ANIME: HORIMIYA

Selasa, Ogos 03, 2021

 



Tajuk: Horimiya 

Genre: Romantic, Comedy 

No of episode: 13

Sinopsis: Disukai di sekolah atas sikap ramah dan akademik yang sangat baik, pelajar high school Kyoko Hori menyembunyikan sisi lain dirinya. Dengan ketiadaan ibu bapa di rumah kerana sibuk bekerja, Hori terpaksa menjaga adiknya dan membuat kerja rumah tanpa memberi peluang kepada dirinya untuk berkawan dan berhibur di luar waktu sekolah. Sementara itu, Izumi Miyamura yang kelihatan selalu menyendiri, bercermin mata, noob dan otaku. Yang realitinya, dia seorang yang sangat baik hati yang lemah dalam bidang pelajaran. Dia juga mempunyai 9 tindik yang tersembunyi di sebalik rambut panjangnya dan juga tatu di belakang  dan lengannya. 

Sesuatu yang berlaku membuatkan Hori dan Miyamura bertemu di luar sekolah namun tiada satu antara mereka kelihatan seperti yang di sangkakan. Melihatkan perbezaan ini, kedua mereka senang berkawan dan berkongsi sesama mereka sisi lain yang tak pernah di kongsikan dengan orang lain. 


SPOILER ALERT! 


Lama rasanya tak layan anime, dan melihatkan anime ni macam dua tiga kali keluar di aplikasi Netflix ke , WeTV ke, atau iQiyi ke, ni masa nak tulis entry ni tak jumpa pulak. Heee~ 


So, anime ini diadaptasi dari manga series hasil karya HERO yang asal tajuknya Hori-san to Miyamura-kun mengisahkan tentang Hori Kyoko seorang pelajar yang ceria dari segi personaliti dan bijak dalam akademik di sekolah dan Miyamura Izumi seorang pelajar yang agak terpinggir dari semua orang. Bila kedua mereka bertemu, dan apabila mereka berkawan semua orang pelik macamana dorang boleh bersama. 


Anime ini juga disamping ber-genre-kan romantic dan komedi ianya lebih kepada youth dan zaman muda mencari identiti sendiri untuk teruskan hidup ke alam dewasa. Berlatar belakangkan suasana sekolah menengah a.k.a high school sangat santai jugak untuk ditonton. 


Hori-san menyembunyikan sikap suri rumahnya sebaik saja pulang dari sekolah. Dia menguruskan rumah ketika ketiadaan ibu bapa yang sibuk bekerja dan menjaga adik lelakinya, Sato. 


Suatu hari, Sato pulang bersama seorang lelaki yang menemaninya akibat jatuh ketika bermain. Lelaki itu yang berpenampilan seperti rock kapak gitu dengan gaya rambut serta bertindik membuatkan Hori hampir tidak mengenali itu adalah rakan sekelasnya.


Naaniii!! Bila Hori mengetahui itu adalah Miyamura, sejak daripada mereka berdua rapat antara satu dengan yang lain. Miyamura jika dilihat di sekolah sangat pendiam, menyendiri dan tidak mempunyai kawan. Tapi di luar sekolah dia sangat ceria orangnya. Apatah lagi Sato sangat menyukai Miyamura bermain dengannya. 


Nak cerita panjang lagu mana ntah, tapi anime ni such simple anime jugak antara Hori dan Miyamura. Memang berkisarkan dorang je la. Dan kawan-kawan di sekolah mereka. 13 episod mengisahkan bagaimana Hori dan Miyamura berdepan dengan sangkaan orang lain terhadap diri mereka. 


Korang boleh nonton di Netflix, okay? 


Sesekali layan anime rasa rindu nak marathon Bleach lagi. Haha 

18 ulasan

  1. Ni kalau filem anime gini anak bujang Sis laa suka layan.. habis semua kat Netflix dia tengokk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha laki dengan anime tak dapat dipisahkan. Jarang sekali nak cari budak laki yang tak suka anime. Heee

      Padam
  2. nak baca review ni after dah tengok horimiya sebab tak nak kena spoil xD

    BalasPadam
  3. Dah lama betul tak layan anime ni. Sesekali layan syok jugak kan. Ohh netflix ke. Tak ada pulak.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. genre paling senang dan tertarik nak tengok. :)

      Padam
  5. Setakat ni tak pernah layan anime yang macam movie2 ke drama ke. Tapi zaman2 baca buku komik genre macam ni selalau lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali ku melayan buang stress tengok cerita sama jaa. Haha

      Padam
  6. sejenis introvert kot Miyamura ni, selesa dengan orang yang dia suka je haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sebab dia ada trauma dari kecik dipinggirkan. :)

      Padam
  7. Salam, jalan cerita romantik, senang layan..

    BalasPadam
  8. Saya sekarang ni susah betul nak layan anime. Sekarangg ni nak push diri tengok Attack On Titan pun tak terpush lagi ni. padahal waktu nak exam dulu boleh je tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya begitu la. Masa exam masa tu la membuak-buka mood datang nak tengok drama la, movie la. dan segala mak nenek kecuali nota sendiri. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤