CHINESE DRAMA: The Day I Becoming You

Ahad, Ogos 29, 2021


 

Tajuk: The Day I Becoming You 

Genre: Romantic, Comedy, Fantasy

Bil. Episod / Durasi: 26 / 44 minit 

Cast: Steven Zhang, Liang Jie, Eden Zhao, Vian Wang, Zhou Shi Yuan

Sinopsis: The leader of a boy band and an entertainment reporter are forced into many outrageous situation after they switched bodies. Jiang Yi is a big star in the entertainment industry. He is the cold and distant leader of popular boy band. In reality he's simply not good at expressing himself ever since his parents divorced when he was young. Mean while, Yu Sheng Sheng has become an entertainment reporter who keeps running up against a stone wall at work. Their lives were not meant to intersect, but an accident results in the two exchanging bodies on their birthday which happens to fall on the same day. The sudden change catches them off guard and with only each other to turn to for support in the days and nights that followed, Jiang Yi and Yu Sheng Sheng gradually fall in love. 


MY REVIEW


Lama juga perati drama ni dalam iQiyi tu, simpan dulu. Bila dah semua drama best habis, maka kita spend weekends tengok drama ni la. Akhirnya melekat sampai episod akhir malam semalam. And here I give some thought about this drama. 

Firstly, about body switching kind of like Korean Drama - Secret Garden? Siapa tak pernah tengok tu.. Tengok la lakonan abam Hyun Bin kita sebelum dia berlakon DOTS tu ye. Cuma bezanya ini mengisahkan tentang selebriti dan juga seorang wartawan. 

Beberapa episode pertama dah buat Aien tersembur nasik sebab tengok sambil makan, hobi dari zaman belajar sampai dah anak tiga pun tak hilang-hilang. Lawak gila! Tak tau la mungkin sebab sound effect dia guna tiap kali Jiang Yi atau Sheng Sheng terkantoi apabila dorang bertukar badan tu kan. Tapi, serius memang lawak! 


Jiang Yi dalam drama : Go Ahead


Sebab mereka bermula dengan bad term relationship di mana, Sheng Sheng berlakon menjadi fans Jiang Yi. Padahal dia fans ahli kumpulan yang lain. Semata-mata nak dapatkan skop artikel dia. Memandangkan pada masa tu, hanya mereka yang mempunyai tarikh lahir sama dengan Jiang Yi sahaja akan diberi spesial treat. Tapi, tak sangka pulak terkantoi dengan Jiang Yi. 

Pada hari pertemuan mereka, satu eksiden berlaku dan menyebabkan mereka bertukar tubuh buat pertama kali. Aigu~ Drama ni buatkan Aien rasa macam nak throwback tengok Secret Garden tu. Bukan parody by Big Bang tau. Yang penting jalan cerita lebih kurang jugak la. 

Bila dah bertukar badan, Jiang Yi dan Sheng Sheng berusaha mencari method bagaimana dan apakah yang menyebabkan kejadian ajaib itu berlaku. Macam-macam mereka cuba yang melibatkan bersentuhan antara satu sama lain. Sikit-sikit hubungan hate mereka bertukar kepada kawan. Sheng Sheng seorang yang ceria dan bersikap optimistic dengan setiap keadaan membuatkan Jiang Yi yang berhati beku itu lembut. Apatah lagi, semasa Jiang Yi menjadi Sheng Sheng, keluarga Sheng Sheng melayan dengan begitu baik menyentuh hatinya. 




Punya nak tukar badan balik. Siap parody jalan cerita drama Korea, yang Aien rasa lakonan Lee Min Ho dalam Legends of Blue Sea la. 



Tapi terbalik sebab perempuan yang hulurkan payung. Padahal jiwa di dalamnya itu Jiang Yi. Sebelum mereka bertukar kembali, berjanji takkan pernah berhubungan kembali selepas sesi pertukaran itu untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku. 

Tapi, disebabkan Sheng Sheng pecahkan walnut kesayangan Jiang Yi semasa dia menjadi lelaki tersebut, mereka tetap berhubungan antara satu sama dengan yang lain. Tambahan pulak, Sheng Sheng memandai-mandai menerima tawaran bapa Jiang Yi untuk menjaga adik lelaki itu, Jiang Mo. Sebagai hukuman Sheng Sheng harus membantu Jiang Yi menjaga adiknya itu. 

Malangnya, selepas kejadian itu, ada paparazi yang menangkap gambar Jiang Yi seperti menghalau adiknya padahal memang dah bapa dia ngambik Jiang Mo. Geram jugak tengok artikel provok tentang Jiang Yi dan keluarganya. Padahal semua peminat sedia maklum Jiang Yi memang takkan pernah mention tentang keluarganya di mana-mana program yang disertainya. Jadi, disebabkan itu, Jiang Yi seperti biasa dia akan menyorok. Bak kata orang, ber-uzlah. Haha Maksudnya menyendiri tanpa ada sesiapa yang tahu ke mana dia pergi. 



Sheng Sheng menemukan Jiang Yi di sebuah bukit di tengah bandar. Punya seronok Jiang Yi akhirnya ada orang juga yang menjumpainya. Dan hubungan mereka berdua sambung sehingga next next next pertukaran badan sehingga menimbulkan bibit cinta. 


Apabila masing-masing sedar mereka suka dengan yang lain, kerana kehadiran mak bapa Jiang Yi yang bergaduh lagi di hadapan mereka membuatkan Sheng Sheng mabuk padahal yang minum tu semasa Jiang Yi dalam tubuhnya. Kerana situasi itu, Sheng Sheng menggunakan peluang untuk meluahkan perasaannya. Tidak di sangka Jiang Yi menerima dengan hati terbuka. 


Ahli kumpulan Little Galaxy yang lain, Pei Jia Shu dan Len Yi menerima dengan senang hati kerana Jiang Yi lebih bersikap positif dan mudah tersenyum apabila bersama Sheng Sheng. 


Hubungan mereka senang, sehingga timbul controversi apabila paparazi shoot keberadaan Sheng Sheng bersama dengan Jiang Yi. Habis kena tohmah dengan peminat yang bercakap ikut suka sahaja. Jiang Yi tak boleh apa-apa walaupun masa tu Sheng Sheng macam shocked dan ayahnya dimasukkan ke hospital. Disebabkan perihal ini, dan kerisauan Jiang Yi tentang kekerapan mereka bertukar jasad, Akhirnya Jiang Yi mengambil keputusan untuk berpisah dengan Sheng Sheng. Sedih mattt~ 


Sebenarnya banyak point of view yang best dalam drama ni, macam berderet pulak nak cerita. Over all, antara drama tentang selebriti ni, paling supporting You're My Glory sebab Jing Jing tak kisah pasal personaliti dia dan manager dia pun sporting. Dalam drama The Day I Becoming You manager dia sporting tapi bab handle fans tu macam tak berapa smooth. 


Liang Jie / Sheng Sheng dalam drama: You are My Destiny


Nasib la kesedihan tu tak menjadi penamat drama ni apabila Jiang Yi berusaha dapatkan pertolongan mak dia untuk kenal pasti sebab mereka berdua boleh hadapi masalah pertukaran badan tu. Setelah selesai menemukan penyebabnya, rupa-rupanya dek kerana batu bintang yang melalui kawasan bumi. Acee gitu.. Kerana masih menyukai Sheng Sheng, Jiang Yi melamar gadis itu semula untuk jadi teman wanita dia. 


And they live happily ever after. The End- Next drama? Oh, boleh la tengok drama ni di iQiyi ye. 

4 ulasan

  1. Kalau storyline tertukar badan ni mesti cerita dia ada unsur2 comedy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun. First episode pun dah ngekek ketawa.

      Padam
  2. Okey, mari kita masuk senarai cerita hendak ditonton! Thanks, Aien!

    BalasPadam
  3. wah.. macam secret garden.. nice..
    Nampak pendek episod dia.. nantilah cuba tonton.. kikiki..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤