 tahun 1 bulan , Najmi soon be abang 2 tahun on 18 Julai nanti. makin petah bercakap. Jawab soalan orang pun dah boleh kalau bersembang dengannya. Still baby boi jugak selagi adik dia belum keluar. 

Dengan June jugak alhamdulillah entry di blog phn okay, go on dengan jayanya lebih banyak dari Mei lepas. Cerita apa la merapu sangat, cuma belom ada masa nak berjalan ke blog yang lain. Yang peliknya follower makin berkurang. Ha Ha Ha boring yek blog kita? Haha 

Tak apa la wak. Kita menulis ni anggap macam diary. Nak olah jadi novel tak pandai pulak. So Iolls tulis je laa. selain buat review drama. 

Nak cerita hikayat hidup asyik terlupa je nak update. Bila ingat ado ler citer nya. Nak jadi rujukan awam pun tak reti. Apatah lagj main SEO bagai. 

Over all. June is everything goes well. Alhamdulillah. Walaupun ada jugak burn out rasa, didatangi mereka yang sangat positif pun dah cukup baik. 

Itu je kot recap untuk June. Mid of the year 2021. Masih jugak wasted year disebabkan pandemik. So, gais stay safe semua ya. 


4 ulasan

  1. Semoga bulan-bulan akan datang, jadi bertambah baik. Lama dah tak keluar tengok dunia luar macam biasa. 😣

    BalasPadam
  2. duduk kg seronok kan. elok juga utk perkembangan budak2

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah banyak yang positif bulan June lepas. Tahniah Aien.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤