CHINESE DRAMA: Begin Again

Ahad, Ogos 22, 2021


 

Tajuk: Begin Again

Genre: Comedy, Romance, Family, 

Bilangan Episod/durasi: 35 / 44 minit

Cast: Zhou Yu Tong, Simon Gong, Garvin Jin , Wu Man Si

Sinopsis: It tells the story of a domineering female CEO and warm doctor who turn a fake relationship into reality due to practical reasons. Having exchanhed their 'I do's' , they start on a nee chapter of their lives as they learn to fall in love. 
Lu Fang Ning is the general manager of Luning Group, a large corporation in business of home furniture. Lu FangNing is a woman who has it all - talented, beautiful and rich. Nearing her thirties, Lu FangNing succumbs to family pressures and decides that she urgently needs a husband with whom she will have a child. 
Coincidentally, surgeon Ling Rui appears in front of her. Ling Rui is not only blessed with good looks but also has an angelic heart, which makes him the perfect candidate in the eyes of Lu Fang Ning. She schemes her way to his life and they finally become husband and wife. Lu FangNing eventually realizes the error in her ways and strives to be better. However, keeping a marriage is not as easy as it seems. 


MY REVIEW


Dah lama tengok drama ni, tapi disebabkan adik bertanya tentang drama dan mengatakan best, dan bila Aien tengok balik, lorh aku dah habis tengok nape tak ada review dia? Haha 


Makanya di sini la kita mencatat sebuah kisah perkahwinan yang mula dibina atas dasar keterpaksaan kemudiannya mereka belajar mencintai satu sama lain namun kerana satu rintangan yang besar, perkahwinan itu terlerai. Eceehhh~ 


Lu Fang Ning, seorang General Manager yang sangat bijak, cantik dan juga workaholic menyebabkan dia terpaksa memilih calon suami untuk menang undi majoriti para pengarah untuk melantiknya menjadi CEO Luning Group sekaligus memudahkan beliau melancarkan programnya tersenditi iaitu Infinity. 


Luaran orang melihat dirinya seorang yang kuat, akan tetapi dirinya seorang fragile kerana pemergian kakaknya selepas satu tragedi berlaku dalam keluarga mereka. Apabila Fang Ning berkahwin dengan Ling Rui yang pada mulanya atas dasar debtor dan kreditor, akhirnya bertukar menjadi realiti apabila Ling Rui menyedari bahawa Fang Ning adalah gadis yang disukainya sejak bangku sekolah. Aceee gituuu~ 


Perihal itu dirahsiakan daripada Fang Ning kerana bagi Ling Rui tak penting untuk diketahui oleh Fang Ning, namun selepas kehadiran Simon, pak cik kecik dalam keluarga Lu, buatkan Ling Rui harus melakukan sesuatu untuk memastikan Fang Ning tidak beralih arah. 


Simon menyukai Fang Ning namun, atas nama pak sedara dipendamkan saja perasaan itu dan memerhati daripada jauh kebahagian anak sedara yang sorang itu. Untuk membuang perasaan itu, Simon mula mengalih perhatiannya pada Cai Si Yu, pekerja Fang Ning yang suka padanya cinta pandang pertama. 


Bestnya drama ni, semua karakter dia mainkan peranan. First lead okay, second lead pun okay relationship dorang. So korang nak ship-kan siapa pun okay. Suka watak Cai Si Yu yang pada mulanya seorang reporter yang cuba mencari berita hangat dengan membongkar rahsia di sebalik perkahwinan Fang Ning dan juga Ling Rui namun akhirnya dia menjadi rakan karib Fang Ning dan mak cik Fang Ning apabila Simon mula menyukainya kembali. Gituuu~ 


Drama sebanyak 35 episode ni tak boring nak ditonton sebab flow ceritanya walaupun agak mendatar, tapi karakter tiap satu memainkan peranan. Apatah lagi kemuncak drama ini berada di 3/4 drama. Di mana rupa-rupanya setiausaha Fang Ning, Ervan sebenarnya cuba hendak gulingkan Fang Ning dan mengambil kesempatan atas kelemahan Fang Ning yang mula fokus dengan perkahwinannya. Undian majoriti para pengarah berubah apabila Ervan membeli saham sedikit demi sedikit dan menjadikan Fang Ning kalah dan jatuh dalam syarikatnya milik keluarganya sendiri. 


Masa tu, Fang Ning lose everything. Syarikat, projek kesayangannya, Ifinity yang dicipta bagi memperingati mendiang kakaknya yang pergi akibat patuh dengan arahan si ayah. Akhirnya Fang Ning bawak diri bila Ling Rui pun cuba untuk kembangkan kariernya sebagai pakar bedah ke German, tanpa memberitahu isterinya. 


Beberapa tahun kemudian, Fang Ning kembali membawa pulang seorang lelaki dan anak berusia 6 tahun. Ling Rui yang masih mencintai Fang Ning berusaha menggali siapa sebenarnya anak kecil itu. Setelah mengetahui itu adalah anaknya, Ling Rui cuba memikat hati sang isteri semula dan kemudian mereka hidup bahagia selamanya dengan pasangan masing-masing. 


Eh, Chop!! Ervan tu dah dia ambil alih syarikat Luning Group, rupa-rupanya demi kekasih hati yang telah mati kerana adik dan keluarganya. Haa, boleh agak tak siapa si Ervan? Nak tahu boleh la cari drama Begin Again di youtube. Jangan cari yang omputih atau Korea punya tau. Banyak sangat versi dengan tajuk yang sama konpius jadinya. 


Selamat menonton kembali. Haha 









9 ulasan

  1. aritu ternampak drama ni kat youtube, nampak macam best juga.. nantilah tengok..hehe

    BalasPadam
  2. ohhh drama ni.. hari tu ada lalu sedutan dekat TikTok. ahaha, ending entri sis buat kita curious membuak-buak lagi ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤